Nuffnang saya

25 Jun, 2019

Kampong Kravers di IJN Kuala Lumpur

Kalau pergi ke IJN sebenarnya banyak pilihan di medan seleranya.. semuapun pada akak sedap... cumanya semenjak malas nak pergi ke medan selera dia yang agak jauh dan tempat yang sempit kita ke Kampong Kravers sahaja. Dekat area situ-situjer... 

Kampong Kravers yang comel
Haritu kita makan yang ini..
Ok sedap...
Karipap Kampong Kravers memang terbaik....

10 Jun, 2019

Soalan klise di hari raya

Kalau anak dara takut nak jawab pertanyaan orang bila nak kahwin. Aku juga ada soalan klise yang dah bertahun aku tanggung sendiri. Sebenarnya bukan soalan tapi satu pernyataan dari orang yang prihatin. Akak tidak marah ok, cuma berfikir dan terus berfikir. Bilakah akan berakhir semua ini? Kalau orang lain mampu kenapa aku tidak boleh. 

Semoga syawal 1440 hijrah ini akak akan berjaya melawan kehendak diri sendiri. Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini. 

Harapan syawal 1441 hijrah
"Eh dah kuruslah Zila"
"Apa rahsia nampak cantik"
"Nampak mudalah Cho Zila...

Perasan.........
Akak rasa bajutu yang buat akak gemukssss...
Setuju ker idok kome semua!!!

09 Jun, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah.. 
Hajjah Shipak bersama 5 anak dan menantu juga kesemua 13 orang cucu....
Sukar untuk berkumpul kesemuanya.....
Semoga ikatan kekeluargaan kita akan kekal baik selamanya.. 

15 Mei, 2019

Idola lelaki Pilihan

Al Fatihah...
Untuk Arwah Bapak dan Tok...
Semoga Allah mengampun segala dosa mereka...
 Bapak tercinta Zakaria Ansari , cikgu disiplin yang garang.
Muda dulu memang kuat merokok..
Tapi dia berusaha untuk meninggalkan rokok di usia 40an.
Walaupun garang tapi dia sangat prihatin dengan kehendak kami anak-anaknya.
Arwah tok aku sedang menikahkan orang.
Setiap kali hari raya aku ingat ini..
Pernah dengar tak negeri Perak pernah berhari raya awal sehari dari negeri lain.
Tok aku tidak mengikut perintah sultan Perak dia
 kata kena ikut keputusan Penyimpan Mohor Besar.
Peristiwa tahun 1983 yang kontroversi.


Ya Allah .. Engkau ampunkan dosa kedua-dua insan yang aku sayangi ni. Engkau tempatkanlah mereka dengan orang yang beriman dan beramal soleh.

09 Mei, 2019

Idea Menu Berbuka Puasa Ringkas

Yang paling merunsingkan hati ibu ibu di bulan puasa ialah menyediakan menu untuk santapan keluarga. Jadi untuk memudahkan ibu semua di sini ada menu 17 hari berbuka puasa termasuk kuih. Kenapa 17? Untuk hari yang lain kita pergilah pasar ramadan, makan diluar atau berbuka di masjid. Gitu, mudah kerja. 


01. Nasi putih + Rendang minang + Udang paprik + Bendi rebus + Sambal belacan. Pemanis :- Puding roti kukus

02. Nasi Putih + Masak lemak ketam + Brokoli sos tiram + ayam goreng + sambal belacan. Kuih :- Dorayaki. 



03. Nasi Putih + Sup Ayam + Sambal Ikan Bilis Kering + Tauhu Goreng cicah sambal kicap pedas. Kuih :-  Lempeng manis
Klik sini untuk resipi :-



04. Nasi putih + Ayam masak lemak cili padi + Sambal ikan masin + Ikan kembung goreng tepung + Cendawan enoki sos tiram. Pemanis : Kanji Sum Sum


Klik sini untuk resipi :- 
ayam masak lemak cili padi

05. Nasi minyak + Ayam merah + daging hitam +Acar timun  nenas. Kuih  : Karipap kulit roti

Klik sini :-

06. Nasi putih + Lemak Pucuk ubi + sambal totok + ayam halia + sambal tempoyak. Kuih :- puding roti laici.

07. Nasi putih + Tomyam campur + Udang goreng kunyit + Telur Bungkus +  Sambal belacan. Kuih :- 

Klik sini untuk resipi :-

08. Nasi putih + Daging masak lada hitam + Ayam sos lemon madu + Udang goreng tepung. Kuih :-  Puding koktail

Daging lada hitam
Puding Koktail

09. Nasi putih + Sup telur + ayam paprik + salmon grill lada hitam + sambal tomato. Kuih :- roti sardin.

Klik untuk resipi :-

10. Nasi putih + Labu masak lemak + Sambal tumis daging + ikan goreng + sambal belacan . Kuih :- sagu gula melaka.

Klik sini untuk resipi :-
 Labu masak lemak
Sambal Tumis daging

11. Nasi putih + ayam masak halia + sup suun fucuk + sambal ikan bilis + sambal tempoyak petai. Kuih :- pengat pisang.


12. Nasi putih + Ikan masak taucu + taugeh goreng + salmon bakar lada hitam +sambal belacan. Kuih :- pengat labu.

Klik Sini :-


13. Nasi putih + daging masak kicap + telur rebus sambal + bendi rebus + sambal belacan. Kuih :- dadih


14. Nasi putih + ikan 3 rasa + sambal udang + sayur campur + ayam goreng kunyit. Kuih :- Murtabak keju

Klik sini untuk tengok video resipi murtabak keju :-

15. Nasi putih + Asam rebus ikan dan bendi + ayam goreng + kangkung taucu + sambal belacan. Kuih :- sagu merah.


Klik sini untuk resipi :-

16. Mi bandung + ayam goreng. Kuih :- Cekodok udang

17. Nasi putih + Masak lemak udang dan nenas + Sambal tempe dan kentang + ayam goreng. Kuih :- apam balik.


Klik sini untuk resipi :-

03 Mei, 2019

Itinerary Jom Langkawi 2019

Ini cerita akak ke Langkawi bersama kawan dan ex kawan sepejabat yang asalnya 4 orang tapi kemudian hanya kami bertiga yang pergi. Daripada tahun lepas sudah menempah tiket Air Asia untuk ke sana. Itinerary tetap dibuat walaupun tujuan ke Langkawi ialah untuk makan, rehat dan membeli belah. Terima kasih Syaza untuk jom Langkawi kita.

Itinerary untuk yang datang ke Langkawi kalau hanya untuk bersantai.

Ikuti perjalanan Langkawi kami :- 

Ahad :


1. Kalau berminat untuk mengetahui tentang cara ke KLIA2 dengan menaiki bas dari stesen LRT boleh baca ini:-



2. Akak sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa. Nak tahu boleh baca :

3. JJCM kami yang pertama adalah Hafiz Rojak Pantai Kok. 



4. Check In di Shell out Cenang Beach Resort. Bilik yang luas dan tempat letak kereta di hadapan bilik sahaja. 

5. Meronda di pusat membeli belah yang dekat dengan hotel.



6. Melihat matahari terbenam di Nest Roof Top 


7. Makan Malam di Selera Lubuk Buaya (tiada cerita sebab lupa ambil gambar). Harga makanan adalah sangat berpatutan.



8. Berurut kaki di satu kedai yang ada di sepanjang pekan pantai Cenang. Seronok layan diri.

ISNIN (hari kedua)

1. Check Out dan sarapan di hotel
2. Bersarapan kali kedua di Nasi Dagang Pak Malau

3. Melawat dan membeli gamat di Gamat Nusantara.

4. Meronda Pekan Kuah
- Idaman Suri
- HIG yang besar yang kecil

5. Makan tengahari di Wan Thai.

6. Check In di Hotel Riverra Inn


7. Lepak di Jeti Kuah 

- main bowling
- bergambar di dataran Lang

8. Makan Malam di Jai Cafe's

9. Sibuk packing barang takut kena denda....


10. Minum lewat malam cari pasal


Selasa :


1. Sarapan di Hotel


2. Beli hasil laut di Lib 

3. Check out

4. Pekan Kuah
-Idaman Suri 
-apa saja kedai yang ada di pekan Kuah
5. Kedai Kak Yan

6. Pantai Cenang sekali lagi untuk berurut badan pula kali ini.

7. Pulangkan kereta sewa di lapangan terbang.


8. Pulang marilah pulang marilah pulang ke pangkal jalan.


Alhamdulillah bagasi kami ngam ngam walaupun kecoh di lapangan terbang. Syukur  perjalanan kami semua pergi balik dan semasa di Langkawi dilindungi oleh Allah swt.


>>>>>>> Terbaik percutian ringkas kami<<<<<<<<

02 Mei, 2019

Tempat Menarik di Pantai Cenang Langkawi

Habis dah cerita Langkawi akak. Yeah at least tahun ini banyak entri sikit. Untuk menambah entri lagi kita cerita pasal Pantai Cenang. Pantai Cenang adalah destinasi paling popular di Langkawi. Kalau datang Langkawi tidak singgah Pantai Cenang macam tidak sampai ke Langkawi. Untuk percutian menyeronokkan dan suasana meriah diwaktu malam Pantai Cenang adalah tempatnya. Kalau Kuah terkenal dengan tempat membeli belah, Pantai Cenang juga banyak pusat membeli belah dan kedai cenderamata.


Pantai Cenang dari jeti Kuah mengambil masa lebih kurang 32minit (23km) dan Lapangan terbang 11minit(7.5km). Untuk percutian bersama kawan-kawan, akak berhasrat untuk berehat dan bersantai. Jadi sekadar meronda di Pantai Cenang sahaja sudah memadai, dapat menikmati keindahan alam, kedai makan yang banyak dan boleh membeli belah.


Aktiviti menarik kami lakukan ketika di Pantai Cenang :-


1. Menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Cenang

Pantai Cenang semakin cantik dengan kemudahan yang disediakan.
Akak rasa nama dataran awam ini ialah Cenang Square.
Selepas penat membeli belah kita boleh bersantai disini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Boleh juga berjalan di tepian pantai.
Terdapat kemudahan pejalan kaki di Pantai Cenang.
Jadi tidaklah kaki terkena pasir.
Boleh sahaja duduk ditepi pantai sambil melihat matahari terbenam.


2. Panorama Matahari terbenam di Nest Rooftop

Ada entri pasal ini :- Nest Roof Top Sunset. Seronok juga berada di atas bumbung bangunan tinggi ini sambil bersantai. 

3. Aktiviti Membeli belah

Pantai Cenang sekarang bukanlah macam dahulu. Kini jalan pun dah sehala untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. Banyak pusat membeli belah dan juga tempat berbelanja di Pantai Cenang. Antaranya ialah Cenang Mall, Cenang Plaza Beach, Langkawi Designer Outlet (dekat dengan Shellout), Zon Bebas Cukai dan Coco Valley ( di Underwater World) dan deretan kedai di tepi jalan.
Cenang Mall


Pemandangan di sekitar Pantai Cenang 


4. Kedai Makan 

Antara kedai makan yang menjadi sebutan di Pantai Cenang ialah Selera Lubuk Buaya, Shellout, Restoran Haji Ramli, Telaga Seafood Restaurant, Restoran Orkid Ria, Islandish Seafood,  Restoran Seashell (Laman Padi), Artisan Pizza (ada delivery juga) dan banyak lagi. 

Tahun 2012 dulu akak pernah makan di Aroma Cafe berhadapn dengan underwater world. Tapi pergi kali ini macam sudah ditutup mungkin untuk membina Cenang Walk.
Banyak kedai makan di sekitar Cenang Walk
Di sekitar sini juga banyak kedai makan untuk dipilih.

5. Spa untuk urutan kaki dan badan

Pilihlah mana satu pilihan hati kerana ada tempat berurut yang ekslusif, ada yang sederhana, ada yang tepi laut jadi semua terpulang pada anda.
Meninjau harga dan tempat untuk berurut.
Kami tidak berurut di sini tapi berdekatan sini.

Terlupa ambil gambar ada khidmat urut kaki di kawasan hotel menghadap ke laut.
Di Sandy Beach Resort juga ada spa


Akak ada juga singgah  ke spa mahal tapi rasa tidak berbaloi. Kamikan cuti bajet jadi semuapun kena di ambil kira. Tapi semasa di sana kami berurut sebanyak dua kali, kali pertama di sebelah malam semasa menginap di Pantai Cenang dan kali kedua sebelum terbang balik ke KL. Puas hati dengan harga dan layana diterima.


Di atas antara aktiviti menarik kami semasa bercuti  di Pantai Cenang. Tapi sebenarnya banyak aktiviti lain yang kami tidak sempat lakukan selama di sini. Untuk 2 hari semalam memang tidak cukup masa untuk menjelajah semuanya. Antara tempat menarik dan aktiviti lain yang boleh dilakukan kalau ke Pantai Cenang.

1. Pelbagai hotel yang boleh menjadi pilihan.

Hotel di Pantai Cenang boleh dipilih samada murah atau mahal ikut kemampuan yang ada. Hotel mewah yang menjadi pilihan adalah seperti Casa Del Mar ~ terkenal dengan castaway picnic iaitu piknik romantik, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Telaga Terrace dan banyak lagi tentulah sesuai untuk mereka yang banyak duitnya. 

Malibest Resort pula antara hotel terlaris kerana menawarkan harga yang menarik dan terletak betul-betul di tepi pantai. Jadi untuk pelancong bajet sudah pasti Malibest menjadi pilihan. 

2. Sukan air di tepi pantai Cenang.

Ramai yang melakukan aktiviti sukan air di tepi pantai Cenang. Ada jetski, parasiling, banana boat, berkayak dan banyak lagi. Boleh juga bina istana pasir bersama anak-anak. Di Pantai Cenang juga terdapat ejen untuk kita melakukan aktiviti lawatan ke pulau.

3. Sukan Go Kart

Kalau ada masa terluang boleh juga mencuba sukan go kart di sini. 

Alamat: 
Lot 67, Jalan Pantai Cenang, 
Mukim Kedawang, 


4. Underwater world Langkawi

Akak pernah buat entri pasal underwater world 2012 . Sudah semestinya saat gembira kami anak beranak semasa melawat Langkawi. Kalau bersama anak ini tempat wajib pergi terutama yang belum pernah sampai.

5. Laman Padi

Akak pernah juga sampai ke sini, dan ada entri Laman Padi 2012. Untuk anak bandar mesti datang ke sini bolehlah nampak sawah padi. Terdapat satu restoran yang agak terkenal di sini juga.


6. Pasar Malam Temoyong (hari khamis)

Untuk yang ingin merasai suasan pasar malam dipulau rasanya bolehlah datang ke sini.

Cibiuk Kinrara

Suka sangat gambar makanan di Cibiuk....
Kedai makan Sunda yang mengekalkan ciri aslinya..
Yang pasti makan di sini memang sentiasa menyelerakan....
aaa
Nasi tambah...
Sedaplah ...

01 Mei, 2019

Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi

Untuk mengakhiri jalan jalan cari makan Langkawi kami memilih citarasa melayu di Restoran Kak Yan yang terletak di Ulu Melaka. Berbaloi untuk singgah Restoran Kak Yan yang kalau dari carian google mesti di muka surat pertama. Semasa kami sampai bukan kereta sahaja berbaris tapi ada dua ke tiga bas rombongan. 

Walaupun Restoran Kak Yan cuma kedai biasa, tarikan utama kedai tersebut adalah  makan terdapat pelbagai menu makan tengahari dengan harga yang murah dan berpatutan. Kalau selalunya kita dimomokkan  restoran di kawasan ramai pelancong harganya tidak masuk akal. Tidak di Restoran kak Yan harga adalah munasabah dan tidak hairan ramai yang datang ke sini. Moga usaha ini diteruskan sampai bila-bila. 

Memang berbaris hidangan makan tengahari untuk kita pilih. Paling best adalah banyak menu untuk orang kampung macam akak. Terus ambil masak lemak rebung muda dan ikan bakar (masani ikan bakar dah berkurang), udang goreng dia manis sangat isinya. Untuk hantu ulam macam akak memang rasa nak ambil kesemuanya sekali. Kiranya "gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati"
Seluas mata memandang lauk dihidangkan untuk pilihan.
Tempat nasi dia memang terbaiklah.
Pemanis mulut seperti bubur dan kuih muih kampung juga ada tau.
Wawa membeli kuih talam yang sedap sebab terasa lemaknya.
Restoran ini luas amat jadi agak selesa walaupun ramai orang.
Walaupun perut masih kenyang, inilah pilihan kami.
Sedap weh, ingat nak ambil ketam takut mahal pula.
Rupa-rupanya harga di kedai ini adalah harga biasa-biasa.
Akak ambil udang goreng yang manis terasa (maniske istilahnya).
 Akak memang suka makan nasi tidak berkuah.
Baru rasa kesempurnaan menelannya.
Ulaman di sini memang banyak sungguh.
Jadi untuk pencinta ulam, inilah kedai yang memenuhi citarasa anda.
Tapi rasanya kedai belah utara memang selalu banyak ulam.
Pilihan Syaza ikan pari bakar.
Akak nak ambil sudah habis pulak.
Masa kecil dulu suka sangat ikan terubuk bakar.
Alahai sedapnya, tapi kalau di kedai jarang ada.


Kalau berminat untuk menikmati citarasa orang kampung bolehlah datang ke alamat di bawah. Waze atau google maps sahaja alamat tersebut tentu boleh sampai.


ALAMAT :-
JalanUlu Melaka, Kampung Padang Gaong
07000 Langkawi, Kedah

WAKTU OPERASI :-
(dibuka setiap hari  dari pukul 9.00 pagi - 4.00 petang)

Nuffnang oh Nuffnang