Nuffnang saya

Wednesday, February 28, 2018

Wordless Wednesday ~Intai kami sementara nampak

Tengok gambar kat sini rasa sayang pulak nak dibuang...
Nampak macam berseni pulak... 
Ini kisah intai mengintai... 
Dik Ya apa yang kau intai...
Ini kisah balik dari kelas tambahan sekolah agama setiap sabtu untuk pelajar UPKK dan PSRA..
Amboi gembira nampak ...
Oh nampak ramen ibu yer... 
Inilah rupanya Ramen di Restoran Mio's Kinrara...
Akak pernah cerita pasal kedai makan Mio's ni sebelum ini.. 
Ini ceritanya :-MIO'S KAFE BAKERI BANDAR KINRARA
Boleh kata akak melihat peningkatan Mio's dari sebuah bakeri di medan selera BK4..
Di situ akak pernah beberapa kali menempah kek untuk harijadi anak-anak...
Pernah tengok mereka berniaga makanan barat di pasar Ramadhan, dan sambutan amat menggalakkan...
Lepastu buka upgrade bakeri menjadi cafe yang ada juga menjual makanan barat...
Sekarangni dah buka satu restoran kedai makan di deretan kedai dan Mio's di medan selera masih juga dibuka...
Kedai baru ini memang nampak eksklusif tapi rasanya harga masih berpatutan...
Dah pergi dua kali tapi kurang ambil gambar sebab kebetulan bateri handphone hampir habis...
Harapan dan doa dari akak moga bisnes makanan keluarga Mior ini akan terus berjaya...
Ameen.... Ameen...

Friday, February 23, 2018

Taman Rekreasi MPSJ Puncak Jalil

Tempat baru untuk berekreasi yang berdekatan dengan rumah iaitu di Taman Rekreasi MPSJ Puncak Jalil.. Terjagalah sikit berbanding padang yang ada di sekitar Bandar Kinrara .. cumanya tempat untuk jogging tak sebesar manapun yang penatnya banyak tangga.. tapi ada sorangtu akak tengok dia naik tangga sampai tempat rekreasi paling tinggi dan dia turun balik dan jogging ke tangki air Syabastu... agak ekstremlah untuk akak... maalumlah lutut dah tak berapa nak kuat nak turun naik tangga memang azab... kalau naik tempat mendaki tanpa tangga adalah lebih baik...

Ini kisah cuti Thaipusam yang  lepas sebenarnya. Ikutnya nak join coach JK1M akak naik Bukit Gasing tapi dia kata kali ini dia ikut jalan yang agak tidak sesuai untuk kanak-kanak terus tak jadi... Cuti-cutini kalau boleh naklah buat aktiviti bersama keluargakan... jomler kita tengok tempat baru berekreasi yang boleh dikunjungi oleh penduduk sekitar Bandar Kinrara dan Puncak Jalil....
Nampak tangga terus rasa tak sanggup..
Mun dah sampai rela ku pujuklah...
Papan Tanda Taman Rekreasi Puncak Jalil ...
Dah naik fikir nak turun pulak nanti...
Memang rasa berada didalam hutan...
Air jangan lupa bawak yer... 
Ada juga tempat untuk bersenam... 

Gambar selepas ini di ambil oleh Nurul Atikah... jadi banyak gambar pemandangan... 
Perumahan Puncak Jalil
Dulu mesti hijau seluas pemandangan ...
Kini hutan batu belaka...
Atikah dengan kamera...
Adik Ya dah memanjat sana sini... 
Ibu yang berjalan pusing bulatan kecil dengan gagahnya...
Enah apa motif gambar di ambil... 
Ada juga bunga warna purple
Ada juga bunga warna kuning..

Lepas berekreasi moh kita ke AEON Equine Park pulak... Jalan-jalan cari pasal namanya sebab anak nak makan di Sushi King... Kebetulan baucer diskaunpun sudah hampir tamat tempoh... moh kita makan...
Bertingkat-tingkat ... 
Atikah kalau ambil gambar...


Itulah kisahnya.. sekian... 



Wednesday, February 21, 2018

Tercapai satu impian UPKK

Perjalanan hidup kamu masih panjang.. ini langkah pertama yang harus disyukuri.. walau tidak penting tapi cukup baik sebagai motivasi untuk terus berusaha... Akak risau juga kalau Atikah tidak berjaya  mencapai 8A, takut-takut dia tidak berusaha padahal tahun ini dua peperiksaan menunggu... Oleh itu dengan kejayaan kecil ini memangkin semangat untuk terus berusaha untuk berjaya mencapai Mumtaz(cemerlang) dalam PSRA dan juga 6A dalam UPSR... Ameen.. Ameen... 

Tahniah wahai anakku.. usaha kamu dengan kehendak Allah s.w.t. membenarkan kamu merasai kejayaan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak SRA Bandar Kinrara 5 yang berusaha keras untuk semua anak didiknya. Semoga Allah akan memberkati hidup 
Tahniah Atikah dan kawan-kawan
Tahniah anak ibu...
Alhamdulillah...  
Pelajar lelaki berkerjasama angkat kerusi untuk acara ambil gambar... 
Atikah dan bff dia sejak dari darjah satu Dalili..
Berdua di mana jua... 
TV Al-Hijrah datang untuk rakaman rancangan Ad dhuha...
Seramai 101 pelajar mendapat 8A... 
Melebihi sasaran 100 orang 8A...
Tahniah ustaz dan ustazah semua...
Kepada anak-anak yang tidak berjaya jangan gundah gulana tahun ini ada 2 peperiksaan untuk dipulun...
UPSR dan PSRA menanti anak-anak semua...
Semoga semua calon SRABK5 tahun ini akan berjaya dengan cemerlang hendaknya dalam PSRA... 
Akak naik ke tingkat 1 untuk ambil gambar... 
Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari itu... 


Tuesday, February 20, 2018

Inilah aku

Hanya ingin simpan gambar ini untuk kenangan... nanti bila bukak balik cerita lama di blog sendiri ada memori yang diingati... Inilah permulaan tahun 2018 yang ehmmm apa nak tulis yer... ceria, muram, bahagia... apa-apa sajalah...
 Tengoklah kurusnya akak...
Ini masa kahwin ex- ofis akak... 
 Ya Allah terkejut kita kurusnya aku...  
2004 punya cerita...
Adik yang tudung purpletu kahwin..
Semua kecil-kecil belaka...
Inilah adik2 ex-OSK kecuali yang sorang baju pink...
Tidak banyak bezanya adik-adik akakni banding dengan gambar atas.... 

Inilah kisahnya akak nak join JOM KURUS...
Ya Allah moga aku terus istiqomah... 

Thursday, February 8, 2018

Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri


Akak join Jom kurus 1 Malaysia (JK1M) untuk musim ke 10.. dah lama nak join tapi dapat untuk kali ini.. memang menarik sangat.. nyesal tak join masa awal dulu.. entah kenapa memanggil sangat untuk musim ke 10 ini untuk akak masuk sekali... Jadi untuk seminar jom kurus Lembah Klang diadakan di Dewan Raja Muda Musa Komples Sukan di Shah Alam... excited sebab nak jumpa dengan Kevin Zahri..

Memang best sangat dengar dia bagi talk.. ter'inspired' walaupun tahu akakni selalu tidak konsisten dalam nak kurus... Namun mana tahu dengan izin Allah akak join program ini dan Dia berikan peluang kali ini untuk akak berubah menjadi Cho Zila yang baru... Berjumpa dengan ramai bekas peserta yang telah berjaya juga memberi peluang untuk akak kenal kekuatan yang harus akak teruskan... chaiyok.. chaiyok...
Banyak team memilih warna merah rupanya harini..
Bersama kawan baru dari team Puchong..
Projek bergambar beramai-ramai, jenuh nak susun...
Ikon JK1M musim 10, bekas peserta yang kini jadi coach...
JK1M menemukan jodoh mereka dan kini mereka suami isteri..
Saat dinantikan talk dari Kevin Zahri..
Menakjubkan sebab tidak rasa jemu untuk mendengarnya... 
Sebenarnya acara pertama ialah senaman beramai-ramai Bhagra Dance yang memang awesome...
Gambar di atas pulak fitness game di tunjuk oleh Kevin..

Seronok kalau aktiviti berpasangan ini..
Ini memang akak rasa nak angkat tangan mengalahjer...
Yeah!! ... akak cakap kalau tak dapat bergambar dengan Kevin memang akak tak nak balik... 
Ha... ha.. overlah makcikni...


Saturday, February 3, 2018

Restoran Jamal Mohamad dan Restoran Subang Ria SS5 Petaling Jaya

Akak suka sangat sarapan berat.. Kalau di Ipoh dahulu tidak menjadi masalah untuk bersarapan mi kari, laksa, mihun sup atau apa yang selalu kopitiam sediakan. Boleh kata banyak kedai yang menyediakan sarapan ala kopitiam dengan harga mampu milik... Cuma di sini kebanyakan kedai melayu sarapannya ialah nasi lemak, mi atau mihun goreng banyak2 bubuh dalam satu tray. Kuih muihpun lebih baik singgah kat gerai-gerai tepi jalan lebih banyak pilihan... 

Sarapan kedai mamakpun tidaklah semenarik mana sebab roti canai restoran melayu lebih sedap. Harini akak nak perkenalkan dua kedai di satu kawasan yang sama yang menyediakan sarapan macam yang akak idamkan.. cumanya kedaini tiada tanda halal dan tauke dia bukanlah orang melayu cuma pekerja indonesia muslim yang berkerja. Pelanggan memang ramai orang melayu dari bangsa lain.

KEDAI PERTAMA
Restoran Jamal Mohamed
Restoran pertama ialah Restoran Jamal Mohamad..
Restoran mamak tapi ada gerai yang macam-macam ada.. 
Pandangan dari dalam kedai.. 
Malu-malu nak ambil gambar...
Pandangan dari luar kedai...

 KEDAI KEDUA
Restoran Subang Ria
Macamlah di rumah tak boleh buatkan...
Pilihan akak untuk bersarapan..

Entah kenapa kopi dan telur separuh masak disini sedap!!
Laksa asam... bolehlah.. 
Sup Fishball... 
Pilihan utama akak kalau datang ke sini...
Sebab apa? sebab bergoreng...
Boleh mintak sup kalau suka.. 
Lagi sekali yong taufu... 

Nuffnang oh Nuffnang