Nuffnang saya

Thursday, October 26, 2017

Kenangan Atikah periksa UPKK 2017

Hanya untuk kenangan di masa akan datang... Atikah pertama kali menghadapi peperiksaan besar UPKK. Mungkin tiada apa-apa untuk orang lain namun peperiksaan ini juga penting untuk masa hadapan dia.. 
Hari pertama peperiksaan...
Hanya doa yang ibu kirimkan... 

Hari kedua peperiksaan...
Nampak dia tenang sepanjang peperiksaan...
Kita tunggu sahaja keputusannya nanti.... 
Gambar kiriman dari guru kelasnya... 
Sejuk hati kalau tengok anak-anak begini... 
Moga anak-anak SRABK5, Bandar Kinrara berjaya...
Semoga ustaz dan ustazah akan bangga dengan kamu semua..

Thursday, October 19, 2017

Harijadi Dik Ya

Syukur dik Ya kini berumur 10 tahun... terasa sekejap masa berlalu, semakin dewasa semakin panjang akalnya... Potong kek comeljer di pagi harijadi sebagai kenangan...  
Selamat Hari Lahir Dik Ya... 
Anak bertuah ibu tersayang...
Kena tinggal hospital 2 setenggah bulan semasa mengandungkan kamu...
Ibu akan sentiasa mendoakan kamu sayang....
Jadi anak yang baik sampai bila-bila...

Monday, October 16, 2017

Selamat Hari Deepavali

Selamat menyambut Hari Deepavali untuk yang menyambutnya... 
Selamat bercuti untuk rakyat Malaysia.. 
Dik Ya di lobi Hotel Pullman Bangsar..

Friday, October 13, 2017

Kisah reunion kawan sekolah rendah

Kisah berlangsung semasa hari raya aidil adha yang lepas.. Akak tak dapat join sebab tak balik kampung... emak akak datang ke sini berhari raya... melepaslah nak jumpa kawan sekolah pertama dalam hidup akak Sekolah Kebangsaan Seri Kaya..

Akakni ada 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah.. nak kata bapak polis yang berpindah randah tidak juga.. tapi itulah akak.. Jadi tentulah inilah rakan sekolah yang pertama kali akak kenal. Walaupun akak berpindah sekolah, sekolah agama rakyat (zamantu panggil) masih bersama kawan-kawan SK Seri Kaya.. Walaupun kami tinggal sekampung tapi dah dewasa memang jarang berjumpa, masing-masing sibuk dengan hal keluarga sendiri..

Tahniah untuk kawan-kawan akak yang menjayakan perjumpaan kembali rakan-rakan.. Moga adalah lagi majlis seumpama ini di masa akan datang... Gambar kenangan kiriman grup sekolah... rindu kamu semua.. 
Sempat juga porong kek harijadi yer kome...
Banyak juga makanannya..
Kawan kelasni emak diapun dah ikut anak-anak ke tempat lain... 
Kome Kawan Keme...
Baju di tempah melambangkan kami kawan sampai bila-bila...
Masanilah peluang untuk bertanya khabar... 
Makan sambil sembang-sembang...
Konsep port luck memang banyak makanankan...
Apalah yang di fikirkan tu!!
Kawan akak yang bertudung coklattu cucupun dah ramai...
Kawan yang pertama kahwin di kalangan kami..

Tahniah.. tahniah... rugi tak dapat jumpa kamu semua...  

Wednesday, October 11, 2017

Appreciation Dinner Central Region RHBIB

Ini kisah syarikat akak punya dinner yang berlangsung di Hotel Pullman Bangsar pada minggu lepas. Mula rasa tak nak join tapi apalah salahnya jumpa kawan-kawankan. Tengok gambar sajalah yer kawan-kawan...
Sebahagian dari kawan semeja dengan akak...
Adik-adik belaka semuanyani... 
Dengarlah ucapan penghargaan dari bos kita...
Suasana malamtu...
Tema Broadway yer kawan-kawan...
Gambar yang di atastu yang kepalanya ada bulu ayamtu menang untuk malamtu.. 
Akak tak sempatpun bergambar sebab akak datang lambat..
Team lama akak di Puchong, semua dah cawangan berlainan... 
Yang baju merahtu mc untuk malam ini.... 
Hidangan kami malam itu.. 
Mestilah hidangan makanan cina...
Trend ambil gambar di booth... 
Akak tak sempatpun nak ambil maalumler takder kawan.. 
Bergambar sebelum turun ke ballroom...
Akak booking juga bilik sebab malas nak berkejar-kejar..
Nanti kita cerita pasal Hotel Pullman Bangsar... 

Selalu juga akak tidak datang dinner RHBIB tapi sekali-sekala nak juga tengok gelagat kawan-kawan.. 

Monday, October 9, 2017

Hari Ketiga Team Building Redang 2017

Inilah hari terakhir untuk menikmati bunyi ombak, merasai angin sepoi-sepoi bahasa, jauh dari kesibukan. Kita akan kembali ke asal namun kenangan tetap terpahat di hati ini... 
Ohsem.. seronok dapat bangun pagi untuk menikmati pemandangan seperti ini...
Semangat bergambar perempuan melayu terakhirni...
Alahai anak dara dan teruna juga berposing sama...
Macam-macam yang kita lakukan bersama...
Walaupun hanya 3 hari 2 malam plus satu malam dalam bas, namun tetap puas hati... 
Sampai masanya untuk kita pulang... 
Alhamdulillah program berjaya ... 

Kembali kita ke rutin biasa sehari-hari...
Selamat tinggal Redang Mutiara Resort ...
Wajib singgah membeli keropok lekor untuk dibawa balik...
Walaupun dah menempahnya dari semalam tetap kena menunggu...
Nasib ada gerai makan berdepan kedai keropok lekor...
Teringat betapa sedapnya ABC dan tapai goreng...
Moh kita balik, cukup-cukup sudah...
Bekerjasama di jeti punggah beg, minum aiskrim potong, singgah makan ikan patin di R&R Temerloh dan akhirnya lena tidur dalam bas... 
Walaupun datang buat kali kedua di sini dengan program yang sama namun tetap meriah..
Seronok dapat jumpa ramai kawan baru..
Ilmu juga banyak diperolehi semasa di sana..
Semoga ada lagi aktiviti seperti ini anjuran PRIBUMI...
Terima kasih kepad ajk yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini... 

Friday, October 6, 2017

Hari Kedua Team Building Redang 2017

Sungguh penat rasanya untuk hari kedua ini tapi jiwa tetap membara untuk meneruskan aktiviti hari ini.. Untuk program hari ini ada snorkling di Taman Laut Redang dan juga aktiviti berkumpulan..

Akak seawal pagi sudah berjalan ditepi pantai menikmati keindahan alam ciptaan Illahi.. sungguh mendamaikan hati ... Adik sebilik dengan akak seawal pagi juga telah mendaki bukit yang ada dibelakang resort.. rugi jugalah tidak ikut... 
Yeah.. inilah Taman Laut Redang...
 Adik yang sebilik dengan akak sempat lagi hiking sebelum aktiviti Taman Laut....
 Akak pulak di pagi yang indah bertemu kawan baru...
Selamat Datang ke Taman Laut...
Aku dan kawan yang mandi ditepian...
Ha... ha... kawan akak yang sorangtu takut air...
Jadi kenalah temankan dia...
Yeah...yeah mesti bergambar ramai-ramaikan...
Bergambar sebelum keluar dari Taman Laut Redang...
Balik naik bot laju, kalau lama atas bot tu seram weh... 
laju sangat adiktu bawak...
Antara aktiviti yang kena buat..
Pastikan gambar semua ahli tidak cecah pasir dan kena senyum.. 
Banyak aktiviti tapi tiada gambar dikirimkan oleh situkang ambil gambar...
Tema Hawaii untuk makan malam...
Ada juga pertandingan karaoke malamtu...
Pemenangnya orang lama, suara memang power...

Akak rasa seronok dapat bersama kawan-kawan yang positif seperti mereka semua.. Moga kami semua akan berjaya dalam mencapai impian... 

Thursday, October 5, 2017

Hari pertama Team Building PRIBUMI Redang 2017

Ini kisah kenangan terindah semasa Team Building Pribumi (Persatuan Remisier Bumiputera) di Redang. Sebenarnya pada tahun 2014 yang lepas Pribumi telahpun mengadakan team building di tempat yang sama. Tapi oleh kerana akak suka sangat hendak bersama kawan-kawan, akak tetap pergi juga.. Seronok tau dapat jumpa remisier seMalaysia walaupun yang ramainya tentulah Lembah Klang.

Untuk yang naik bas kenalah tunggu di PWTC. Jadi dari Kinrara akak naik lrt dan turun di stesyen PWTC. Ikutkan kalau yang dulu kami tunggu di Hentian Putra yang kini sudahpun dirobohkan..
Program yang akak join, Program 'Team Building'...
Program anjuran Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia..
Bergambar di stesyen LRT dan PWTC..
Solat subuh kali ini tidak dapat singgah ke Masjid terapung...
Selesai solat tentulah semua ingin bersarapan...
Kalau dah sampai ke Trengganu mesti makan nasi dagang...
Gelagat kawan-kawan yang sudah kenyang... 
Gambar sekitar jeti Merang dan perjalanan ke pulau...

Jeti Merangni paling dekat ikut jalan laut untuk ke Pulau Redang..
Semasa kami pergi pada tahun 2014 dahulu dari jeti yang lain...
Disitu terdapat lebih banyak kedai cenderamata dan kedai makan...
Selamat datang ke Redang Mutiara...
Ku lihat laut hijau jernih...
Kita bergambar dahulu sebelum masuk bilik... 
Bergambar kenangan semua peserta... 
Baju kali ini comel sebab warna biru.
Gambar kecil dari kiri tu adalah ajk yang bertungkus lumus..
Terima kasih semua...
Penerangan diberikan sebelum dilepaskan untuk snorkling...
Adik yang bagi penerangantu boleh masuk raja lawak...
Terujakan airnya memang sangat jernih...
Nasib kami sampai awal jadi kawasan itu tiada ramai orang..
Lama kelamaan makin ramai... 
Aktiviti berkumpulan ditepi pantai...
Ceramah Maal Hijrah tidak dilupakan..
Akak paling suka program Pribumi yang tidak melupakan aktiviti agama... 
Seronoknya di sini makanan 5 kali sehari...
Memang berbaloi dan makan ramai-ramai semuapun sedapkan...
Gambar yang tengahtu adalah makhluk yang lupa nak hantar pinggan ke tempat sepatutnya...
Mata tidak mengantuk jom kita pergi jeti..
Lagipun untuk internet yang laju memang kena ke jeti..

Selesai untuk hari ini... walaupun penat tapi hati gembira.. ramai kenalan baru akak jumpa hari ini.. banyak ilmu yang boleh diambil dari aktiviti yang dijalankan... Moga program ini akan memberikan manfaat kepada kami semua... 

Nuffnang oh Nuffnang