Nuffnang saya

Followers

Tuesday, December 7, 2010

Tunjuk Bakat sikit...

Inilah kesukaan Atikah ngan Azalia dapat menconteng-conteng mengalahkan pelukis terkenal. Jom Layan.....

Atikah dan hasil lukisannya....

Azalia juga tidak mahu ketinggalan....

Keseronokan mereka berdua juga menjadi keseronokan ibu....

Tuesday, November 30, 2010

Konsert Tadika Permata Riang

Tempat: Kelab Golf Kinrara Tarikh : 28hb November 2010 XTVT : Konsert dan Majlis Graduasi TPR
Setelah berlatih selama sebulan lebih maka anak akak yang sulungtu dapat merealisasikan impiannya untuk membuat persembahan pada 28 November yang lepas di Kelab Golf Kinrara. Akakpun sebenarnya teruja juga disebabkan oleh semangat yang ditunjukkan oleh Atikah yang pantang mendengar muzik maka bergeraklah badan dia..
Nasiblah konsert itu berlangsung di Kinrara juga sebabnya Atikah kena dihantar ke Kelab itu pada pukul 2.30petang namun konsertnya hanya akan berlangsung pada pukul 4.00 petang. Sebelum ke konsert tersebut kami telah pergi kenduri kahwin jiran di lorong B namun Atikah kami tinggalkan dan dipaksa untuk tidur terlebih dahulu. Sebenarnya cikgu Atikah berpesan untuk dimekapkan terlebih dahulu namun disebabkan akakni hanya ada lipstik dan bedak sahaja maka "togel" sahajalah muka budaktu.. dah monyokjer muka dia takut kena marah ngan teacher dia...
 Muka takut sebab tak bermekap lagi dari rumah
Persembahan Atikah pada haritu sebenarnya hanya menari lagu "twinkle twinkle little star" tapi gimikjer lebih... Dia punya persembahanpun bertajuk " I can dance"... 
Muka dari dekat okler tak menampakkan gelabah ataupun takut cuma kurang senyum sahaja...
Dik Ya tumpang "excited" haritu.
Hati seorang nenek yang begitu bersemangat untuk melihat Atikah melakukan persembahan walaupun diberitahu yang dewan itu terpaksa menaiki tangga.

Gambar kenangan Atikah pada hari tersebut ada DI SINI

Friday, November 26, 2010

Tugu Negara, Kuala Lumpur

Akak sudah lama mengimpikan untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Tugu Negara. Kenapa Tugu Negara? Mesti ramai yang tertanya-tanyakan kenapalah akak begitu teruja tatakala suami akak mengajak kami pagi ahad dua minggu lepas untuk melawat Tugu Negara.
Jangan tak percaya tau Tugu Negarani masih ada tarikan tersendiri melihatkan jumlah bas pelancong yang mengunjunginya. Oleh yang demikian adalah menjadi satu keralatan kita yang tinggal di bumi bertuah ini sekiranya kita tidak datang melawat ke sini. Akakni sebenarnya mempunyai impian untuk pergi ke tempat-tempat yang ada perkataan negara di hujungnya misalnya Zoo Negara, Muzium Negara, Pusat Sains Negara dan lain-lain lagi.

Paling kelakar semasa pergi ke sini adalah "interpertasi"(isyh betoikerni ejaannyani) Azalia tentang Tugu Negara. Dia kata begini "ibu, askartu jahatkan ibu sebab dia kena sumpah jadi batukan ibu" .. Ah sudah! kenapa dia berkata begitu? Sebabnya kita juga ajar dia begitu. Kalau siapa-siapa pernah lalu Lebuh raya Persekutuan dekat dengan tol Batu Tiga ada sebuah bangunan yang ada satu beruang yang duduk atas atap. Akak dengan suami selalu kata kalau nakal-nakal nanti jadi batu, beruangtu dah kena sumpah dengan nenek dia....

Selangor + Perak = Atikah dan Azalia... Budak berduani excited tengok lambangni sebab dia orang kata tempat kerja ayah ngan mak su (adik akak)...

Isyh seronoknya hati akak haritu kerana satu impian akak terlaksana....

Saturday, November 13, 2010

Atikah menulis....

Terjumpa gambar dalam handphone akak tulisan Atikah untuk ustazah dia semasa hari raya Aidil Fitri yang lepas. Ustazah dia adalah satu-satunya guru yang beragama Islam yang ada di Tadika tersebut.

Semasa mengambil keputusan untuk menghantar Atikah sekolah awal tahun lepas akak ragu-ragu juga sebab tahunni Atikah baru berumur 4 tahun. Impian akak cuma ingin melihat dia bergaul dengan kawan-kawan dan bermain-main dan tidaklah mengharapkan yang lebih-lebih tapi syukurlah banyak perubahan yang akak lihat semenjak dia sudah bersekolah. Oleh yang demikian tahun depan Azalia yang hanya akan berumur 4 tahun pada bulan Oktober tahun depan akak akan hantar dia bersekolah tadika juga. Tapi tahun depan akak akan hantar Atikah dan Azalia tidak belajar di Tadika Permata Riang juga tapi akak ingin menghantar di sekolah yang lebih berjiwa Islam. Insyaallah....



Inilah tulisannya.. kelakarkan.. yang tulis Tadika Permata Riangtu tulisan akak.


Atikah sudah boleh menulis, terasa seronok rasa di hati akak ini walaupun tidak secantik manapun.. Gitulah perasaan seorang ibu.....

Thursday, November 11, 2010

Jamuan Harijadi Azalia 3tahunler

Tarikh : 31hb October 2010
Tempat : Rumah Busu Shah Alam

Sebenarnya harijadi Azalia adalah 8hb October namun disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan maka sambutan jamuan harijadi ini berlangsung hanya di penghujung Oktober. Dan yang pasti lebih meriah lagi kerana sambutan harijadi ini boleh diraikan bersama dengan Haziq, Naufal, Nurin dan Sofia yang kebetulan lahir pada bulan Oktober. Jamuan diadakan selepas majlis bertandang Aida di sebelah Khairul yang berlangsung di Shah Alam. Maka kebanyakan kerabat nenek Fatimah dapat meraikan bersama upacara potong kek dan makan-makan ini.

Oleh kerana jamuan ini secara segera maka keknyapun segera hanya beli di SR sahaja. Kebetulan masa belikan kek ini ibu Nurin dan Sofia juga ada sama.


Lagi sekali kerana majlis yang segera ini maka akak hanya sempat mengoder coklat dengan ZARA COKLAT untuk buah tangan tetamu yang datang(semua sepupu sepapatjer). Terima kasih untuk Zaty yang menyediakan coklat yang cantik dan memang puas hati sesangatler. Budak suka orang tuapun suka....

Jamuan harijadi bersama ini juga menghidangkan menu yang pelbagai antaranya laksam, satay, 3 jenis kuih, koktail, buah tembikai dan lain-lain.

Inilah besday girls dan boysnyer... Begitu bersemangat nak meniup lilin...

Bergambar beramai... Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi... Selamat Panjang Umur...
Tahun depan potong kek sama-sama lagi....

Azalia mengayakan baju hadiah dari Mak Jana dan juga pingan mangkuk Barbie dari ibu ayah Nurin dan Sofia....

Budak-budak main buih kat luar rumah... seronoknyer....

Keseluruhan kejadian ada di GAMBAR HARIJADI AZALIA 2010.

Tuesday, November 2, 2010

Flower Girls......

Anak akak jadi Flower Gils aka Gadis Bunga semasa majlis perkahwinan sepupu suami akak pada 23hb Oktober yang lepas. Terima kasih kepada Aida yang telah memberikan baju yang cantik beserta dengan cekak dan stokin untuk kedua anak daraku. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada Aida Yurani dan Ainul Khairul dalam melayari kehidupan sebagai suami dan isteri....

SELAMAT PENGANTIN BARU..... Kak Zilapun suka gak kat pelamintu cam Kak Jana.Jom tengok blog adik ipar akak NaJiD FaMiLy der cerita Tragedi Oktober yang kecoh masa majlis berlangsung....


Atikah dan Azalia bersama dengan Nurin dan Sofia yang merupakan dua pupu mereka.. Memang berjaya sekali mereka menjalankan tugas pada hari tersebut.

Thursday, October 21, 2010

Kaki Gombak

Kaki Gombak? Alkisahnya begini keluarga sebelah suami akakni dari Gombak dan mempunyai kaki yang agak besar sedikit. Ini adalah berdasarkan saiz kasut yang semuanya boleh dikatakan tidak merasa nak pakai saiz kasut 6. Oleh yang demikian semasa anak-anak akak lahir kebanyakan mengatakan kaki dua beradikni mesti saiz kaki gombak.

Oleh yang demikian setelah diperhatikan Azalia mempunyai ciri-ciri kaki Gombak.. Jom tengok...



Kaki Gombak, bentuknya agak debab sedikit....

Ini kaki Atikah... agak panjang tapi kurang debabnya...

Ini kaki Atikah kurang menjadi kaki Gombaknyer...

Gitulah adanya kisah kaki pulakkan... Teringat kata sepupu suami akak yang berharap hantaran kahwin tidak termasuk kasut maalumler nak letak atas dulangkan... Tapi kejadian yang terjadi pada akakpun kelakar gak, kaki akakni sebelum melahirkan anak saiznya hanya dalam lingkungan 6 @ 7 tapi sekarang jangan haraplah. Kalau dapat saiz 8 pun dah kira bagus..

Tuesday, October 19, 2010

Ibu Sayang Kamu


NuRuL AtIkaH dan NuRuL AzALiA ... Ibu sayang kamu....

Entah kenapa akak begitu beremosi semalam. Semoga hari ini baik-baik sahaja. Seperti biasa Atikah dengan perangainya yang malas nak bangun pagi dan membuatkan ibunya hilang sabar. Teringatkan emak, teringatkan leteran emak dengan apak dulu-dulu. Saat begini terasa ingin kembali zaman itu membetulkan segala salah dan silap. Emak terima kasih untuk segala-segalanya... IBU... IBU... Engkaulah Ratu Hatiku. Bila Ku Berduka Engkau Hiburkan Ku selalu.... Emosi lagi.... Oh TIDAK!!!!....


Saturday, October 16, 2010

Wanita Mati Selepas Berdiet

Wanita akan melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan kurus..Ikuti kisah ini yang akak ambil dari surat khabar Kosmo, 16 Oktober 2010. Jom baca..


Wanita Mati Selepas Berdiet

CHELLASTON - Seorang ibu di Britain pengsan dan mati mengejut di tempat kerja selepas dia melakukan diet untuk kelihatan langsing sebelum pergi bercuti bersama keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Lucy Prince, 36, kehilangan berat badan lebih sembilan kilogram dalam tempoh sebulan dengan cuma mengambil minuman pelangsing dan melakukan senaman ketat.

Namun, jantungnya gagal berfungsi di tempat kerja dan dia rebah di hadapan pengurusnya di sebuah kilang kereta di sini England pada Jun lepas sebelum disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Seorang ahli patologi, Dr. David Green memberitahu satu inkues pada Rabu lalu bahawa selepas diet, Prince mengalami tekanan darah rendah manakala kadar kalium dalam badannya pula sangat rendah dan berisiko menyebabkan kematian. - Agensi



Bila membacanya tadi teringat kisah dua minggu yang lepas yang memang menyeramkan juga kalau memikirkannya..Gini ceritanya, akakni memang dah sampai tahap kecewa dengan usaha untuk menurunkan berat badan yang tidak menampakkan hasilnya. Sepanjang bulan puasa dahulu akakni cubalah cara orang menguruskan badan seperti yang akak selalu baca dan dengar iaitu dengan tidak makan NASI. Memang tidak membagiakan namun demi nak menguruskan badan yang dah masuk tahap OBESITIni rasanya akak teruskan juga. Tetapi hasil yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan...

Setelah berfikir secara mendalam keh! keh! tak sebenarnya akak ingin mencuba dengan produk-produk yang kini laris menjaja testimoni orang bahawasanya ramai orang sudah menjadi kurus dengan produk mereka.. Namun mendengar cerita dua orang kawan yang telah menggunakan kesemua produk yang akak terfikir gak nak gunakan menjadikan akak berfikir alangkah ruginya $$$$ yang boleh akak gunakan untuk tujuan yang lain. Akak pernah bertanyakan pada tukang cuci di opis akak yang datang dari seberang yang menggunakan satu produk dari Indonesia yang dapat mengurangkan berat badannya secara cepat dan yang penting jamu itu murah harganya.. Akak kata tak salah mencubanya tapi mungkin hanya sebagai pemangkin dan pembakar semangat sahaja, akak takkan bergantung kepada jamu tersebut sahaja. Hasilnya 3 hari akak menelan jamu tersebut akak memang hilang selera makan secara total. Memang diberitahu pada kotak tersebut kita perlu minum air putih dengan banyak sebab memang terasa teramat dahaga.

Pada hari ketiga badan akak macam seram sejuk dan akak sudah berpesan pada Wawa (adik satu ofis) kalau akakni masuk hospital dan doktor tak tahu puncanya bagitahu akak telan jamu diet. Setelah berfikir dengan waras akak tidak lagi mengambil jamu tersebut dan akak juga mendapat MC (cuti sakit) pada hari isnin yang lepas. Oleh itu akak telah berfikir untuk mendapatkan nasihat doktor dan meneruskan usaha yang telah akak lakukan selama ini dan menambahkan lagi kekuatan mental akak untuk berkata TIDAK kepada unsur-unsur yang tidak elok untuk kesihatan... Cintailah diri..


Friday, October 15, 2010

Blog siapakah ini!!!!

 
Inilah blogku yang telah ditinggalkan sekian lamanya... OH TIDAK!!!... Ada benda nak diceritakan tapi tidak termampu untuk mengemaskinikan blogku ini. Harapan tinggi menggunung namun inilah kesudahannya, semoga tidak berlaku lagi.... INSYAALLAH. Bolehker???? Zila Boleh....

BOLEHKER????


Thursday, September 2, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN

Berkongsi satu email yang akak dapat agak lama dahulu.. Semoga kita sama-sama akan beroleh kejayaan, akakpun sebenarnya tidak menyedarinya setelah sekian lama mungkin tahu tapi tidak menghayatinya sepenuh hati....

Dalam tidak sedar.


Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..


Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah


Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya


Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima


Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..




Eeh nak dekat rayakan.... syukur Alhamdulillah dah 22 hari kita berpuasa. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah hendaknya...

Thursday, August 19, 2010

Ikan Tenggiri Masak Kicap

Ini adalah masakan yang simple dimple yang menjadi pilihan hati kalau dah terlambat bangun kalau bukan bulan puasa. Mungkin ada yang dah tahu akakni tinggal ngan mak mertua jadinya setiap pagi akak akan masakkan masakan yang simple untuk dia makan dengan Atikah. Syukur Alhamdulillah jugaklah kerana ibu mertua akakni tidak cerewet dan dapat menerima masakan akak seadanya.

Cuma kadang-kadang kesian juga sebab akakni memang tidak pandai memasak. Oleh itu untuk anak-anak tercinta, ibu akan pastikan korang memiliki kemahiran memasak sebelum berumahtangga kerana tidak semua orang bertuah mendapat ibu mertua yang baik seperti nenek korang. Merapu meraban dahkan, okler inilah resipi ikan tenggiri masak kicap yang akak selalu buat (anak-anakku nanti dah besar cubalah buat!!)

Untuk bulan puasani selalunya kami sekeluarga makan mi/mihun dan suami makan nasi lemak bungkus dan juga kuih muih. Mi atau mihun goreng sendiri, nasi lemak dan kuih muihtu beli sebab nak rasa makan kuih macam-macam. Mak mertua pulak akan makan nasi hanya selepas Isya', oleh itu akak mempunyai masa yang banyak untuk masak lauk pauk. Rasanya harini nak masak mi goreng, ikan tenggiri masak kicap, peria masak sambal dan goreng tempe jer plus sambal tomato. Kesiannya mak mertuaku, terimalah seadanya menantumu ini....


Keh!keh! akakni nak cerita apa sebenarnya....

Monday, August 16, 2010

Mekap jangan tak mekap

Teruk betuller akaknikan dah seminggu berpuasa tak ingat-ingat nak wish selamat berpuasa untuk semua. Jadi dikesempatan ini akak berdoa moga Ramadhan ini akan membawa keberkatan didalam kehidupan kita dan semoga ibadah puasa kita kali ini bertambah baik dari yang sudah-sudah..

Untuk kali ini akak selitkan gambar anak tercinta bereksprimen dengan lipstik ngan eyeshadow (itu jerler alat mekap yang ibu dia ada). Dah macam jampuk, tapi mana tahu jadi trend lak raya tahun ini.. Jom layan ajalah....



Ini Azalia dengan hasil solekannya....


Atikah dengan bangganya menunjukkan hasilnya....

Sunday, August 15, 2010

Kentang Pusing

Lupaler nama komersial kentang yang pusing-pusingni tak kisahlahkan kalau kita panggil kentang pusing. Memang dah lama teringin nak rasa selepas kawan fotopages Salmah yang memulakan bisnes ini di Melaka membuat promosi. Oleh kerana dia kata kat KL lagi ramai yang dah memulakan bisnes ini maka akak mencarinya di Pasar Malam berdekatan. Pertama kali jumpa di Pasar Malam dekat dengan rumah nenek mertua di Gombak, boleh tahan juga rasanya.


Gambar ini entah keberapa kali makan kentangni tapi tak pernah ambil gambar. Kebetulan mood akak ngan model baik dapatlah gambar Atikah dengan kentang pusing di Pasar Tani Puncak Kinrara.


Atikah pergi pasar tani pakai baju kelawar, malas nak suruh tukar. Anak-anak akak suka juga dengan kentang putar ini tapi 'consider' mahal, tapi tulah kita beli sekali dengan teknologi diakan. Ada tengok dokumentari makan-makan di Korea rasanya ada ternampak kentang pusingni...

Nuffnang oh Nuffnang