Nuffnang saya

Friday, March 10, 2017

Asam Rebus Ikan/bendi dan Kangkung Masak Taucu

Asam rebus antara lauk kegemaran akak terutamanya kalau tekak rasa tidak sedap. Mungkin rasa masamnya itu membuatkan kita rasa berselera untuk makan bertambah-tambah. Lauk ini juga sesuai untuk mereka yang ingin berdiet dan untuk sihat. Janji janganlah nasi bertambah-tambah, hilang dietnya nanti.. Ha... ha...

Ingin berkongsi resipi ini hanya untuk suka-suka. Rasanya semua orangpun tahu resipi ini. Alkisahnya suami akak kurang suka asam rebus ini tapi suka asam pedas. Malangnya akak sudah mencuba berkali-kali tetapi memang rasanya lain-lain. Maalumlah asam pedas orang Perak memang tidak sama langsung dengan asam pedas orang sebelah selatan. 

Komen yang paling ikhlas dari bapak mertua akak sentiasa dalam ingatan akak. Kelakar sangat dia ingat asam pedas akaktu asam rebus. Tapi azam tahun 2017 akan  melakukan sehingga berjaya mendapatkan asam pedas yang menjadi kegemaran suami dan anak akak yang bongsu. Azalia kalau dapat makan asam pedas adik ipar akak memang licin pinggan dia. Jadi usaha jayalah wahai Cho Zila...

RESIPI ASAM REBUS IKAN DAN BENDI

Bahan-bahan 
  • 2 ekor ikan kembung
  • 2 biji cili merah-buang biji*
  • 3 biji cili padi *
  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 batang serai-titik hujung
  • air ikut keperluan
  • air asam jawa secukupnya
  • 5 bendi 
Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *. .
2. Masukkan semua bahan yang telah lumat bersama air dan serai ke dalam periuk.
3. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan yang telah disiang dan dibersihkan.
5. Bila mendidih masukkan bendi
6. Masukkan garam dan asam jawa terlebih dahulu. Rasa terlebih dahulu barulah di padam api. 

Mudahkan dan yang penting anak-anak boleh makan bertambah-tambah. Azalia memang suka makan kuah yang ada rasa masam-masam. Asam pedas, asam rebus, singgang, gulai taucu semuanya menjadi kegemaran dia. Kari atau masak lemaktu kurang sedikit. Atikah pula susah nak cakap dia suka makan apa. Tapi kalau makanan seperti spageti dan makanan barat memang suka sangat. Jadi adik orang kampung dan kakak orang bandar...
Hari ini akak masak asam rebus bersama kangkung taucu dan tempe goreng. Akak baru tahu yang anak-anak suka sangat tempe goreng. Semasa kami bersarapan di Klang, kedai itu ada menyediakan tempe goreng dan tauhu goreng. Memang sedap sangat sampai kami berebut-rebut makan. Bila sebut pasal tempe ini teringat ustaz akak masa zaman sekolah asrama dahulu. Sekolah agama kena banyak menghafalkan, selalu dia kutuk kami orang Parit/Bota. Katanya orang Jawa ini senang menghafal sebab makan tempe dan tauhu. Orang Paritni susah sikit sebab banyak makan tempoyak, banyak gas katanya. Macam logikkan... 

RESIPI KANGKUNG TAUCU

Bahan-bahan 
  • Seikat sayur kangkung
  • 1 biji cili merah (potong)
  • 2 biji cili padi (potong)
  • 4 biji bawang kecil (hiris)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • 1 sudu taucu
  • sedikit udang
  • air ikut keperluan 
Cara-cara

1. Tumis bawang kecil dan bawang putih juga cili padi sehingga naik bau. .
2. Masukkan udang sehingga kekuningan.
3. Masukkan taucu.
4. Masukkan sayur kangkung dan cili merah. Gaul rata.
5. Masukkan air sedikit.. Taucu sudah masin rasanya tidak perlulah ditambah garam... 
6. Sayur dah masak bolehlah diangkat... 


Orang kalau kangkung masak belacankan, akak sudah terbiasa dari kecil masak taucu. Jadi bila merantautu macam pelik juga kangkung masak belacan. Itulah orang kata jauh berjalan banyak pengalaman. Cara masakpun dari satu tempat ke satu tempatpun banyak perbezaannya...
Minggu ini minggu peperiksaan SRA(Sekolah Rendah Agama) Atikah dan Azalia jadi kenalah perut kenyang.. Moga mereka berdua dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelum ini. Seperti biasa ibu hanya mampu berdoa yang TERBAIK akan datang dari Allah s.w.t. untuk kamu berdua... 

Thursday, March 9, 2017

Rumah Makan Cibiuk Bandar Kinrara

Semenjak ada bangunan baru di hadapan Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara, maka banyaklah kedai makan untuk dicuba.. Antara yang pernah akak cuba ialah Culture Coffee, Cowboy Steak House, Rumah Makan Cibiuk dan Chili's Crab. Oleh kerana gambar di Rumah Makan Cibiuk Masakan Khas Sunda yang ada kita cerita pasal restoran yang satuni. 

Masuk sahaja ke Restoran ini terasa kita berada dinegara seberang dengan dekorasi hiasan kedai, pakaian staffnya dan irama muziknya.. Asyik... asyik... Entah kenapa masuk ke situ terasa damai dan tenang cewah berlebih-lebih kamu... Tapi ya mendengar muziknya itu membuat kita rasa senang. 

Dalam usaha mencari menu untuk dicuba kami terjah sahaja apa yang sesuai untuk tekak kami anak beranak. Pilihan kami hari itu adalah set Nasi liwet ayam kampung goreng. Makan sehingga menjilat jari. Suami akak order mi Bakso tapi tidak sampai-sampai rupanya tidak ditulis ordernya. Tapi tak kisahlah makan set untuk dua orang inipun boleh mengeyangkan perut kami 4 beranak. Kebetulan haritu akak "ON DIET", diet sangatkan...

Moh kita tengok gambar sebab akakni suka sangat kalau gambar sahaja yang bercerita. Bak kata kawan akak dulu-dulu sekeping gambar mampu mencerita pelbagai cerita. ah! rindu kiriman surat dari kawan macam dulu-dulu. Sekarang kiriman whatsapp tidak sama rasa keseronokan membacanya.. opps, melalut dah!!
Cuba cari mana dik Ya...
Dik Ya berselindung disebalik tudung saji yang comel itu...
Cantikkan kedai ini, masuk sendiri dan lihat...
Kami kesini selepas ambil dua beradik dari aktiviti ko kurikulum di sekolah.
Sekolah diaorang mengadakan aktiviti ini hari sabtu..
Maalumlah sekolahnya dua sessi tentulah tidak boleh buat pada hari rabu...
Ada ayam bakar, tempe goreng, tauhu goreng, ikan masin, ulam dan sambal istimewa (macam sambal tomato opah akakjer) dan juga pecal..
Semuapun sedap kena dengan tekak orang kampung macam kami sekeluarga..
Ehmmmm... sedapnya menghilangkan dahaga....
Jus alpukat (avokado) yang wajib diteguk kalau masuk restoran Indonesia.
Banyak pilihan pencuci mulut di sini sebenarnya...
Kalau ada rezeki boleh mencubanya satu persatu...
Bekas nasitu istimewa sangatkan...
Katanya set ini untuk dua orang, tapi tengok pada nasi di dalam itu rasanya ramai yang boleh makan..
Bekas sambalnya istimewa dan rasanya memang teringat pada sambal tomato arwah opah akak...
Orang Sunda ini makan nasi dengan cili padi gamaknya..
Tapi sedap jugalah sebab cili itu tidak pedas sangat...
Entah kenapalah tekak akak berkenan sangat dengan hidangan di kedai makan ini.

Kiranya korang berminat dan berada di sekitar Bandar Kinrara, Puchong mahupun Bukit Jalil bolehlah datang ke sini. Tidak salah mencubakan... Alamatnya seperti di bawah:-
Rumah Makan Cibiuk Kinrara
20-G, Jalan BK 5A/2C,
Bandar Kinrara, 47180,
Puchong, Selangor.


Tuesday, March 7, 2017

Kolam Renang Kinrara Resort

Ini cerita kami berenang di kolam Kinrara Resort.
Dekat sangat dengan rumah..

Kebetulan suami ada kursus di situ..
Jadi menumpang mandi di kolamnya...

Banyak syarikat dan jabatan kerajaan yang mengadakan seminar atau kursus di Kinrara Resort.. 

Suami akak suka kalau buat di sini satu sebab dekat satu lagi katanya makan di sini boleh tahan sedapnya...
Jom kita tengok apa yang seronok sangat dikolam renang... 
Seronoknya kalau berenang di waktu malam....
Kolam renang di sini hanya sehingga pukul 8.00malam...
 Kolam renang di kelilingi bilik-bilik....
Pemandangan setiap bilik adalah kolam renang....
Kitani rasanya malu juga nak turun..
Boleh terus terjun dari bilik ...
Jadi tidak perlu jalan jauh-jauh... 
Ramai juga yang mandi di sini...
Berenang boleh saja tapi tanggungjawab sendiri...
Kalau lifeguardpun masih tanggungjawab sendirikan...
Kolam yang agak dalam untuk kanak-kanak...

Jangan risau ada kolam untuk kanak-kanak juga...
Moh kita ke sana pulak... 
Di sana adalah kolam untuk kanak-kanak...
Penuh dengan kehijauan resort ini.. 
Ha.. ha... memang langsung tidak dalam...
Dik Ya kata airnya panas sikit...
Budak kecilpun tak sampai ke pinggang...
Dik Ya bersenang lenang di situ.. 
Bunga melur yang banyak di tepi kolam...
Teringat masa dulu opah tanam pokok bunga melur..
Tujuannya ialah untuk diletakkan dalam bedak sejuk yang dibuatnya sendiri...
Bunga apa ni kome!!!
Bunga ini pun banyak sangat ditepi kolam... 
Ikutilah peraturan kalau ingin berenang di sini..
Tapi ada sahaja yang memakai baju t-shirt biasa...
Maalumlah tiada siapa yang melarang...
Kesimpulan : Walaupun Kinrara Resort ini terletak dekat sahaja dengan rumah tapi tetap gembira berada di situ.. Rasa macam di suatu tempat  peranginan yang mendamaikan padahal dekat sangat dengan rumah. Ada rezeki bolehlah mandi di kolam renangnya lagi. Kolam renangnya juga agak luas dan anak-anak suka. Budak sekarangni suka kolam yang dalam katanya baru seronok hendak berenang. 

Nuffnang oh Nuffnang