Nuffnang saya

Wednesday, October 31, 2018

Bergambar depan SUK Selangor

Ini antara adengan akak masa tersampai awal untuk ambil suami .... jadi akak paksalah budak yang ponteng sekolah agama ambil gambar... mai kita posing di dataran depan SUK...

Gambar kurang jelas... maafkan kami.... Mai kita tengok gambarjer.. wordless wednesday katakan...




Mungkin kita cuba ambil gambar lain kali... baru perasan ada pokok unik yang kalau bergambar mesti cun.... lain kalilah.... 

Tuesday, October 30, 2018

Sahabat Lama Kekal Selamanya (kenduri Liza)

Ini cerita sahabat yang dengan izin Allah sentiasa dapat bertemu.... walaupun akak tidak dapat hadir tetap nak masuk blog... seronok tengok muka kawan ada yang tidak dapat dilihat selepas keluar dari sekolah.... mungkin tidak dapat bertemu mata tapi dapat melihat keakraban sahabat semua terasa gembira hati ini...

Ini jemputan kawan baik akak semasa mula masuk asrama.. zaman itu tak pandai bff bagai tapi itulah mana ada Zila di situ ada Liza.... Terima kasih sahabat atas jemputan tapi akak tidak dapat hadir kerana mak mertua ada dengan akak ... lagipun akak kena hadir kelas TA8...
Tahniah untuk kome berdua... 
Ramai juga yang hadir yer....
Ini juga kawan baik akak...
Seronoknyer kalau akakpun dapat join...
Rindu kamu semua...
Baru dapat bergambar dengan tuan rumahkan...
Sahabat semua moga aku juga dapat jumpa korang nanti..
Ini muka yang lebih 30 tahun tidak berjumpa...

Sunday, October 28, 2018

Restoran Melur & Thyme NU Sentral

Siri sahabat lama kekal selamanya... Kali ini sahabat lama jumpa-jumpa di Restoran Melur & Thyme NU Sentral... Sebenarnya ada antara kawan kami yang ambil block leave tapi tiada tempat ditujui... Kalau orang kerja di syarikat kewangan tahu pasal block leave inikan... terpaksa cuti 5 hari berturut2 dan jika tidak ambil cuti 5 hari tidak boleh di bawa ke hadapan... Dia boleh lupa dan bila pengurusan bertanya maka terpaksalah dia bercuti....


Rancangan awal nak bersarapan santai di mana-mana.. tapi ada sahabat yang kerja di KL Sentral yang tidak dapat bercuti maka kamipun bersetuju untuk makan tengahari di sana... Oleh sebab dia kak long kawasan situ dia jugalah yang mencadangkan makan tengahari di Restoran Melur & Thyme. Akak sukajer sebab tidak pernah lagi merasa ke situ..
Hanya kami 5 orang...
Sementara menunggu yang lain sampai kita ambil gambar dulu....
Set makan tengahari (RM29.90)
Kenyang sangat sayur dia punya segar....
Ni set yang atas sup labu dan teh o ais limau.
Crispy Chilli Baby Crab (RM31)
Grilled Salmon (RM37)
Pada akak menu ini memang kena repeat lagi....


Alamak chicken tandoori burger tak masuk dalam gambar...
Tapi burger ini kurang masuk ngan kami..
Jenuh lima2 tolong perabihkan...
Ralatnya kami tidak mencuba menu pelbagai...
Sebab tuan suggest kedaipun kata dia suka salmonjer...
Jadi kamipun ordertu sampai 3 orang.... 

Terima kasih sahabat belanja kami....
Ya Allah bagilah rezeki melimpah ruah untuk sahabat ku ini..
Restoran Melur & Thyme ada sijil HALAL Jakim...
sekian terima kasih...
Kenyang gelak mengekek-ngekek ada yang kena tapau balik...


Keseluruhan kedai ini memang best dan suasananya sangat santai.. dekorasi kedaipun menarik... ada rezeki kita datang lagi Insyaallah... 

Laman web : http://www.melurandthyme.com/

Friday, October 26, 2018

Sahabat Lama Kekal Selamanya (Lawat Zaiti)

Ini kisah perjumpaan sahabat akak yang sepatutnya akakpun join sekali.. namun siapalah kita hendak melawan takdirNya... bertemu dan berpisah adalah urusan rezeki dari Allah s.w.t. Namun akak gembira melihat keakraban sahabat sekolah ini... Akak dah bagi tahukan sahabat sekolah asramani memang lebih mesra.... lagi-lagi kami sekolah perempuan lagilah rapat.... 

Pertemuan kali ini untuk melawat sahabat kami Zaiti yang Allah berikan dia sakit ... Kamini hanya boleh berikan sokongan moral... Gembira dia menyambut kedatangan sahabatnya.. Sebenarnya seorang dari kami berwhatsapp dengan Zaiti kata nak datang.. Tidaklah diberitahu kami datang beramai-ramai kerana tidak mahu dia bersusah payah menyediakan juadah....

Namun naluri dia kuat dan dia sendiri memasak dengan kuantiti yang agak banyak kerana merasakan ramai yang datang.. Sahabat kau memang tabah, moga Allah memudahkan proses pemulihanmu.... Semoga kekuatan kamu membuatkan kami semua lebih bersemangat... 
 Ralat rasa tak dapat turut serta...
Sahabat kami dari Ipoh sudah ramai menziarah..
Ini giliran kami dari Lembah Klang ...
Cuma Murni chef kuih bulan dari Ipoh menyelit..
 Zaiti yang memang suka dengan kehadiran sahabatnya...
Roti 'goyo' sarapan wajib di Ipoh....
Rindu nak bersarapan di Ipoh....

Thursday, October 25, 2018

Kuih Bulan Muslim Halal

Ini cerita bisnes sahabat akak bernama Murni yang tinggal di Ipoh tapi selalu datang ke Lembah Klang untuk memenuhi impian kami... Kali ini dia datang ke Bukit Kewangan berjumpa Husna yang bertindak sebagai orang tengah untuk pesanan dari kami... 

Jadi kalau kawan blog akak berada di Ipoh dan kawasan sewaktu dengannya bolehlah menghubungi kawan akak.. Maalumlah bukan mudah untuk mendapatkan kuih bulan yang halal dan buatan air tangan orang kita.. Rasa dia memang tidak mengecewakan sedap weh!!!
Kuih bulan yang cantik kejadiannya... 
Ada pelbagai jenis inti kuih bulan ini tau..
Terbaiklah sahabatku ini, dapat percuma kek viral "Pastry Fruit Cake"...
Ya Allah, perbanyakkanlah rezeki sahabatku Murni... 
Skon juga aka kirim agak banyak untuk diberi kepada jiran..
Ha.... tu dia dapat satu bag kau.... 
Inilah yang 3 orang sahaja yang dapat berjumpa... 


Ini facebook MURNI.ABD untuk yang berminat untuk mendapatkan kuih bulan, skon, brownies dan pelbagai lagi.... Boleh klik di sini :-  MURNI.ABD



Wednesday, October 24, 2018

Wordless Wednesday ~ Salad Sayur

Kala ingin kurus kononnya sayur memang berlambak dalam peti ais...
Jadi kita campurkan apa yang ada...
Namun derhaka bubuh macam-macam nak bagi sedap...


Salad sayur
Tomato
Capsicum hijau
Timun 
Lada hitam
Mayonis
Keju


Penimbang yang menipu ...
Jadi abaikan....
Sedarlah wahai Cho Zila.....

Tuesday, October 23, 2018

Jadual Harian Berubah

Rutin aku kini berubah 360 darjah... kalau dulu boleh rehat tidak perlu tempuh jem kini akak kena hadap denga hati terbuka.. maalumler aku dah lama jadi makcik rempit di lembah Klangni... mula datang sinijer akak bawa kereta.... Kali ini sebab suami masih kurang kuat untuk berjalan jauh mestilah isteri yang sorangni kena hantar dia.. Boleh bawak kereta cuma tempat letak kereta di pejabat suami agak jauh dan berbukit rasanya tidak sampai hati pulak...

Namun syukurlah kami keluar seawal selepas subuh jadi  semuanya berjalan lancar... sempat sarapan bersama lagi.. ha!!! selalu sarapan lambat kini cepat.... Pilihan utama kedai Nasi Lemak Ceria di Bangunan Mais... alamak macamana nak kurus laguni.... 
Sekarang keseronokan dapat ambil gambar matahari terbit...
 Matahari merah ...
Perjalanan balik ke Kinrara kenderaan makin banyak....
Hati panas tengok kereta ikut jalan kecemasan...
 Selalu jalan raya sesak bila kereta ikut jalan kecemasan dan di hujung sana nun mula nak masuk laluan kita yang terhegeh-hegeh beratur....
Masani kabus tebal....
Ini juga rutin kalau tiba awal untuk ambil suami...
Kita minum dulu sambil perhati gelagat manusia....

Kalau lama lagi tugas baru akakni maka macam-macam gambar yang membosankan akan masuk ke sini ... namun semua itu untuk kenangan.. blog ini perjalanan hidup akak.. 

Monday, October 22, 2018

KedAI Aroi Thai Boat Noodle & Street Food

Rasanya dah lama orang duk cerita pasal Boat Noodle.... akak pernah pergi sekali yang di IOI Mall tapi lupa nak ambil gambar bagai... Tapi kali ini akak singgah kedai macam boat noodle juga tapi yang ni Aroi Thai dengan konsep yang sama... Pinggan comel-comel... boleh susun pinggan macam kat Sushi King... 

Seronoknya makan disini tentulah boleh cuba makanan yang pelbagai kerana kuantiti kecil... akakpun dah tak ingat apalah yang akak makan haritu sebab belek-belek tengok gambar tidak banyak.. maalumler masatu dah tak berblog sangat jadi kurang ghairah nak ambil gambar... Jom tengok apalah yang Cho Zila sempat nak kongsikan bersama di sini... 
Sudu yang sesuai kalau hirup kuah.. benci tau kalau kedai yang bagi sudu biasa untuk hidangan berkuah macam tomyam atau sup... kalau kat rumah bolehler angkat pinggan hirup kuah... 👏👏👏 tepuk tepuk... tahniah untuk kedai yang prihatin...
Pemandangan kedai dari tempat duduk akak...
Berat montot nak bangun.... 
Skodeng orang belakang guna kamera selfie...
Suka juga pinggan comel ada gambar ayam..
Suka hiasan dinding yang pada akak sangat sesuai untuk kedai makan.. 
  Pilihan air minuman yang mengujakan .... 
 Menu untuk di pilih... 
Pilih jangan tak pilih yer... 
Akhirnya inilah pilihan air akak...
Muay Thai Coconut Ice Blend, sedap....

Dua gambar di bawah adalah dari facebok Aroi Thai Boat Noodle & Street Food :- Facebook Aroi Thai

Bertingkek-tingkek....


Akak pergi Aroi Thai Shah Alam yang berada di Utropolis Marketplace Glenmarie... Sawadee krap!!!
AddressLot GA-05, Utropolis Marketplace, 41050, Jalan Kontraktor U1/14, 40150 Shah Alam, Selangor
Business Hour : Monday - Sunday (10am - 10pm

Sunday, October 21, 2018

Apa !!! Dik Ya dah 11 tahun

Cerita anak awak yang bongsu yang dah masuk umur 11 tahun...Besar dah anak ibu yer..Rasa macam barujer lagi awak lahir tau... Barulah lagi ibu dukung-dukung awak.... Semoga anak ibu jadi anak yang solehah yang menjadi kebanggaan ibu dunia dan akhirat... Jangan nakal-nakal sayang....

Bila dah besarni memang susahlah nak ambil gambar dia, jadi untuk hari jadi kali ini memang sangat sederhana... Hanya untuk mengingati tarikh itu hari jadi adik kita makan kek yang kecil jer.... oklahtu... 
Hanya kek dan donut untuk kita-kitajer...
Ini semua saya yang punya....
Gambar kenangan dik Ya ...
Selamat hari jadi dik Ya sayang....

Nuffnang oh Nuffnang