KedAI Aroi Thai Boat Noodle & Street Food

Rasanya dah lama orang duk cerita pasal Boat Noodle.... akak pernah pergi sekali yang di IOI Mall tapi lupa nak ambil gambar bagai... Tapi kali ini akak singgah kedai macam boat noodle juga tapi yang ni Aroi Thai dengan konsep yang sama... Pinggan comel-comel... boleh susun pinggan macam kat Sushi King... 

Seronoknya makan disini tentulah boleh cuba makanan yang pelbagai kerana kuantiti kecil... akakpun dah tak ingat apalah yang akak makan haritu sebab belek-belek tengok gambar tidak banyak.. maalumler masatu dah tak berblog sangat jadi kurang ghairah nak ambil gambar... Jom tengok apalah yang Cho Zila sempat nak kongsikan bersama di sini... 
Sudu yang sesuai kalau hirup kuah.. benci tau kalau kedai yang bagi sudu biasa untuk hidangan berkuah macam tomyam atau sup... kalau kat rumah bolehler angkat pinggan hirup kuah... 👏👏👏 tepuk tepuk... tahniah untuk kedai yang prihatin...
Pemandangan kedai dari tempat duduk akak...
Berat montot nak bangun.... 
Skodeng orang belakang guna kamera selfie...
Suka juga pinggan comel ada gambar ayam..
Suka hiasan dinding yang pada akak sangat sesuai untuk kedai makan.. 
  Pilihan air minuman yang mengujakan .... 
 Menu untuk di pilih... 
Pilih jangan tak pilih yer... 
Akhirnya inilah pilihan air akak...
Muay Thai Coconut Ice Blend, sedap....

Dua gambar di bawah adalah dari facebok Aroi Thai Boat Noodle & Street Food :- Facebook Aroi Thai

Bertingkek-tingkek....


Akak pergi Aroi Thai Shah Alam yang berada di Utropolis Marketplace Glenmarie... Sawadee krap!!!
AddressLot GA-05, Utropolis Marketplace, 41050, Jalan Kontraktor U1/14, 40150 Shah Alam, Selangor
Business Hour : Monday - Sunday (10am - 10pm

Comments

Popular Posts