Nuffnang saya

30 Mac, 2019

Restoran Village Park Damansara

Restoran Village Park Damansara atau bebudak opisni kata kedai mak sedara Nealofa... entahlah akakpun ikutjer... Tapi kedaini memang terkenal sangat sebab banyak gambar orang ternama makan di sini.... Pertama pergi dulu peghak jugaklah akak tengok punyalah ramai orang datang sini.. Dari bercinta nak cari tempat letak kereta, bercinta nak cari meja kosong, dan bercinta juga nak membayar... datang lagi time makan tengahari.... Layanlah cerita dari 3 gambar yang sempat akak ambil..... 
Kata majalah SAJI "Ini adalah lokasi pertama pilihan ramai yang pertama" ....
Baca di sini :- SAJI-NASI LEMAK SEDAP
Ini pilihan Wawa, tapi akak rasa sambal dia....
Pendapat akak biasa-biasa sahaja....
Banyak lagi nasi lemak sedap di KL dan Selangorni.. 

Mi Rebus
Akak cuba mi rebus dia...
Yang ini sedap pada tekak akak...
Ada menu lain untuk di cuba seperti nasi dagang, mi udang, laksa asam, soto, lontong dan lain-lain..
Jadi akak datang ke sini bukan sebab nasi lemak dia ....
Akak lebih suka dengan menu yang lain..

Harga makanan di sini standard kopitiam... rugilah sebab  tak sempat nak ambil gambar untuk tambahan sambal kena bayar 80 sen... 
Inilah restoran 1 Malaysia....
Sentiasa penuh you all.....
Jadi redha jer kalau makan semeja dengan orang lain...
Jangan buat terkejut pulak yer, ini Damansara...

Gambar memang tak banyak sebab segan pulak rasanya... Jadi layanlah apa adanya..... 

Dulu memang bercinta cari tempat letak kereta tapi sekarangni kami letak kereta di Starling Mall... Tapi kenalah berjalan kaki... oklah lepas makan kita exercise.... 


 Alamat :-
5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 
47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi :-
Isnin - Jumaat : 7.00 pagi hingga 7.30malam
Sabtu - Ahad : 7.00 pagi hingga 6.00 petang

29 Mac, 2019

Sahabat Lama

Ini juga kisah lama simpan sini untuk kenangan....
Nampak sangat lama akak tidak menulis di sini...
Sahabat lama dari tahun 1994 tidak bertemu...
Rindu sangat dengan kamu Dayang Ramlah...
Ya... ya sahabat Negeri Kenyalang...
Sahabat sama belajar di UUM Sintok....

Kebetulan suaminya ada seminar di KL..
Jadi dia datang ke sini untuk beli kain untuk kenduri anak saudaranya... 
Dia duduk di Hotel Cititel Mid Valley.. 
Jadi kita jumpa di situjer....
Macam-macam cerita rasa tidak cukup masa ....
Harap akan bertemu kamu lagi.. 
Terima kasih sahabat untuk cenderamata ini... 
Istimewa kek lapis dari air tangan dia sendiri...
Sedap sangat kek lapisnya... 
Dia menerima tempahan hanya kepada yang rapat sahaja..

Jangan tanya gambar... sejak dari zaman belajar payah nak ambil gambar dia.. jadi akak sangat menghormati pendirian dia..... 


Kenduri Kahwin Anak Sepupu

Ini kisah lama lagi bulan Januari kalau tak silap.. kisah kenduri kahwin kepada anak sepupu akak di Ampang... Letak sini untuk kenangan.... 
Wajiblah bergambar beramai-ramai.. 
3 sepupu perempuan tiada dalam gambar...
Sepatutnya cucu Opah Shipak ada 13 orang...
5 perempuan dan 8 lelaki... 
Memburukkan diri itulah akak. 
3 beradik perempuan dan adik ipar akak... 
Sepupu mestilah selalu bersama... 
Nak juga pengantin lama bergambar.... 
Pengantin perempuantulah anak saudara kita... 
Asbab ada kenduri kahwin dapatlah kami berkumpul adik beradik....

28 Mac, 2019

Rumah Terbuka CNY RHBIB SS2

Ini memang kelakar....
Gambar yang memang lama sangat..
Tahun Baru Cina punya cerita lho!!!
Simpan sini buat kenangan.... 
CNY dan merah dan limau mandarin dipisah jangan....
 Remisier dan bosku dari HQ dan cawangan lain....
Remisier melayu akulah satu-satunya....
Hanya untuk kenangan....
Kebetulan hari jadi bos yang dah nak pencen...
Pilih-pilih angpau...
Kalau ong besarlah angkanya...
Akak kurang ong dapatlah RM8....
Dalam angpautu ada RM8, 18, 28 dan seterusnya...
Tak tanya angka paling besar....
Makan... makan.. tapi akak tak makan...
Sebab kateringnya diragui, katanya halal tapi ...
sekian terima kasih... 

Menunggu depan SUK Selangor

Sambungan gambar pose diKorea....
Sementara tunggu ayah balik kita posing lagi....



jlkhklkl

Ini semua kenangan...
Suatu hari nanti kita pasti terkenangkan saat ini...

27 Mac, 2019

Pose di Korea!!

Cuti sekolah kami ke Korea
Alah depan pejabat SUK Selangorjer!!!







Sekian dari kami yang tidak bercuti walaupun cuti sekolah...

Posing Bebudak Sekarang

Layan..





Beli kasut mahalpun tak guna...
Selipar jepun juga idaman hati..
Lantakler.. 

26 Mac, 2019

Mesyuarat PIBG SEMESTIB

Hanya secebis kisah mesyuarat PIBG SEMESTIB ...
Ringankan kaki untuk hadir mesyuarat sekolah....
Selama ini mesyuarat PIBG SRA memang akak pergi....
Tapi untuk PIBG sekolah biasa belum pernah sampai...
Kebetulan sekolah hanya 200 meter dari rumah...
Tapi memang sedih jugalah kehadiran ibu bapa kurang memberansangkan...
Kalau dilihat dari senarai nama tahun lepas juga bilangan guru lebih ramai dari bilangan ibu bapa...
Ehmmmmm..... ehmmmm... ehmmmm ... no comment... tiba2..

Tahniah sebab hadir Cho
 Pertandingan mewarna untuk murid-murid...
 Tekun Atikah dan kawan-kawan....
 Bersungguh kau nak... 
 Ramai juga yer... 
Suka vertical garden kat belakangtu..


Mesyuarat PIBG SRABK5

Ini cerita 10 Mac yang lepas.... hanya untuk kenangan...
Syukur dapat hadir untuk mesyuarat ini..
Kehadiran ibu bapa memang menggalakkan...
Syukur Alhamdulillah....

Tahniah untuk anak PSRA yang berjaya MUMTAZ tahun 2018..
Kejayaan tetap disambut untuk kenangan termanis dalam hidup ini...
 100 orang pelajar mendapat MUMTAZ..
 Jenuh nak bagi muat semua orang....
 Tahniah guru dan murid SRABK5
Semoga anak-anak semua akan terus berjaya....
Semoga guru-guru juga akan terus istiqomah mengajar anak-anak bangsa....

13 Mac, 2019

Mi Kicap Ala Cina Simple

Resipi mi kicap tentulah untuk anak kita yang comel. Jumpa resipi ini di sini :- RASA yang rasa sesuai untuk Dik Ya yang suka sangat dengan wantan mi. Tapi kali ini kita buat versi yang ringkas sebab malas nak buat sup dan juga dumpling. Minyak bawang putihpun dah sedia ada sebab dua hari lepas dah makan wantan mi... Ini memang sedap!!!

Malas nak keluar rumah punya pasal kita guna mi kering Vit's. Sayurpun tiada dan nasiblah ada bebola ayam... Yang penting dik Ya kata sedap sangat ibu.... terima kasih...

Menu tengahari sebegini selalunya untuk anak-anak di hari persekolahan... 
Kalau suami akak memang dia 'reject' awal-awal...

Mi kicapni bukan macam mi kicap Ipoh ok... kalau Ipohtu ada kari dan sosnya.... Mi kicap yang ini pula ringkas dengan bancuhan campuran sos kicap  dan minyak bawang putih sahaja. Meh kita tengok resipi .... 

Resipi Mi Kicap Sayur Ala Cina

Bahan sos kicap (1-2 hidangan)

Halia
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar kicap lemak manis

1. Masukkan semua bahan dalam periuk
2. Masukkan sedikit air dan masak sampai kuahnya sedikit pekat.

Bahan minyak bawang putih

6-7 ulas bawang putih
minyak (lebih dari bawang yer)

1. Panaskan minyak, goreng bawang putih sehingga kekuningan. Tutup api dan ketepikan....

Bahan Mi

Ada yang menggunakan mi kuning. Namun ada juga yang menggunakan mi kering seperti yee mi atau mi segera. 

Bahan-bahan lain (tak bubuhpun)

Sayur sawi (dicelur)
Minyak bijan 
Biji bijan

Mi yang telah digaul, macam mi sedap pulak yer...

CARA-CARA MENYEDIAKAN :-

1. Masukkan sos yang dibancuh kedalam mangkuk.
2. Letakkan mi dan 2-3 sudu minyak bawang putih dan sedikit minyak bijan..
3. Gaul sampai sebati dan bolehlah diletakkan dalam mangkuk.
4. Hiaskan dengan bijan dan sayur sawi.
6. Boleh juga letakkan isi ayam/daging atau bebola ikan telah digoreng.

INFO :

Jika hendakkan rasa pedas hiriskan cili padi dan letakkan sedikit kicap cair.

Wahai anak jadilah kamu insan hebat yang akan menggegarkan dunia.... semoga kasih sayang ibu akan membuatkan kamu kuat dalam menjalani kehidupan ini... Mi Kicap Ipoh mungkin hebat tapi mi kicap ibu ini juga tiada tandingnya kerana ibu lakukan dengan penuh kasih sayang...


Nuffnang oh Nuffnang