My Own Bakes Cafe Kedai Santai di Kinrara Puchong

Kalau ingin bersantai di Kinrara ini akak sarankan kafe ini, memang terbaik. Gambar lama tapi  baru nak masuk blog... My Own Bakes Cafe ini sesuai untuk orang yang bekerja layan internet macam akakni sambil kita berehat boleh online https://www.rhbtradesmart.com/

Gambar di bawah akak pergi dengan dua budak comel selepas habis kelas tambahan persediaan UPKK dan PSRA di SRABK5. Jadi sebelum balik kita makan dulu. Ada juga akak pergi dengan suami. Jadi ada dua kejadian sebabtu ada banyak kek. Sebenarnya banyak kali pergi tapi lupa nak ambil gambar.

Untuk info My Own Bakes Cafe ini juga menjadi lokasi "Pengantin Musim Salju" lakonan Siti Nordiana dengan Aliff Satar. Rugi pulak akak tidak ke situ masa mereka ada di lokasi. Akak memang peminat Aliff Satar dari dia bertanding dalam " One in a Million". Rugi... rugi..

Our Cakes Are Sinfully Good.

Menu yang akak pernah cuba.... 
Memilih pasta untuk hidangan kami haritu.
Adik pula tidak jemu dengan kek keju.
Mango cheese cake dan NY cheese cake...
Brownies kalau tak silap.
Pelbagai kek untuk dipilih.

Suasana dalam Kafe
 Suka suasana kedai ni santai dan mendamaikan.
Comelkan tempat letak tong gastu.
Untuk nampak comel ada lukis diver di situ..

Gambar kami di sini.
Port wajib posing di sini. 
Tapi akak tak boleh duduk sini kalau untuk makan.
Untuk layan https://www.rhbtradesmart.com/ sambil layan kopi boleh.
Santaikan cafe ni....
Gambar kenangan kami di sini.. 
Ini pula masa akak datang seorang untuk tenangkan fikiran.
Kita selfie lah apa lagi.

Kenapa mesti pergi ke My Own Bakes Cafe?
1. Alasan akak tentulah Kafeni dekat dengan rumah akak. Tapi untuk yang jauh jangan risau Kafe ini di Eight Kinrara yang sangat hampir dengan Stesen LRT BK5 Kinrara. Tempat letak kereta juga adalah sangat selesa. (buat masa ini)
2. Kek yang ada di sini menepati slogan My Own Bakes Cafe "Our cakes are sinfully good". Akak dan anak -anak suka .
3. Jangan lupa pilihan air juga pelbagai. Peminat kopi seperti akak sudah tentu tidak melepaskan peluang mencuba kesemuanya. 
4. Menu selain kek , terdapat menu berat untuk pilihan.
5. Suasana yang santai dan relax. Sesuai untuk datang seorang, bersama kawan, jumpa pelanggan juga datang bersama keluarga.
6. Lupa nak ambil gambar ruang mainan kanak-kanak kecil. (hutang satu gambar)
6. Harga yang sangat berpatutan. 

Untuk maklumat lanjut bolehlah meninjau facebook dan intagram My Own Bakes Cafe

Facebook : My Own Bakes Cafe
Instagram : @myownbakescafe

Alamat
B-LG-11, Eight Kinrara, 
Bandar Kinrara, 47180 Puchong

Waktu Buka dan Tutup :
Isnin - Sabtu :10 pagi - 10 malam
Ahad : 12 tengahari - 8 malam

Comments

  1. Kalau dtg sini anak2 suka makan spaghetti carbonara dia. Kami pulak suk aminum ais kopi dia. Sedapppp~~~

    ReplyDelete
  2. saya suka minum kopi & makan cake dekat cafe ni :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts