Nuffnang saya

30 April, 2019

Lib Ikan Bilis Langkawi

Coklatpun sudah, pingganpun sudah, sudupun sudah, minyak wangipun sudah (baca macam nyanyi lagu Elizabeth Tan). Jadi apa yang tidak sudahnya kalau datang Langkawini. Kalau sudah sampai ke pulau Lagenda Langkawi ini haruslah cari kedai jual hasil laut. 


Mungkin kurang terkenal berbanding dengan Pulau Pangkor tapi ikan bilis Langkawi pada akak lebih elok dan ada umph!! Setiap kali akak balik kampung di Perak, mesti beli ikan bilis di pasar pagi ahad. Ada seorang 'auntie' yang menjual di situ memperkenalkan ikan bilis Langkawi. Katanya ikan bilis Langkawi lagi sedap tau dari Pangkor. Oleh itu setiap kali balik kampung akak sudah tidak pergi ke Lumut lagi. Memang diakui yang ikan bilis Langkawi lebih digemari oleh akak.


Sebelum ini kalau datang Langkawi memang tidak mencari kedai ikan bilis. Alang-alang sudah sampai sini kita gigih mencari di manakah kedai menjual hasil laut Langkawi. Semalam semasa makan di Uncle Jai Cafe ada satu kedai tapi tidak menyinggah. Rupanya rezeki kami sebelum balik dapat membeli di kedai ikan bilis milik orang kita di pekan Kuah. Nama kedai ikan bilis Langkawi Lib Utara Enterprise. 


Dimana terletaknya kedai ikan bilis Langkawi ni? Mudah sangat mencarinya sebab kedai dia berada di jalan utama. Kedai ini terletak berhadapan dengan kedai nasi ayam Pak Ya dan berada di sekitar Bella Vista Resort & Spa. Buat masa sekarang di belakang kedai ada tapak pembinaan taman tema air Langkawi Water Kingdom. Uish Langkawi dah ada taman tema air tu!!!! Betoi akak nampak ada slide yang sudah siap.

Alamat Ikan Bilis Langkawi:-
Persiaran Mutiara 2, 
07000 Kuah, Langkawi
Papan tanda berwarna hijau
Pilihan ikan bilis pelbagai jenis.
Akak beli juga sedikit udang kering 
Ada juga pelbagai hasil laut yang lain.
Kacang yang macam di Hatyai juga ada dijual.
Ikan masin juga ada dijual di sini.
Boleh kata macam-macam ada... 
Mai singgahsekali...


Untuk mengelak dari bau yang busuk semasa menyimpan, pandai-pandai koranglah. Akak balut dengan surat khabar sahaja. Alhamdulillah selamat. Sedapnya alahai malam tadi makan ikan bilis kicap dengan nasi panas. Azaliapun makan bertambah-tambah. Gambarpun tak sempat nak ambil.



29 April, 2019

Idaman Suri atau Haji Ismail Group Langkawi

Idaman Suri atau Haji Ismail Group? Sudah pasti kedua-duanya idaman hati wanita terutamanya. Inilah tempat melontar wang dan tawaf  berkali-kali selagi tidak jumpa yang berkenan di hati. Bukan akak walaupun akak wanita. Akak sudah pencen dari beli pinggan mangkuk dan seangkatan dengannya. Cuma coklat wajib beli kalau sampai ke Langkawi.

HIG sudah ada bangunan besar di pekan Kuah juga, tidak jauh dari kedainya yang lama. Kalau dahulu kedainya kecil kini ada bangunan besar bersambung dengan hotel sekali. Lupa ambil gambar sebab masani sudah kepenatan.

Alamat HIG :-
Lot 1852 Kompleks HIG,
Jalan Penarak,
Kuah 07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.


Idaman Suri juga sudah pindah ke bangunan besar yang lebih selesa lagi. Tempatnya jauh sedikit dari pekan Kuah tapi lebih baik sebab tempat letak kereta yang banyak. 

Alamat Idaman Suri :-
 No 1, Taman Seri Berlian, 
07000 Kuah, Kedah

Mari kita tengok gambar yang sempat akak ambil semasa di sini. Bila tengok gambar rasa nak beli tapi kena muhasabah diri kerana bukan keperluan. Nanti suami akak... eeee takut!
Ikut hati semuapun cantik.
Harga memang berbaloi
Kalau ikut rasa binasa ikut hati mati.
Telan air liur sahaja yang mampu.
Idaman Suri.
Akak tidak membeli satupun di sini.
Syaza memang mempunyai senarai belian.
Bagi peluang pada orang muda.
 Akak membeli coklat dan minyak wangi di HIG.
Tempat yang selesa terutama semasa bukan peak season.
Ini kegemaran akak.
Anak akak lebih suka DAIM.
Lupa nak ambil gambar.
Ini untuk dik Ya.
Dia suka sangat beli tic tac mini ini.
Harga agak mahal kalau beli banyak.
Tapi di Langkawi berbaloi.

Jika datang ke Langkawi, membeli belah memang menjadi salah satu acara wajib. Ada yang berminat untuk membeli pinggan mangkuk, kain batik, coklat, minyak wangi dan ikan bilis juga. Entri akan datang akak cerita pasal kedai ikan bilis di pekan Kuah.

28 April, 2019

Makan Malam Sedap di Uncle Jai Cafe Kuah Langkawi

Jalan jalan cari makan kami diteruskan lagi di Uncle Jai Cafe 
yang kalau dilihat dari namanya adalah selera barat sahaja. Jangan salah sangka kerana hidangan di Uncle Jai Cafe ini ada pelbagai termasuklah selera tempatan dan Thai. Yang penting kalau ingin mencuba kena kosongkan perut dahulu.

Uncle Jai Cafe rupanya baru berpindah dari pekan Kuah ke Jalan Padang Mat Sirat bersebelahan dengan Hotel Grand Continental. Kafe ini tidak jauhpun dari pekan Kuah dan mudah sahaja mencarinya. Kebetulan kami letak kereta di hadapan Teow Soon Huat Duty Free yang berdekatan juga dengan Uncle Jai Cafe. Singgah sebentar untuk survey harga dan ternyata ada 2 - 3 coklat lebih murah di sini.

Hati berbunga-bunga tengok kedaini sebab nampak menyakinkan. Kebetulan masa kami sampai  tidak ramai lagi orang. Melihat deretan menunya yang pelbagai terasa ingin makan kesemuanya. Tapi sudah ditetapkan dalam fikiran yang makan malam ini adalah hidangan barat. Servis juga pantas berkemungkinan bukan waktu puncak pelancong di Langkawi. Layanan juga sangat baik dan yang tersangat penting harga adalah sangat berpatutan.
Boleh nampak kedai ini dari jalan besar.
Kedai konsep sederhana tapi selesa.
Tempat letak kereta juga agak mudah.
Nampak tak Hotel Grand Continental disebelahnya.
Ramai orang walaupun bukan musim cuti sekolah.
Rasanya kedai ini juga menjadi pilihan penduduk tempatan.
Pilihan Wawa dan Syaza ~ lamb shank
Pilihan akak ~ beef tenderloin steak
Ini pilihan kami ehm yummy..
Tapi daging kambingtu liat sikitlah...
Menu bubur nasi ini kami pesan kerana kebayakan meja ada hidangan ini.
 Rupanya set bubur nasi dihidang bersama telur masin dan kangkung goreng adalah pilihan ramai.
Alhamdulillah sedap!! sebab hidangan barat kami biasa biasa sahaja.
Suka dapat minum dalam bekas air sebegini.
Puas hati sebab harga murah dari tembikai diNest RoofTop semalam dan dari segi rasapun sedap.
Sumber gambar :- FACEBOOK UNCLE JAI CAFE
Percayakan menunya yang pelbagai.

Syukur juga cepat datang kerana semasa kami balik, ramai yang mula datang untuk makan malam. Terima kasih untuk Syaza yang rajin mencari tempat makan sedap di Langkawi. Esok ada lagi satu kedai untuk melengkapkan misi jalan jalan cari makan Langkawi kami.

ALAMAT :-
Jalan Padang Matsirat, 
07000 Langkawi, Kedah

Waktu buka :- 
Setiap hari : 5 petang - 11.45 malam

27 April, 2019

Dataran Lang Jeti Kuah

Tempat wajib bergambar kalau pertama kali datang ke Langkawi. Selepas check in hotel dan penat membeli belah kami teruskan langkah ke jeti Kuah. Singgah juga kedai zon bebas di sini tapi tidak membelipun.

Untuk menghabiskan masa terluang sempat lagi beriadah main bowling di Jetty Point. Wawa dan Syaza sahaja tapi akak sibuk memesan KFC secara online untuk makan malam anak-anak yang ditinggalkan. Punyalah susah kfc ni berbanding dengan pizza hut atau domino.  

Konon nak melihat matahari terbenam di Dataran Lang tapi sudah terlewat keluar dari Jetty Point jadi sudah tiada mataharinya lagi. Tapi pemandangan masih lagi cantik. Pada akak pemandangan tepi laut sentiasa nampak cantik.
Teliti buatan patung helang ini.
 Pemandangan beransur senja.
Orang masih ramai pada waktu ini.
Ada dua awek cun yang menjadi perhatian ramai.
Eagle Square Dataran Lang

Dataran Lang : spot untuk bergambar. Wajib bergambar untuk yang pertama kali datang ke Langkawi.

26 April, 2019

Restoran Wan Thai Kuah Langkawi

Kalau kita membuat carian di google kedai makan sedap di Langkawi, Restoran Wan Thai pasti ada menyelit. Malah percutian Langkawi akak tahun 2012, restoran ini juga mendapat tempat.  Namun pada masa itu  akak tersilap tentang  waktu buka dan tutup restoran. Rasa ralat tidak dapat singgah makan sedangkan sudah sampai di hadapan kedai.

Untuk kali ini misi akak dan kawan-kawan adalah jalan jalan cari makan maka Restoran Wan Thai antara senarai itinerari wajib singgah kami. Sebenarnya perut masih kenyang disebabkan kami bersarapan dua kali tadi. Namun bukan selalu kita ke Langkawi, misi diteruskan juga. 

1st impression kata omputih patutlah restoran ini kegemaran ramai. Hiasan dalaman restoran ini sangat Siam, terasa seperti kita berada di negara gajah putih. Yang penting restoran ini luas dan selesa boleh menempatkan ramai orang dalam satu-satu masa. Yang datang bukan setakat naik kereta malah bas pelancong banyak yang singgah sini.


Mari kita cerita pasal makanan. Terdapat pelbagai makanan Thai yang boleh dinikmati di sini. Antara yang paling menarik untuk dicuba ialah otak-otak dan kuih lompang(akakpun baru tahu masa tulis entri ini), pulut mangga, miengkham, ayam pandan dan banyak lagi. Tapi seperti akak cakap perut masih kenyang lagi akhirnya kami cuma memesan mihun tomyam dan berkongsi makan pulut mangga.

Akak bagi 4 ❤️❤️❤️❤️ untuk Restoran Wan Thai yang memenuhi citarasa kami. Walau perut kenyang semua makanan dapat dihabiskan. Cuma mungkin lain kali mesti cuba otak-otak dan makan nasi dan lauk pauk citarasa Thai yang menyelerakan. Wahai suamiku dengar atau tidakni isterimu nak cakapni jom kita ke Langkawi!!
 Akak minum air lobak merah bersusu yang sangat sedap.
Orang Siam memang berseni orangnya.
Yang penting rasanya juga tidak mengecewakan.
Masing-masing makan bihun tomyam.
Air kosongpun sedap, sebab ada rasa pandan.
 Terima kasih ya Allah untuk nikmat yang kau berikan...
Cantikkan dekorasi kedaini...
 Kalau datang ke Langkawi mesti singgah Restoran Wan Thai di pekan Kuah.
Selepas habis membeli belah boleh menikmati hidangan Thai yang lazat.

ALAMAT :-
80- 82, Langkawi Mall Dundung,
07000 Kuah, Langkawi

WAKTU OPERASI :-
Setiap hari : 11.00 pagi - 3.30 petang
                     6.30 petang - 10.30 malam
(Peringatan kedai ditutup dari 3.30 petang hingga 6.30 petang). 

25 April, 2019

Hotel Riverra Inn Kuah Langkawi

Riverra Inn Kuah konsep diilhamkan oleh gaya moden yang ringkas. Rasailah udara segar suasana kampung yang berhampiran bandar dan pusat membeli belah.

Masuk sahaja dalam bilik di Hotel Riverra Ini hati terus berkata kalau datang ke Langkawi lagi akak mesti pilih hotel ini. Kenapa? Nak tahu kena baca sampai ke ayat terakhir. 

Untuk percutian kawan-kawan ini, kami memang memilih untuk semalam di pantai Cenang dan semalam lagi di pekan Kuah. Hari pertama menikmati keindahan pantai dan merasai hiruk pikuk pantai Cenang dan hari kedua meneruskan misi mencari pinggan mangkuk, coklat dan juga hasil laut Langkawi. 

Hotel Riverra Inn dipilih untuk penginapan kami di pekan Kuah. Hotel ini tidaklah terlalu jauh dari bandar dan pusat membeli belah tapi kalau berjalan kaki berpeluh juga. Yang paling istimewa tentang hotel ini ialah Riverra Inn merupakan hotel kepunyaan usahawan bumiputera.

Akak paling suka hotel ini sebab tempat letak kereta yang sangat luas. Hotel ini merupakan hotel budget jadi harga agak murah tapi bilik dia boleh tahan besarnya dan bersih.  Antara kemudahan lain yang ada ialah kolam renang kecil tapi selesa, wifi percuma, cctv, sarapan percuma, surau, mini mart dan banyak lagi. Layanan mesra dari semua staff di sini juga menambat hati ini untuk berkunjung lagi.
Bilik luas untuk kami bertiga. 
Untuk harga yang murah dibayar rasanya ini sangat berbaloi.
Ada tv tapi tak sempat tengokpun.
Ada cerek air pun tak sempat guna.
Penyaman udarapun syukur ok, sebab ada hotel yang tak ok.
PUAS HATI.
Bilik air sangat bersih.
Gambar dari : - laman web rasmi Riverra Inn
Luaskan tempat letak keretanya.
Ada juga kafe hidangan barat kalau ingin bersembang.
Ada kolam renang yang comel.
Antara hotel (bangunan putih) dan kolam renang adalah tempat letak kereta.
Agak luas dan kalau nak buat family day pun sesuai.
Bersarapan sambil mata melihat kehijauan alam.
Sungguh terasa nikmatnya.
Menu sarapan pagi orang Malaysia yang sedap terutama nasi lemak.
Ada lagi makanan seperti roti dan jem, cornflakes dan susu dan tentulah boleh minum kopi, teh dan jus.
Ulasan untuk hotel  Riverra Inn, ramai yang memuji sarapan ringkas tapi sedap di sini.

Alamat :-
Lot 290 , Kampung Padang Lalang, 
07000 Kuah, Langkawi

No untuk dihubungi :-

Laman web rasmi :-

24 April, 2019

Kilang Gamat Nusantara Gamat

Selepas puas hati bersarapan di Langkawi kami singgah ke Gamat Nusantara Maju Enterprise yang popular. Gamat dan Langkawi terpisah jangan. Kalau sudah sampai Langkawi, jangan lupa bawa balik minyak gamat. Boleh kata banyak tempat menjual produk gamat tapi yang paling popular ialah di Nusantara Gamat,  kilang gamat terbesar di Langkawi. Disamping itu di tempat ini kita boleh melihat sendiri proses membuat gamat. 
Tanda kita dah sampai ke Kilang Gamat Nusantara Maju... 
Herba-herba yang menjadi ramuan utama dalam proses minyak gamat....

Inilah peluang kita mengenali herba-herba yang menjadi kebanggaan nenek moyang ...
Di sini juga ada taman mini herba....
Tempat memasak minyak gamat..
Disamping itu pihak kami ada menyediakan rumah kawah iaitu tempat memasak minyak gamat dan para pengunjung dapat merasai sendiri keaslian minyak gamat didalam kawah yang sedang mendidih dengan mencelop jari sedikit didalam kawah tanpa rasa melecur dan rasa hanya sedikit panas.Itulah keajaiban semulajadi gamat yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.

ALAMAT :-
Lot 3042, Kampung Bayas
07000 Langkawi

WAKTU OPERASI :-
Isnin hingga sabtu : 8.30 pagi hingga 5.30  petang
Hari Minggu : 8.30 pagi hingga 7.00 malam

BAYARAN : PERCUMA
Gambar dik Ya semasa tahun 2012.
Insyaallah kita datang Langkawi lagi anak-anak .

23 April, 2019

Bersarapan Nasi Dagang Pak Malau

Pilihan sarapan pagi kami di Langkawi ialah kedai Makan Nasi Dagang Pak Malau. Walaupun perut sudah kenyang  bersarapan dihotel,  kami tetap meneruskan hajat ke Nasi Dagang Pak Malau. Syukur Allah dorong kami sampai ke sini kerana makanan, keindahan alam dan rasa kagum bergabung menjadi episod bersarapan di Nasi Dagang Pak Malau sebagai kenangan indah kami di Langkawi.


Kenapa akak kata begitu? 
1.Bagaikan jatuh cinta pandang pertama begitulah rasa akak di pagi itu. Akak sangat menghormati insan yang masih mempertahankan nilai murni bangsa Melayu. Pertama sekali ternampak tulisan jawi di papan tanda Nasi Dagang Pak Malau. Dengan hiasan kedai seperti kita menonton cerita zaman dahulu, akak rasa  sangat berbangga.

2. Masuk ke dalam mata terus tertangkap dengan pelbagai barangan lama yang menjadi hiasan. Dalam hati terus berkata tidak hairanlah kedai ini menjadi sebutan kerana masih memelihara warisan bangsa. Pelancong dari luar sudah pasti inginkan tempat seperti ini yang sukar untuk dia dapat di tempat sendiri.. 

3. Bersarapan di tepi bendang adalah pengalaman indah yang mesti dialami oleh kita rakyat Malaysia. Sayang masa kami datang pemandangan sawahnya bukan yang terbaik. Akak ada kenangan bersama adik beradik makan di tepi bendang selepas membantu di kebun koko. Ah ! rindu datang lagi, ayahanda tercinta Allahyarham Zakaria Ansari.

4. Yang terakhir sekali sudah pasti makanannya. Dengan perut penuh terisi, kami bertiga menikmati hidangan nasi dagang dan kuih muih senyap tidak berbunyi.  Masih teringat sampai ke hari ini keenakan pulut panggang yang penuh isi. Ada udang kering didalamnya mengingatkan akak suatu masa dahulu kami panggilnya pulut udang. Semua menu makanan dan minuman yang kami cuba pagi itu juga sangat sedap.

Hati terus berbunga-bunga apabila sampai ke sini.
Buka setiap hari kecuali hari selasa dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang.
Nampak tak penghargaan dari Tripadvisor.
" Certificate of Excellence 2017"
Macam-macam ada.
Setrika lama, labu Sayung, mesin jahit lama, mangkuk tingkat(siya), kukur kelapa lama (kepala tak nampak da!)
Lagi hiasan dipamerkan
Yang akak tahu mesin proses getah.
Yang batu tu tak tahu pulak fungsinya.
Harga menu nasi dagang.
Akak cakap kat adiktu, mai sini akak nak ambil gambar.
Pilih jangan tak pilih.
Radio lama juga ada.
Kereta lama yang tidak berfungsi tapi ramai bergambar di sini.
Bendang oh bendang.
Kami memilih duduk di sini.
Jenuh juga bersimpuh sebab nak duduk tepi bendang punya pasal.
Ketiga-tiga kami memilih nasi dagang cuma lauk berlainan.


Boleh makan di pondok bersimpuh dan juga di bangku kuning.
Tukang duit adalah Pak Malau.
Pak Malau juga sangat istimewa. 
Dia sangat peramah dan pandai buat silap mata.
Kami yang datang 3 orangni dia layan dengan persembahan silap mata.
Tidak hairanlah pelancong asingpun ramai yang datang ke sini. 
Boleh juga makan di sini.
Dulu rumahtu adalah home stay
Tapi sekarang Pak Malau jawab no stay.
Boleh baca tulisan jawi tak!

Pantun Hamba
Kajang Pak Malau  Kajang berlipat

Kajang Hamba Mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba menumpang lalu
Ramai yang datang bersarapan di sini walaupun tempat ini agak jauh dari pekan Kuah dan pantai Cenang.
Nak cari kedai ini tidak sukar kerana kedai ini berhampiran makam Mahsuri.
Selamat tinggal kenangan... 

Kenapa ada gambar kedai Nasi Dagang Pak Malau lagini?
Asyik terkenangkan pulut panggang membawa kami datang lagi ke sini.
Kalut sungguh rupanya hari selasa kedai ditutup
Padahal akak sendiri ambil gambar yang thalatha tutup.
(tengok gambar 2)
Insyaallah ada rezeki kami datang lagi..

Hendak berpantun akak tidak pandai. Tapi akak ingin juga berterima kasih kepada Pak Malau dan Mak Malau yang meletakan kepercayaan kepada budaya bangsa kita untuk konsep kedai mereka. Rasa terima kasih juga kerana mengiktiraf tulisan jawi di tempat yang sepatutnya. Pantun ini bukan idea akak, akak ambil dari google

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan


Alamat :-
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar,
07000 Langkawi, Kedah

Waktu Buka :-
Rabu - Isnin : 8 pagi - 2 petang
Hari Selasa - TUTUP

Nuffnang oh Nuffnang