Nuffnang saya

Thursday, April 26, 2018

Cara- cara membuat miang kham citarasa Thailand

Miang Kham ini rasanya akak pernah rasa lama dah... tapi semakin popular sejak akhir-akhir ini.. Adik akak yang nama Aten tinggal di Ipoh memang suka sangat miang kham, jadi dia suruh suami dia tanam pokok kaduk... Makan hari-hari sampai daunpun habis kena pulak mintak dengan jiran.. 

Miang Kham adalah sejenis makanan ringan untuk orang Thailand. Bahan utamanya ialah daun kaduk yang rupanya hampir menyerupai daun sirih. Macam sirih juga orang melayu kita dulu letak pinang dan kapur. Miang Kham pulak daun kaduk diletakkan dengan salad dan juga sos...  

Resipi dibawah ini akak ambil dari :- KARANGKRAF ... sedikit kompleks sebab mungkin ini yang asli... Akak akan bagi resipi mudah membuat miang kham dari adik akak... 

RESIPI MIANG KHAM :-
BAHAN-BAHAN SOS:
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan - panggang
  • 2 batang serai
  • 1 ketul gula kabung @ nise
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan kacang tanah panggang - kisar kasar
  • 1 sudu makan kelapa parut - sangai & tumbuk kasar
 CARA-CARA MEMBUAT SOS:
1. Halia, lengkuas dan serai dihiris halus lalu dipanggang/sangai dalam kuali tanpa minyak hingga garing keperangan.
2. Tumbuk bahan-bahan sangai hingga lumat bersama belacan panggang.
3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam kuali lalu masak atas api yang sederhana bersama gula kabung serta sos ikan. Masak hingga semua bahan sebati dan likat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.
4. Masukkan kacang dan kelapa kisar lalu gaul rata. Sedia di hidangkan bersama bahan-bahan salad tadi.
6. Cara-cara untuk makan; Ambil sehelai daun kaduk, letakkan serba sedikit semua bahan-bahan salad bersama sedikit sos. Bungkus dan boleh terus dinikmati. Enjoy!
Info chef:  
*sos ikan boleh dikurangkan kuantitinya jika terlalu masin.
*gula kabung boleh di tambah kuantitinya jika sos kurang manis.
*rasa sos haruslah seimbang; masin dan manis.
*ada juga yang tambah udang kering panggang yang dikisar halus ke dalam sos.

BAHAN-BAHAN SALAD:
  • Daun Kaduk @ Wild Pepper Leaves secukupnya (bukan daun sireh ya!)
  • Limau Nipis - buang empulur & cincang dadu kecil
  • Bawang besar merah - cincang dadu kecil
  • Halia - cincang dadu kecil
  • Cilipadi - hiris
  • Udang kering - sangai garing
  • Kelapa parut - sangai hingga perang
  • Kacang tanah - panggang

Resipi dari adik akak yang lebih mudah... memang mudah sangat hari-haripun boleh makan miang kham...

Daun kaduk :
[12:15 PM, 4/23/2018] Aten: Daun kaduk rendam jer dgn garam....toskan
Untuk sos :
[12:17 PM, 4/23/2018] Aten: Guna gula melaka aka gula kabung......didihkn dgn air dan bawang putih cincang.....nak pekat boh tepung gandum yg dicampo air....if suka guna sos ikan...kin x guna pon......
[12:17 PM, 4/23/2018] Aten: Bio kuah pekat sket.....baru x meleleh sapu kt daun....
[12:18 PM, 4/23/2018] Aten: Jgn guna gula merah........warna pelik n x sedap

Aku suka makan miang kham...
Lazat sekali... 
Yummy.. 
Daun kaduk yang kata orang busuk baunya...
Tapi masuk mulut apa tak rasa, sedapjer... 
Guna yang ini sahaja...
Semua bahanpun dihiris halus supaya senang nak masuk dalam daun...
Bawang merah, halia, limau nipis, cili padi, ikan bilis (tak suka udang kering) dan kacang (belijer)
Serius lagi sedap dari yang biasa... 

Last but not least...
Kitakan suka sangat dengan app fitness pal...
Moh kita tengok berapa gamaknya kalori miang kham..
Selepas dah makan hampir 20 ketul...
Kuang.. kuang.. kuang...
Kalori yang akak dapat ialah 5 X 280 = 1400 kcal..
Kau rasa apa yang ku rasa...
Ialah dari mata kasar akak makananni sangat berkhasiat... 
Bukannya ada goreng bagai... 
Itulah padahnya selesai makan barulah nak masukkan diari...
Insaf sekejap tapi miang kham ni memang sedap ... 

Monday, April 23, 2018

A Park Pulau Meranti Puchong

Tu dia lamanya tak menulis di sini... ok... ok... ni nak cerita ...Cerita kenduri orang kahwin dua atau tiga minggu yang sudah.. Suami kata kawan dia buat kenduri kahwin untuk anaknya di A Park Puchong.. Hati dah seronok sebab pernah nampak di TV, nampak cantik sangat.. siap google lagi, ingatkan taman rekreasi, rupa-rupanya A Park ini adalah tempat untuk majlis perkahwinan...  

Siapalah sangka tempat itu sangat mendamaikan tidak terasa hiruk pikuk kotaraya... Kebetulan kenduri ini ada kaitan juga dengan keluarga sebelah suami jadi bertemulah juga dengan sepupu dan adik ipar akak di majlis ini. Seronok berada di sini kerana ada angin yang bertiup tidak terasa hangatnya walaupun cuaca panas lit-lit... Memang nyaman sekali dan dihidangkan dengan irama lagu yang segar.... 

Kalau menginginkan perkahwinan di taman tanpa perlu pergi jauh tempat ini sesuai gamaknya... sediakan jer wang ringgit semuapun boleh.. 

The Pinnacle of Garden Weddings

Cantikkan rumahtu rasa macam Cameron Highland pulak..
Jom posing... 
Mari makan atas air... 
Cendul ni sedap weh... nak ambik lagi malas bangun...
Tempat letak kereta luas tapi agak jauh sikit tapi ada disediakan perkhidmatan 'buggy car'....
Tak senang nak tengok dua orang budak bergambar bersama-sama...
Yeah kita bawak cenderahati dari keluarga pengantin..
Best sebab ada coklat m&m, kacang badam dan jagus... 

Kesimpulan : makan sedap dan tempat memang menarik untuk kenduri kahwin...

Alamat A Park "The Pinnacle of Garden Weddings"
Address3275, Jalan Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor

Wednesday, April 4, 2018

Resipi Satay Wrap Tortilla Yang Sedap Bangat

Ini cerita balik kamupung cuti sekolahyang sudah... Gini kisahnya, selalupun kalau berkumpul ramai-ramai mesti ada satay.. Terutamanya satay Bota yang agak terkenal di daerah Perak Tengah... Adik akak yang baru balik dari kerja bawak balik satay sebanyak 70 cucuk.. Akak dan adik akak yang sorang lagi pergi ke Sri Iskandar nak keringkan baju di dobi.. Beli jugalah satay sebanyak 50 cucuk tanpa bertanya.... Jadinya ada 120 cucuk satay untuk dihabiskan dengan makanan lain yang juga ada terhidang.. 

Kalau membazir memang nak kena bebellah dengan emak, jadi kami kata sarapan esok kita buat satay wrap. Hasilnya wallah semuapun suka sampai berebut2 pulak.. 
Hasil kerja cik Ngah yang agak kemas...

Oleh sebab di rumah emakkan kita guna apa bahan yang ada sahaja... 

Timun - potong comel2 buang biji yer...
salad - racik halus2...
sosnya campuran mayonis dan sos cilijer...
Roti tortilla jangan dilupakan

Gulung cantik2 yer dan potong supaya ramai boleh ngap..

ha... ha... tara dah siap... 

Monday, April 2, 2018

Jom melompat di Jump Street PJ

Jom melompat kome oiiii... dulu muda-muda tak merasa dah kertuni baruler terkinja-kinja yer.. Nope... ini sebahagian dari aktiviti program Jom Kurus yang akak sertai.. memang berbaloi betul pergi kesini dan yang penting akak boleh bawak anak-anak... Best, berpeluh habis... 

Jomlah kita tengok gambar kami di situ....
Stokin khas untuk melompat...
Selamat melompat-lompat yer...
Selamat Datang yer...
Tempat ini agak tersorok sebab agak kebelakang.. 
Ramainya sambut harijadi di sini....
Yang nombor 1 tu grup kamilah... 
Ada kantin juga untuk makan-makan...
Sebelum mual jom kita ambil gambar... 
Bergambar lagi, aktivitinya tak mula lagi... 
Warming up dulu sebelum melompat.... 
Terima arahan dari instructor...
Ramai juga yang datang ke sini rupanya... 
Kononnya nak mengelak palang... 
Patut naik atas bendatu barulah real... 
Tinggi jugak Atikah melompat... 
Tingginya dik Ya  melompat... 
Dodge ball sukan yang baru aku kenal seminggu sebelum datang sini..
Mula takut-takut lepastu keseronokan pulak...
Dekat jump street double seronok sebab terlompat-lompat plus dengan main dodge ball...
Gaya dah ada...
Berpeluh-peluh kau...
Cuba masukkan bola sambil melompat... 
Lompat dalam kolam yang penuh dengan kiub lembut...
Tempat sesuai untuk yang nak sambut harijadikan... 
Bergambar sebelum pulang.... 
Moh kita balik weh... 

Nuffnang oh Nuffnang