Restoran Muar Station Putra Heights

"Citarasa asli dari Muar"

Kini tidak perlulah kita ke Muar semata-mata untuk merasai keenakan Mi Bandung Muar ataupun Asam Pedas Parit Jawa... Boleh sahaja kita menikmati rasa asli dari Muar hanya di Putra Heights.. Akak datang bersarapan di sini hanya dengan menaiki LRT dari stesen BK5, Kinrara sampai ke stesen terakhir Putra Heights. Berbaloi-baloi datang ke sini dengan makanan yang enak dan tidak perlu untuk akak memandu dan mencari tempat letak kereta... Paling penting tidak mudah untuk mencari kedai makan yang mempunyai pelbagai menu seawal pagi ... Restoran Muar Station ini dibuka seawal 7.00 pagi setiap hari... memang superb!!!
Kedai dari luar.... 
Langsung tak jauhkan stesen LRT Putra Heights dengan Restoran Muar Station.... 
 Sampai dah Muar kita....
Akan datang akak nak cuba lontong pulak.... 
  Belum ada rezeki jejak kaki ke Muar...
Namun terasa akak ada di sana menengok gambar di kedai ini...
 Menu pilihan akak kali pertama datang ke sini....
Soto dia memang sedap....
Kopi Muar dia juga sedap ....
Nak pedas kenalah tambah cili kicap baru terangkat!!!
Roti dan telur goyang
Paling akak suka minum kopi pakai cawan comel begini...
Ampun dah habis mi bandung baru teringat nak ambil gambar...
Kali kedua datang sefamili tapi lupa nak ambil gambar roti bom dan juga mihun sup....


Antara menu yang sempat akak ambil gambar....


Memang banyak tau.....

Alamat :-
1, Jalan Putra Mahkota 7/6c, Putra Heights, 
47650 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi :-
Setiap Hari : 7.00 pagi hingga 10.00 malam


Kalau kita berada di kawasan sekitar Putra Heights ini berbaloi untuk mencuba hidangan yang pelbagai di sini...dari menu yang akak pilih boleh dikatakan semuanya memenuhi citarasa... katanya kedai ini dibuka setiap hari... Jadi tidak perlulah kita ke Muar, di Putra Heights pun sudah boleh menikmati "citarasa asli dari Muar"

Comments

  1. bestnya kak, dkt ngn stesen lrt lak tu...
    pakkal lah jauh, klu dekat nk jugak dana mencuba nya

    ReplyDelete
  2. ish akak ni, mengundang tau. rasa nak pegi sekarang jugak ke muar aka putra height :D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. terima kasih tolong promote.. nanti boleh claim saya belanja roti kacang pool semangkuk.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts