Makan Di Ipoh
Cerita kedai makan lagi... kali ini kita ke negeri kesayangan hamba di Ipoh Perak Darul Ridzuan. Cerita balik kampung masa cuti Deepavali yang lepas... Kedai makan pertama berhadapan dengan AEON Klebang. Nama kedai Restoran Ibunda. Kedai nampak menarik, hiasan klasik juga lebih kurang. Menu pelbagai dan yang penting servis pantas. Dan yang bagusnya tandas bersih (akak memang sanggup menahan kalau ke kedai tapi haritu terpaksa sebab hari hujan gamaknya dan nasiblah bersih)...
Menu yang paling akak suka nak highligt iaitu nasi goreng ikan pekasam loma.... Nikmat tak terkata, mesti cuba..
Tapi masa dia goreng ikan pekasamtu aroma satu kedai...
Kalau yang tidak tahan bau mahu lari lintang pukang...
Ada aku kesah, makan tak pandang kiri kanan dah...
Menu macam-macam ada...
Kau nak masakan melayu,thai, barat dan shell out semuapun ada di sini...
Hargapun ok boleh tahan mampu milik....
Makan bersama adik beradik lagilah menambah rasa nikmat makanan...
Kami ini jarang-jarang dapat berkumpul bersama....
Punyalah suka makanan akak habis dulu..
Itu cerita makan malam meh kita pergi bersarapan pulak....
Pagitu jenuh mencari kedai makan banyak pulak yang tutup...
Akhirnya kami singgah ke kedai tepi jalan yang biasa-biasa tapi akak tetap suka....
Nampak geraitu ada macam-macam fishball dan fish cake untuk dipilih....
Tak macam di sini apa yang diberi sahaja tak boleh pilih sendiri....
Bersabarlah menunggu pesanan yang lambar siap
Agaknya harini banyak kedai tutup jadi kedai inilah jadi tumpuan...
Lama juga nak menunggu makanan sampai....
Pilihan akak kuetiaw kicap dan kuah sup
Dan pilihan adik akak ialah bihun kicap dan kuah kari....
Mana-manapun sedap belaka,,,,,
Kuetiaw dia halus-halus itulah yang akak suka...
Dan taugeh dia pun ranggup-ranggup sedap weh.....
Tambahan lagi ada cili jeruk.... ah tak terkata.....
Akhirnya ada menu wantan hor yang sedap juga.....
Bersarapan di Ipoh adalah yang paling best....
Mungkin ini pendapat akak tapi citarasa orang lain-lain.... l
wuuuuuu semua makanan tu sangat lah menggoda ^_^
ReplyDeletesedap-sedap semua menu kak oi.... mana nak cari sini kuetiaw kicap ke mee kicap gitu...
ReplyDelete