Nuffnang saya

18 April, 2019

Kereta Sewa Murah Langkawi

TERBAIK untuk kereta sewa Langkawi.
Korang nak tau ker dengan siapa akak menyewa!!!
^
^
^
^
Sham Sibah
012-444 0109

Tugas akak untuk trip ini ialah sewa kereta. Kalau sebelum ini akak pernah berurusan dengan Hanafi yang juga kawan kepada Sham. Segala urusan adalah menerusi whatsapp sahaja. Kami bercuti hanya 3 orang, jadi kami memilih kereta Nissan Almera dengan harga untuk 48 jam adalah RM140 (sehari RM70). Kami diminta untuk memasukkan duit sebanyak RM50 untuk dijadikan deposit kunci. Paling istimewa kami diminta untuk bersetuju dengan syaratnya seperti duit deposit akan dipulangkan jika membatalkan 3 hari sebelum datang dan kami bertanggung jawab kepada setiap saman dan kemalangan yang berlaku. Dia juga meminta untuk ingatkan dia sekali lagi 24 jam sebelum  .

Alamak boleh akak lupa! akak sempat whatsapp untuk memberitahu dia 3 jam sebelum yang akak akan datang. Tidak menjadi masalah dan dia kata sudah sampai Langkawi bagitahu dia. Alhamdulillah selamat sampai di lapangan terbang dan pihak kereta sewa datang secepat mungkin. Rupanya selama ini akak berurusan dengan Nurul isteri kepada Sham kerana dia yang datang dengan kereta Honda City.

Istimewakan minta Almera dapat Honda City. Sepatutnya harga untuk Honda City RM160 berbanding Almera RM140 untuk 48 jam. Untunglah kami RM20 yang boleh digunakan untuk isi minyak. Terlupa pula sebelum dapat kereta pihak kereta sewa meminta dikirimkan gambar lesen memandu. Jadi kami rasa sangat selamat dengan mengambil perkhidmatan ini.

Akak ada cerita lucu semasa di tahan oleh polis trafik. Ikut sangat google maps dia bawak jalan dalam ke Idaman Suri dari pekan Kuah. Nampak polis membuat sekatan jalan dan dikatakan kereta sewa kami tidak berdaftar. Polis meminta pihak kereta sewa datang walaupun akak tunjukkan resit sewaan. Katanya murah sangat Honda City RM70 sehari. Syukur pihak kereta sewa datang secepat mungkin dan masalah kami selesai. Kami tidak bertanya banyak tapi kemungkinan masalah teknikal. 

Berbalik cerita kami selepas dapat kereta sewa, tempat pertama ditujui ialah Hafiz Rojak Pantai Kok. Berbekalkan google maps kami sampai ke destinasi dengan selamat.
Kami memilih Almera kerana kami bertiga pengguna Honda.
Konon nak merasa kereta jenama lain. 

Berbalik cerita kami selepas dapat kereta sewa, tempat pertama ditujui ialah Hafiz Rojak Pantai Kok. Berbekalkan google maps kami sampai ke destinasi dengan selamat. Syukur juga kedua-dua hotel yang kami pilih mempunyai tempat letak kereta yang selamat. Jangan lupa untuk membeli kupon letak kereta. Lupalah ambil gambar kupon. Tidak mahulah kereta itu disaman semasa tempoh penyewaan kami. 
Sumber :- https://terbaikdarihearov.blogspot.com/2014/03/visit-malaysia-langkawi-island.html

Ada cerita juga tentang kupon letak keretani. Di jeti Kuah, sepasang suami isteri orang putih bertanya tentang dimana kami dapat kupon. Malas betul nak bercerita panjang jadi bagi sahaja dia sikit. Mungkin pihak kereta sewa boleh menjual kupon kepada pelanggan sebelum menyerahkan kereta. 
Kami pulangkan kepada Nurul di lapangan terbang.
Dia pulangkan deposit RM50 kerana gembira berurusan dengan kami.
Akak cakap tahun 2014, Hanafi yang tolong uruskan kereta sewa.
Rupanya Hanafi adalah abang kepada Nurul. 
Rupanya Hanafi, Sham dan Nurul adalah sekeluarga.
Semoga bisnes korang akan terus maju. 

Terima kasih ayanamantravel untuk perkhidmatan cemerlang.
Gembira berurusan dengan kamu.

Kalau datang ke Langkawi boleh hubungi adik ini :-
^
^
^
Sham Sibah / Nurul
012-444 0109

1 ulasan:

  1. Hihi... betul jugak, nak rasa kereta lain dpd yg kita pakai, inilah peluangnya kan.
    Mesti viral Rojak Hafiz ni kan

    BalasPadam

Nuffnang oh Nuffnang