Idaman Suri atau Haji Ismail Group Langkawi

Idaman Suri atau Haji Ismail Group? Sudah pasti kedua-duanya idaman hati wanita terutamanya. Inilah tempat melontar wang dan tawaf  berkali-kali selagi tidak jumpa yang berkenan di hati. Bukan akak walaupun akak wanita. Akak sudah pencen dari beli pinggan mangkuk dan seangkatan dengannya. Cuma coklat wajib beli kalau sampai ke Langkawi.

HIG sudah ada bangunan besar di pekan Kuah juga, tidak jauh dari kedainya yang lama. Kalau dahulu kedainya kecil kini ada bangunan besar bersambung dengan hotel sekali. Lupa ambil gambar sebab masani sudah kepenatan.

Alamat HIG :-
Lot 1852 Kompleks HIG,
Jalan Penarak,
Kuah 07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.


Idaman Suri juga sudah pindah ke bangunan besar yang lebih selesa lagi. Tempatnya jauh sedikit dari pekan Kuah tapi lebih baik sebab tempat letak kereta yang banyak. 

Alamat Idaman Suri :-
 No 1, Taman Seri Berlian, 
07000 Kuah, Kedah

Mari kita tengok gambar yang sempat akak ambil semasa di sini. Bila tengok gambar rasa nak beli tapi kena muhasabah diri kerana bukan keperluan. Nanti suami akak... eeee takut!
Ikut hati semuapun cantik.
Harga memang berbaloi
Kalau ikut rasa binasa ikut hati mati.
Telan air liur sahaja yang mampu.
Idaman Suri.
Akak tidak membeli satupun di sini.
Syaza memang mempunyai senarai belian.
Bagi peluang pada orang muda.
 Akak membeli coklat dan minyak wangi di HIG.
Tempat yang selesa terutama semasa bukan peak season.
Ini kegemaran akak.
Anak akak lebih suka DAIM.
Lupa nak ambil gambar.
Ini untuk dik Ya.
Dia suka sangat beli tic tac mini ini.
Harga agak mahal kalau beli banyak.
Tapi di Langkawi berbaloi.

Jika datang ke Langkawi, membeli belah memang menjadi salah satu acara wajib. Ada yang berminat untuk membeli pinggan mangkuk, kain batik, coklat, minyak wangi dan ikan bilis juga. Entri akan datang akak cerita pasal kedai ikan bilis di pekan Kuah.

Comments

Popular Posts