Maeps Goat2go Farm
Makan kambing yuk!! adajer kat Maeps Serdang tak jauhpun dari rumah. Mula tahu pasal House of Kambing yang tentulah semua pasal kambing gamaknya.. Tapi kawan promosi tentang Pizza di Smail Cheese. Jadi hajat asal nak makan pizza rupanya macam-macam ada.... Kalau ada kelapangan di hujung minggu boleh datang ke sini.. google maps sahaja Goat2Go Farm mesti sampailah....
Akak ingat nak tulis cerita Hatyai tapi paham-paham tahap kemalasan berblog sangat menebal... Jadi layan cerita makan-makan di Maeps yang tidak kurang bestnyakan.. Pasal makan tentulah sukakan...
Tempat makan luas jangan susah hati..
Yang penting tempat letak kereta juga luas...
Marilah datang ke sini
Depan restoran ini ada satu tempat sesuai untuk kanak-kanak..
Macam-macam binatang ada ..
Akak tak masuk jadi tak boleh nak cerita panjang..
Tapi memang ramai rombongan budak sekolah datang ke sini ...
Yeah.... kambing bakar kami dah sampai...
Oklah dengan harga yang dibayar....
Yang merah kuning tu air Selangor namanya..
Akak mintak air yang ada mint tu... tapi tak best sebab soda...
Pizza panas dah sampai ....
Moh kita jamah....
Spageti bersama kambing bergabung....
Ok boleh tahan juga kombinasi ini...
Datang sendiri untuk merasainya..
Ada nasi juga, bukan semuanya kambing dan western.
Malah ada nasi minyak atau beriani tak silap akakler..
Maalumler ini cerita bulan september lepas dah lupa banyak benda......
Yer ....nampak menutu nasi minyak.... akak cuba not bad....
Pizza dia sedap juga.....
Masakan tidak dah tinggal sepotong sahaja lagi untuk direbut...
Rasa tak sabar nak makan kome....
Nampak tak iklan pizza tu?
G2G Fresh Cheese House & Italian Pizza....
Boleh bawak balik daging kambing...
Masaklah ikut sedap tekak sendiri..
Boleh juga beli keju di sini.
Akak tak belipun...
Mungkin lawatan yang lain kali nak beli juga....
Inilah rakan makan akak..
Bab makan lajujer yer....
Terimakasih untuk sahabatku yang belanja kami makan...
Moga Allah memberkati hidupmu sahabat....
Banyak rupanya tempat yang boleh dilawati kalau datang ke Maeps pada hari-hari biasa.. jom baca di sini :-https://www.sinarharian.com.my/article/58170/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/taman-agro-di-MAEPS-Serdang-Selangor
meriahnya
ReplyDeleteDah lama pasang niat nak ke sini.. walaupun dekat tapi tulah, belum rezeki..
ReplyDelete