Nuffnang saya

Wednesday, August 22, 2018

Resipi Rendang Ayam Power

Musim raya mestilah musim merendang.. tak ada rendang taklah rasa raya tak gitu kawan-kawan... Rendang pelengkap nak makan lemang, ketupat dan nasi impit. Banyak versi rendang sebenarnya tapi resipi yang di bawah ini adalah yang asas. Ada yang bertumis dan ada yang masuk sekali harung...  Yang penting rendang mesti di masak lama dan menggunakan api kecil untuk bahan-bahan sebati. (ehm teringat orang kampung aku tak panggil bahan tapi awah@awas, sekarang dah lama tak sebut)..

Mari tengok resipi rendang ayam power yang akak ambil dari resipi yang digoogle... tapi sedap punya pasal kita mesti masuk dalam blog yer idok... 

Bahan-bahan :
1) bahan-bahan yang disangai mengunakan api perlahan dan dikisar kering sampai halus

1 sbsr biji ketumbar
1 sbsr jintan manis
1 sbsr jintan putih
1/2 sbsr lada hitam
5 tangkai cili kering

2) bahan untuk dikisar :
5 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup 
4 batang serai
10 tangkai cili kering (rebus dulu) 

3) bahan-bahan lain :
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit (hiris halus~ akak hiris kasar sebab anak merungut nak buang bendatu..)
Cara-cara : 
1. Tumis bahan kisar nombor 2 sehingga  garing atau pecah minyak.
2. Masukkan rempah yg dikisar nombor 1
tadi dan kacau sebati 
3. Masukkan daging dan biarkan air daging keluar.  Bila air daging agak kering barulah dimasukkan santan. Masak sampai nampak pekat. 
4. Masukkan kerisik dan taburkan daun kunyit 
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
up : Jika suka rendang yang ada lengkuas bolehlah ditambah. Akak jarang beli lengkuas sebab jarang masak yang menggunakan lengkuas... 

Rendang ini boleh dibuat banyak dan disejuk bekukan dalam peti ais. Musim rayani kalau ada tetamu datang bolehlah beli lemang atau rebus nasi impit segera kan mudah..  Buat banyak rendang dan boleh disejuk bekukan...Ucapan terima kasih untuk yang memberikan resipi ini kerana rasanya yang power... toce.. toce...  ☺️



Itulah kisah rendang ayam kita, nak buat untuk dagingpun bolehjer cuma kat rumahni daging tak berapa nak jalan... 
Rendangni dah ok cuma kena tambah cili kering kisar sebab kurang pedas..

Selamat Hari Raya Aidil Adha... 
Maaf Zahir dan Batin... 

Salam Aidil Adha dari Kinrara

SELAMAT HARI RAYA 
AIDIL ADHA

Salam Aidil Adha dari Kinrara dengan cinta.. 

Kami anak beranak berhari raya di Kinrara sahaja.. ke Gombakpun tidak sebab suami tidak berapa nak sihat.. ok jugalah makan lemang dengan rendang sahaja... ingat nak masakkan spageti untuk kawan-kawan anak yang khabarnya hendak datang beraya... 

Nuffnang oh Nuffnang