Nuffnang saya

13 Mac, 2019

Makaroni Keju Bakar

fafa

Resipi Makaroni Keju Bakar

200gm makaroni ( rebus ikut arahan )
1/2 cawan keju permesam

Bahan sos putih

1/4 mentega
2 cawan keju cheddar (cincang)
3 cawan susu penuh krim/segar
2 sudu makan tepung serbaguna
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung gandum(majalah RASA pun konpius, bahan atas tepung serbaguna). Kacau sehingga menghasilkan roux (apa bendani kome)..
2. Masukkan susu dan kacau sebati dan campurkan keju. Pastikan api perlahan dan kacau selalu sehingga cair kesemuanya.
3. Masukkan lada hitam dan sedikit garam. Kacau rata dan ketepikan...

Bahan sos merah

Sedikit mentega
1 biji bawang besar Holland (dadu)
1/2 cawan daging cincang
1 cawan tomato ceri (kisar) 
1/2 cawan cendawan butang (hiris halus)
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili

1. Cairkan mentega. Tumiskan bawang sehingga kekuningan. 
2. Masukkan tomato ceri dan daging cincang. Kacau sehingga daging masak.
3. Tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah. Masukkan cendawan dan kacau sehingga masak dan sebati.

CARA MASAK :-

1. Sapukan mentega pada loyang dan masukkan makaroni dan sos putih. Gaul rata.
2. Taburkan keju permesam dan tuangkan sos merah atasnya. Ratakan dan tabur lagi keju permesam dipermukaan.
3. BAKAR dalam ketuhar suhu 175 C selama 30 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang oh Nuffnang