Kelab Diet Mingguan Wanita

Berkongsi artikel dalam majalah Mingguan Wanita dalam ruangan Kelab Diet...
Sangat bermotivasi....  
Yeeeha.. jom tengok !!!! 

'Tak mahu' vs 'Tak boleh'
Apa bezanya antara keduanya? Perkataan 'tak mahu' lebih berkesan berbanding 'tak boleh' dalam perihal diet. Contohnya ' saya tak mahu makan kentang goreng'  kedengaran lebih tegas dan penuh penekanan. ia membantu anda lebih berdisiolin menjalani program diet dengn lebih baik dan berjaya.
 
Malangnya, kebanyakan orang yang berdiet berfikir mereka 'tak boleh' menikmati hidangan yang sememangnya boleh memberi kesan buruk pada kesihatan diri. Amat berbeza bila ia diibah menjadi ' saya tak boleh makan kentang goerng'. Kata-kata ini membuat anda rassa lebih tertekan lagi, demikian menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Consumer Research.
 
Bila anda kata ' tak mahu', anda sebenarnya memupuk sikap kawalan diri dengan baik, yang membantu psikologi anda untuk menolak keinginan atau nafsu makan yang melampau..

30 minit membahagiakan

Kajian sains baru mendedahkan bahawa 'berusaha keras' membantu anda untuk menikmati dengan seronok setiap sesi latihan fizikal anda. Sebenarnya selepas kita menjalani rutin fizikal dengan tetap, otak akan menghasilkan bahan kimia yang membuatkan kita rasa lebih gembira.
 
Bahan kimia ini menggalakkan anda untuk menerus malah menambah lebih banyak waktu latihan bagi menikmati perasan indah tersebut. Hanya 30 minit berlari dengan kadar maksimum denyutan jantung sebanyak 70 peratus contohnya anda akan berasa lebih seronok dan gembira..

Ringan tapi banyak
Berita baik untuk anda yang biasanya m embuat aktiviti mengangkat beban yang ringan. Sebuah kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Applied Physiology mendapati bahawa anda tidak perlu bersusah payah membuat aktiviti beban yang lebih berat untuk membentuk otot massa dan meningkatkan metabolisme anda.
 
Sebaliknya, anda boleh mengangkat beban yang ringan. Syaratnya, anda perlu menjalani latihan sehingga tubuh berasa cukup letih serta tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Apa pun, tubuh anda perlu masih berada dalam keadaan sihat dan fit, cuma hanya keletihan sahaja.
 
Walaupun begitu, jika dalam tempoh menjalani latihan ringan tadi anda masih belum berasa tubuh telah membakar kalori, ia menandakan anda perlu cuba untuk tingkatkan intensiti latihan anda, demikian terang penyelidik, Stuart Phillips.

Lakukan angkat beban yang ringan sehingga rasa cukup letih dan tidak mampu untuk meneruskan lagi.

Comments

  1. alamakk... kalo deqla ni nak gomok...hihi... sbb berat badan x ideal..huhu...

    ReplyDelete
  2. Sya pon nak gemok cikit macam deqla cakap..hehehehe

    ReplyDelete
  3. tukarkan kepada tak mahu...hehehe

    ReplyDelete
  4. kena jalani hidup yg sihat ni..walapon susah rasanya hehehe

    ReplyDelete
  5. hehe..alamak.....yang sedap kurang khasiat tu lah yang nak nak nak...susah nak cakap tak boleh.haha
    tapi sedar diri da tua =( kena jaga pemakanan kan....

    ReplyDelete
  6. Kentang goreng tu feveret...camne nk diet???...hehehe....

    ReplyDelete
  7. Agak2nya apalah beban nak dijadikan mangsa OKje hari ni... mop legamaknya haha..

    Tulah kan disiplin kena tinggi...hajat dihati nk slim melim tapi makan masih sedap exercise tak mo acamne tu?

    ReplyDelete
  8. tak tahu ler bila remy dpt kurus semula...hu3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts