Nuffnang saya

Saturday, October 20, 2018

Air Terjun Serendah dan Perigi Tujuh

Sambungan entri jambatan tertinggi di Malaysia ..... ok... ok .... alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ... tapi sayang tidak terus berendam... Kami singgah ke air terjun Serendah yang agak terkenal di sana.. Sayang juga suami tidak bagi tahu awal-awal kot idak bolehler bentang tikarker makan sarapan.. 

Selepas turun dari Jalan Pintas Rawang (jambatan tertinggi Malaysia) kita akan masuk ke pekan Serendah. Masuklah simpang yang menuju ke arah Taman Dato' Harun. Selepas Taman Idaman ambillah simpang ke arah Kampung orang asli/ Pusat Serenti Serendah.... Seronok weh lalu kampung orang asli walaupun dah agak moden orang asli di sini.... Pengalaman menarik untuk dikongsi bersama anak2 kitakan...

Air Terjun Serendah
Air Terjun Serendah atau lebih dikenali Templer Kai dan Rekreasi Air Terjun Serendah ini pula terletak tidak jauh dari Perkampungan Orang Asli Serendah iaitu kira-kira tiga kilometer sahaja. Menyusuri perkampungan orang asli moden pengunjung dapat melihat rutin dan kehidupan penduduk asal di sini.

Walaupun air terjunnya kecil dan rendah, namun deruan air terjun sejuk yang jatuh memercik ketika anda mandi manda berhampiran air terjun mampu memberikan kesegaran. Keindahan dan kebersihan air terjun dan kolam menjadi tarikan pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda. Berdekatan Air Terjun Serendah terdapat Perigi Tujuh berhadapan simpang masuk Air Terjun dari jalan utama yang boleh dilawati oleh pengunjung untuk melihat keunikannya.

Sumber : Sinar Harian
Ok... kami hanya bergambar....
Kalau dapat terjun kan best yer...
Pada hari kami datang nampak air tak dalam....
Kata suami kadang2 tidak dibenarkan masuk jika air banyak...
Air terjun tidaklah terlalu besar....
Ada pelbagai kemudahan di sini...
Jadi jangan risau yer kawan-kawan...
Bayaran masuk ke dalam hanya RM1...
Teringat pulak kenangan masuk ke kampung orang asli masa zaman naik gunung dulu2...

Jalan masuk ke Air Terjun Serendah ini agak sempit dan lalu kawasan rumah orang asli.. jadi tolonglah berhati-hati... Selesai jenguk air terjun kami singgah ke Perigi Tujuh yang berhadapan dengan simpang masuk ke air terjun sahaja.. moh kita tengok apa yang ada!!!

Perigi Tujuh Serendah

SEBUAH kunci air berusia lebih 100 tahun mungkin antara khazanah tertua tinggalan zaman pentadbiran Inggeris yang masih berdiri teguh di Serendah.
Lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh, kawasan rekreasi yang berlandskap bersih dan rapi itu boleh dikatakan antara lokasi wajib singgah bagi yang melawat Serendah.
Bukan sekadar beristirehat, Perigi Tujuh sebenarnya berkait rapat dengan asal-usul nama dan sejarah pekan yang terletak di daerah Hulu Selangor itu.
Dan bagi mereka yang ingin menjejak permulaan sejarah pekan Serendah, lokasi itu mungkin antara tempat terbaik untuk bermula.
Penghulu Mukim Serendah, Jamali Latif berkata, pintu air itu dibina bagi mengurangkan risiko banjir yang kerap berlaku di kawasan penempatan kerana bentuk muka bumi yang rendah dan dikelilingi bukit.

Sebelum pembinaan Perigi Tujuh,banjir kerap berlaku di kawasan kampung sehingga menyukarkan aktiviti perlombongan lalu pegawai Inggeris mengesyorkan pembinaannya.
Katanya, Perigi Tujuh dibina dengan tujuh saliran air bawah tanah yang berakhir dengan kolam takungan sebelum limpahannya mengalir keluar ke sungai.
Sebelum dinamakan Perigi Tujuh, binaan itu terlebih dahulu dikenali sebagai Pintu Tujuh.
Panggilan itu katanya berubah selepas laluan utama air ke bawah tanah pecah akibat dilanggar kapal korek sehingga menyebabkan Serendah dilanda banjir besar suatu ketika dahulu.
Ekoran kerosakan pada saluran air utama, aliran sungai kemudian disalur menerusi tujuh laluan yang berbentuk seperti perigi. Sejak itu, Pintu Tujuh lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140802/lk_05/Perigi-Tujuh-benteng-Serendah#ixzz5UAy4RD7X 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Ada fakta Perigi tujuh yang boleh dibaca di sini...
Ini perigi tujuh... ada mitos mengatakan yang kawasan ini menjadi tempat bersiram puteri-puteri dari kayangan... 
Inilah telaga tujuh, dalam gambar tak cukup tujuh..
Persoalannya :- kemana pergi airnya?
cer teka.. cer teka..
Tara... air dari telaga tadi turun ke sini... pintu 7
Biasanya selepas musim hujan airnya banyak dan semua telaga akan menyalirkan air keluar...

Jenuh jugak nak turun dan naik untuk melihat lebih dekat pintu 7...


Alamat :
Air terjun Serendah
Kampung Orang Asli Serendah, 
48200 Serendah, Selangor

Perigi 7 Serendah
Lorong Kampung Datuk Harun 2, 
Kampung Datuk Harun, 
48200 Serendah, Selangor

Friday, October 19, 2018

Jambatan Tertinggi Malaysia

Teringin sangat nak melalui pengalaman lalu jambatan tertinggi Malaysia.. " Jalan Pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer itu bakal menjadi mercu tanda baharu negara apabila mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. .... " Rasanya ramai dah merasainya cuma kami yang agak ketinggalan... Tahukan di mana? Jalan Pintas Rawang ini menghubungkan Selayang ke Serendah... Ralat pulak tidak keluar seawal pagi untuk merasai pemanduan membelah kabus.. Syukurlah dengan nikmat  kemajuan ini kerana kata orang dulu ambil masa sejam lebih kini hanya setengah jam dah boleh sampai.. Jadi rugi kalau kita rasai sendiri...
Menurut sumber dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Rawang Bypass dibina secara bengkang-bengkuk bagi meminimakan impak terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor.

Laluan dengan jambatan paling tinggi ini dibina merentasi kawasan hutan tebal yang merupakan habitat pokok Giam Kanching, sejenis spesis pokok unik yang tidak terdapat di mana-mana hutan di seluruh dunia.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/11/jalan-pintas-rawang-jambatan-paling-tinggi-di-malaysia.html#ixzz5UAtlJebY 


Katanya masa perjalanan dari KL ke Rawang dapat dijimatkan dengan banyak sekali... 
Pemanduan di Rawang Bypass bakal memberi pengalaman yang unik kepada pengguna jalan raya apabila berada separas puncak pokok atau lebih tinggi.

Selain itu, pengguna Jalan Pintas Rawang juga akan melaui bawah talian kabel pencawang elektrik.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/11/jalan-pintas-rawang-jambatan-paling-tinggi-di-malaysia.html#ixzz5UAu4afBA 

Gambar ihsan dari google

Alang-alang dah sampai ke Serendah kemana kita selepas ini... moh kita tunggu entri selepas ini... 

Thursday, October 18, 2018

Cerita Sarapan Putrajaya

Ini cerita sarapan aku sepanjang berulang alik ke klinik Kesihatan Presint 9 dan juga Hospital Putrajaya...
Cerita lama tapi masih nak masuk blog suam-suam kuku... 
Kalau ke Klinik Kesihatan Presint 9 tentulah Medan Selera yang berhadapan klinik menjadi sasaran....
Mestilah tapaukan sebab keadaan suami yang tidak mengizinkan....
Kalau ke Hospital Putrajaya akak singgah ke Restoran Umai...
Kebetulan masani suami akak boleh bertongkat untuk makan di situ...
Ini memang benda wajib beli....
Apam balik yang sentiasa memenuhi citarasa akak..
Awal pagi mana nak dapat apam balikkan kalau kat tempat lain....
Banyak juga yang akak tapau antaranya lontong, kacang pool, roti john, mi rebus dan mihun sup...
Gambar takdak... tak dan nak ambik...

Mai singgah Restoran Umai..
Pilihan cekodok udang tapi terpesan cekodok pisang.. 
Tu dia mi bandung kot lupa dah!
Suami makan kue teow goreng..
Untuk sampingan cekodok pisang dan lempeng pisang...
Wow best ooooo... 

Wednesday, October 17, 2018

Sangkaya Nuts About Coconut

Hajat hati nak datang ke sini dah lama tapi baru-baru ini dapatlah menunaikan hajat... Ini kisah bulan Julai dan baru dua minggu lepas akak pergi lagi buat kali kedua....
Sangkaya coconut ice cream
Azalia paling suka yangni...
Ehm memang sedappun...
Coconut shake... ehm sedap...
Ada beli air kelapa lupa nak snap gambar...
Acilah ambik gambar dari laman web Sangkaya... 
Comeljer botolnya...


Untuk tengok menu lain boleh tengok laman webni... @Chasingfooddreams.com

Tuesday, October 16, 2018

My Own Bakes Cafe @ Eight Kinrara Santai

Kalau ingin santai di Kinrara ini bolehlah pilih kafe ini, memang terbaiklah... Gambar lama dah.. baru nak masuk blog... nanti kita buat lebih "proper" lagi... Tempat ini memang seronok untuk berehat sambil layan rhbtradesmart tengok "chart"..... Akak pergi dengan dua orang budak comel lepas diaorang habis kelas tambahan untuk persediaan UPKK dan PSRA di SRABK5....

Kalau korang pernah tengok cerita "Pengantin Musim Salju" lakonan Siti Nordiana dengan Aliff Satar pasti ada babak di My Own Bakes Cafe ni... Moh kita tengok gambar yer.... 
Memilih pasta untuk hidangan kami haritu...
Adik memang suka kek keju.. 
Mango cheese cake dan NY cheese cake...
Jenuh nak suruh posing
Sini juga nak bergambar..
Kami budak sekolah.... 
Baru ingat akak datang masatu nak sambut merdeka....
Tu dia aih lama sangat dah ni... 

Facebook : My Own Bakes Cafe
Instagram : @myownbakescafe

Alamat : B-LG-11, Eight Kinrara, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor...

Monday, October 15, 2018

Family Mart Kedai Serbaneka Jepun

Konichiwa ! Family Mart kedai serbaneka 24 jam kini telahpun ada di negara kita dengan banyaknya.. orang dah lama beratur panjang nak makan oden nyer.. tapi akakni barulah mencubanya... bukan apa Family Mart paling dekat dengan rumah akak di Bandar Puteri Puchongpun baru bulan Februari tahunni bukanya... Bila kawan di facebook berbincang hal ini barulah akak mencari manalah Family Mart terdekat.... Rupa-rupanya di SS2 area pejabat akak adajer Family Martni... Dan perasan tak bila kita dah tahu sesuatu mesti kita asyik terjumpa sahaja... Itulah rasanya haritu pergi ke Summit USJpun ada... ehm.. itu kata orang bila dah jodoh... 

Untuk yang suka melabur dalam Bursa Malaysia bolehlah membeli sedikit saham QL Resources yang memiliki Family Mart.. Bolehlah jadi pemegang saham kedai Family Mart jugalah kita nanti... 
Sumber :Majalah Labur
QL Resources Bhd tersenarai di Bursa Malaysia sebagai saham patuh syariah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 diketuai oleh Dr Chia Song Kun selaku Pengerusi Syarikat. Syarikat ini terlibat dalam 3 aktiviti perniagaan berbeza iaitu:
i) Ladang Ternakan Bersepadu, termasuk ladang ternakan, perdagangan makanan dan jenama pengguna. QL mengendalikan salah satu ladang ternakan terbesar di Asia Tenggara, menghasilkan 4.5 juta telur setiap hari dan 40 juta anak ayam berusia setahun.
ii) Pembuatan Produk Marin, yang termasuk pemprosesan surimi iaitu pes makanan yang banyak digunakan dalam makanan proses,  produk berasaskan ikan juga penangkapan ikan laut dalam.
iii) Aktiviti Minyak Sawit, yang merangkumi pengilangan minyak kelapa sawit di Sabah, perladangan dan juga perintis dalam tenaga bersih berasaskan biojisim sawit.
Family Martni macam 7elevenjerpun.. cumanya kalau di 7eleven kita boleh makan mi segera sebab disediakan air panas... di Family Mart macam-macam ada.... moh kita tengok, gambar tak banyakpun sebab rasa macam malu pulak nak ambik... 
Kedai Family Mart di SS2, PJ...
Antara makanan yang biasa di beli....
Onigiri kegemaran Atikah.... 
Itulah oden.. 
Ala macam yong tau fu jer....
Boleh pilih kuahnya.... 
Biasa pilih fish ball set....
Ada juga pau dan ayam juga sosej.....
Sebenarnya ramai yang datang untuk beli aiskrimnya....
Yang ni akak belum cuba lagi..
Boleh makan di situ yer layan rhbtradesmart....
Nampak kan di raktu benda yang biasa di jual di kedai serbaneka yang lain juga....
Haritu hujan memang layanlah sup panas-panasni...
Oden yang menjadi pujaan hati ramai....


Sekian cerita Family Mart untuk kali ini... nanti kita sambung lagi.. 

Monday, October 8, 2018

Lori tangki minyak terbabas depan rumah

Untuk kenangan kisah lori tangki minyak terbabas depan rumah emak di kampung... mendapat kiriman gambar dari whatsapp keluarga membuatkan hati ini gundah gulana....Peristiwa berlaku pada 17 September yang lalu... 

Ini tulisan akak di facebook dan mendapat komen yang banyak dari kawan-kawan... terima kasih atas doa dan keprihatinan tau...
Lori tangki minyak tergolek betul2 depan rumah emak kat kampung... Doa yang baik2 untuk emak kita yer... Trauma kali kedua dalam minggu ini.. nak sangat rasanya balik kampung...
Kita tengok gambarjer yer.... hanya untuk kenangan... 
Nampak itulah rumah kita...
 Terbalik total...
Syukur tiada apa yang berlaku... 
Pemandu lori tangki pun selamat.
Terima kasih abang Bomba....
Gerai nasi lemak jiran kita tau...

Monday, October 1, 2018

Cerita UPSR 2018

Selesai sudah UPSR... syukur Atikah sihat sepanjang peperiksaan... tiada gelabah atau takut... macam biasa belaka... moga Allah akan memberikan keberkatan ilmu yang diperolehi.... Keputusannya nanti walaupun apapun kita terima dengan hati terbuka...UPSR adalah permulaan dan moga menjadi permulaan yang baik.. 
Persediaan dari segi alat tulis..
Hari pertama kita belanja makan dulu..
Jemput makan.....
Permintaan adik Ya yang tiada kena mengena dengan UPSR...

Dua gambar kenangan tuisyen bahasa Inggeris di sekolah....

Nuffnang oh Nuffnang