Nuffnang saya

20 April, 2019

Hotel Pilihan ~ Shell Out Cenang Beach Resort

Alhamdulillah kenyang perut makan macam-macam di Hafiz Rojak Pantai Kok kami segera ke penginapan malam pertama di Pantai Cenang. Syaza memilih Shell Out Cenang Beach Resort yang berada di seberang jalan bukan di tepi pantai. Kalau dahulu nama hotel ini ialah Adina Drive Inn Motel. Jadi masa akak google nama hotel Shell out ini tidak banyak info yang dapat.

Kenapa kami memilih hotel ini?
1. Tempat meletak kereta yang selamat dan selesa
2. Tidak suka bilik yang terasa memijak pasir.
3. Hotel ini juga tidak terlalu jauh dari hiruk pikuk pantai Cenang
4. Paling penting hotel ini berdekatan dengan tempat makan dan tempat membeli belah
5. Bilik yang besar dengan harga yang berpatutan

INFO :- Jika yang mencari hotel yang mempunyai kolam renang di Langkawi, hotel Shell out Cenang ini mungkin menjadi pilihan.

Pejabat Shell Out Beach Resort Langkawi yang comel...
Puas hati biliknya yang luas... 
Pantai Cenang tidak jauh dari hotel.
 Dalam 5 minit berjalan boleh sampai pantai. 
Ya hotel ini bukan di tepi pantai tapi di seberang jalan.
Sumber : Expedia Malaysia...
Inilah contoh bilik yang kami pilih
Sumber : booking.com
Kalau suka rumah kayu boleh pilih yang macamni
Sumber : Expedia.com.my
Jika datang bersama keluarga boleh memilih apartmen.
Untuk pengetahuan hotel ini ada kolam renang.
Aktiviti padat kami tidak mengizinkan bersantai di situ.
Jalan masuk ke Shell out Cenang Beach Resort
Shell Out Cenang Beach Resort ini dahulu namanya Adina Drive Inn Motel
Pantai Cenang seawal pagi selepas kami bersarapan di Restoran Shell Out...
Sarapan pagi western disediakan untuk tetamu...
Terima kasih kenyang juga makan begini...


ULASAN :- Secara keseluruhan pengalaman selama menginap di hotel Shell out ini adalah baik. Dengan bayaran yang tidak terlalu mahal hotel ini seharusnya menjadi pilihan jika datang ke Langkawi. Paling ohsem ialah kereta boleh di letak dihadapan bilik. Dengan keadaan tempat letak kereta yang agak havoc di Langkawi kami dapat letak kereta depan bilik. Menarik bukan. 

Bilik juga agak luas dan selesa untuk kami bertiga. Kalau akak datang sekeluargapun masih lagi sesuai. Oleh kerana tidak lama di sini sukar untuk mengulas lebih lanjut. 


Alamat Shell out Cenang Beach Resort :-
Lot 2599 Jalan Pantai Cenang
Mukim Kedawang 
07000 Langkawi

1 ulasan:

  1. wahhhh menarik tu kak... biliknya pun nampak luas betul... sebijik2 lak tu... dana barru sekali ke langkawi... pasni blh la try lg klu nk ke sana... blh try ke shell out cenang beach nampaknya

    BalasPadam

Nuffnang oh Nuffnang