Tugu Negara, Kuala Lumpur
Akak sudah lama mengimpikan untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Tugu Negara. Kenapa Tugu Negara? Mesti ramai yang tertanya-tanyakan kenapalah akak begitu teruja tatakala suami akak mengajak kami pagi ahad dua minggu lepas untuk melawat Tugu Negara.
Jangan tak percaya tau Tugu Negarani masih ada tarikan tersendiri melihatkan jumlah bas pelancong yang mengunjunginya. Oleh yang demikian adalah menjadi satu keralatan kita yang tinggal di bumi bertuah ini sekiranya kita tidak datang melawat ke sini. Akakni sebenarnya mempunyai impian untuk pergi ke tempat-tempat yang ada perkataan negara di hujungnya misalnya Zoo Negara, Muzium Negara, Pusat Sains Negara dan lain-lain lagi.
Paling kelakar semasa pergi ke sini adalah "interpertasi"(isyh betoikerni ejaannyani) Azalia tentang Tugu Negara. Dia kata begini "ibu, askartu jahatkan ibu sebab dia kena sumpah jadi batukan ibu" .. Ah sudah! kenapa dia berkata begitu? Sebabnya kita juga ajar dia begitu. Kalau siapa-siapa pernah lalu Lebuh raya Persekutuan dekat dengan tol Batu Tiga ada sebuah bangunan yang ada satu beruang yang duduk atas atap. Akak dengan suami selalu kata kalau nakal-nakal nanti jadi batu, beruangtu dah kena sumpah dengan nenek dia....
Selangor + Perak = Atikah dan Azalia... Budak berduani excited tengok lambangni sebab dia orang kata tempat kerja ayah ngan mak su (adik akak)...
Isyh seronoknya hati akak haritu kerana satu impian akak terlaksana....
kita pon x penah amik gmbr kt tugu ni..hikss..
ReplyDeleteudah depa tnya kena sumpah plak..cm no nk jwb..haha
sy pun dah lama sy xpegi tugu negara..masa kecik2 pernahlah...nnti nak bwk jgklah anak2 ke situ...
ReplyDeleteari tuh pi bird park.ajak en daddy singgah sini.xnak ler plak.
ReplyDeletekecik hati i.:DDD
sy pun mcm kak cho,teringin ke sini lg.
last pi masa form 2,lawatan sek.kuikui
akk..wa pun xpernah smpai kat sini kak..huhuhu..
ReplyDeletehaaaaa askar kena sumpah sbb menderhaka dgn mak die...
ReplyDeletemak die soh jadi doktor tapi die jadi askar kan dah jadi batu!!