Tajuk artikel : Masalah datang, ustaz dicari!
Rujukan : Majalah Mingguan Wanita, Februari 2012
Akak tidak salin semua tapi akak tertarik dengan dua tiga bab dari artikel ini seperti BERI CONTOH BAIK kepada anak sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Merujuk kepda tindakan ibu bapa yang bertemu ustaz untuk mendoakan anak mereka, katanya setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka menjadi anak yang baik, insan yang berguna dan berjaya suatu hari kelak.
Namun kata Ustaz Shahrizan, segalanya harus bermula dari diri ibu bapa itu sendiri. Andai diri mereka sendiri tidak baik, bagaimana dapat memberi contoh teladan kepada anak-anak.
" Surah Al-Qaf ayat 1-15 ada mengatakan jika mahukan anak-anak menjadi anak yang baik, maka ibu bapa itu sendiri kena baik. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
" Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berjemaah dengan anak-anak. Berjemaah bukan sekadar solat bersama, sebaliknya dalam apa jua yang kita perlukan perlu bersama-sama baik bersolat, bersembang, makan dan sebagainya.
" Jika jarang menghabiskan masa anak maka lama-kelamaan ini mewujudkan jurang antara mereka. Ada sesetengah ibu bapa lebih suka berbual dengan rakan-rakan, manakala anak-anak pula melakukan aktiviti sendiri. Jadi, bagaimana hubungan baik dan erat dapat dipupuk andai situasi ini berlaku," ulas Ustaz Shahrizan lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.
PERINGATAN untuk diri sendiri ~ ingat untuk melihat dua orang beradik ini baik sebagai ibunya akak kena menjadi lebih baik.
Bab inipun baik juga DOA IBU BAPA LEBIH BAIK
"Tidak salah untuk berusaha mencari penawar untuk segala penyakit. TIdak salah juga berjumpa orang yang arif dalam hal agama dan sebagainya untuk meminta bantuan. Tetapi jangan keterlaluan hingga menampakkan seolah-olah kita sangat berharap kepada usahanya sahaja. Sebagai keluarga terutamanya ibu dan bapa, kita perlu berusaha lebih daripada orang lain. Ini kerana doa dari ibu dan ayah sangat mujarab untuk kesejahteraan anak-anak. Dan itu yang kami amalkan sejak dari dahulu.
Sentiasa melakukan solat hajat bersama-sama andai anak-anak menghadapi masalah peperiksaan yang penting dalam pelajaran mereka. Tidak terbatas kepada itu sahaja, tetapi tidak keterlaluan jika kami katakan, sebenarnya setiap masa dan selepas solat doa untuk kesejahteraan anak-anak tidak lupa dikirimkan," jelas Hajah Suratmi Saminon
" Zaman sekarang pelbagai jenis orang wujud. Mereka ini kadang kala cuba menangguk di air yang keruh. Cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kelemahan orang lain. Jadi apa yang dirisaukan ialah takut orang yang kita anggap alim dan ulama itu hanyalah memakai topeng untuk meraih keuntungan.
Andai ini berlaku pastinya apa yang kita cuba usahakan untuk kebaikan ia tidak akan berhasil. Jadi gunakan sedikit ilmu agama yang ada dalam diri sendiri untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT." katanya lagi.
DOA ATAU ZIKIR UNTUK AMALAN
♥ Surah Thoha ayat 1-5 untuk melembutkan hati anak-anak yang degil dan tidak mendengar cakap.
♥ Surah Al-Baqarah ayat 32 untuk anak-anak yang cerdik.
♥ Zikir al-Ma'thurat (elok dibaca selepas solat subuh dan asar)
Sedangkan kata-katapun doa inikan kalau kita berdoa sepenuh hatikan pasti Allah tunaikan. Peringatan untuk diri sendiri, jangan lupa untuk terus berdoa dan terus berdoa...