Perjalanan dari KLIA - DOHA (transit 2jam lebih) -ISTANBUL memakan masa lebih kurang 16 jam. Tapi berbaloi-baloi untuk travel bersama yang tersayang. Walaupun tidak kenal dengan ahli rombongan yang lain tapi perjalanan selama 10 hari ternyata membuatkan kenangan di Turki adalah sesuatu yang sangat indah. Kita mulakan perjalanan ke Bursa yer untuk hari yang pertama.
Kenapa melawat Bursa? Destinasi perlancongan Bursa istimewa kerana disinilah bermulanya sejarah Empayar Uthmaniyah. Disini adalah tempat khazanah warisan dan seni bina Empayar Uthmaniyah. Tapi sayang kami tidak berlama-lamaan di Kota Bursa. Terdapat satu lagi keistimewaan Bursa iaitu terletaknya gunung salji Uludağ. Ini aktiviti hari kedua kami... syiok weh!!
HARI PERTAMA :
Setibanya kami di lapangan terbang dan di sambut oleh pemandu pelancong dari Turki Mr Ahmet kami meneruskan perjalanan menaiki bas ke Turki. Makanan dibekalkan kepada kami untuk menjimatkan masa sebabnya Istanbul -Bursa akan memakan masa 2-3 jam. Kami nak mengejar waktu solat zohor/asar di Green Mosque, takut terlepas pulak nanti.
Sebelum ini dikhabarkan perjalanan dari Istanbul ke Bursa kena naik bas dan feri untuk menjimatkan masa tapi setelah jambatan siap dan ada lebuhraya perjalanan ke Bursa hanya menaiki bas. Kami sempat sampai ke Green Mosque dengan jayanya Alhamdulillah.
Masjid cantik dan rasa teruja sangat nak bersolat di situ. Kebanyakan masjid di Turki tempat berwuduk untuk wanita agak jauh dari masjid bukan macam di Malaysia ini. Kemungkinan desain lama yang solat berjemaah selalunya orang lelaki sahaja yang datang. Akak agakjer lupa lak nak tanya Mr Ahmet.
Singgah di RnR kita posing dulu.
Excited nampak kedai ditepi jalan sebelum sampai ke Green Mosque.
Eh! kita nampak baklava...
Sebelum masuk diberikan penerangan tentang sejarah masjid dan adab bersolat di situ.
Tempat ambil wuduk untuk lelaki hanya di depan masjid dan free.
Tetapi untuk wanita kena bayar dan agak jauh ke bawah.
Tiba-tiba akak nampak patung tarian dervish diluar pagar masjid
Nun jauh disana bilik air untuk berwuduk.
Dan bermulalah hari2 di Turki berwuduk dengan air yang sejuk gedi2.
Agaknya kedai yang akak nampak patung dervish tadi...
Nampak kena turun agak jauh dan luar dari pagar masjid.
Emak akak guna spray air untuk berwuduk sebab tiada laluan kerusi roda dan agak jauh.
Kami anak beranak bersolat di kawasan terpisah dari ruang utama masjid.
Yang lain agaknya masuk ke dalam, jadi tidaklah ada gambar ruang dalam masjid.
Namun siling masjid di luarpun tetap cantik dan tiba2 teringat Madinah
Azan maghrib dari Green mosque tapi ramai dari kami masih di Silk Market.
Emak akak di depan silk market tapi kami tak beli apapun di sini. Silk Market ini di sekitar Green Mosque sahaja.
Anak akak bersama opah Sipak. Syukur diaorang ikut jadi senanglah sikit nak tengokkan opah.
Makcikpun nak bergambar di perkarangan masjid.
Gelaran Green Mosque (Yesil Camii) kerana warna masjid yang berkonsepkan warna hijau turquoise. Masjid ini juga disebut sebagai Masjid Mehmet 1 berdasarkan nama yang membangunkan masjid ini. Masjid dibina pada tahun 1419 dan siap pada tahun 1421, merupakan masjid Uthmaniyah yang terbesar.
Diseberang masjid terdapat Green Tomb (makam hijau) merupakan pemakaman Sultan Mehmet 1 dan ahli keluarganya. Kami tak sempatpun nak pergi menjelajah.
Pada masa kami sampai di sini ada majlis sambutan Isra' dan Mikraj.
Jadi suasana agak sesak di sini rasa tidak selesa dengan wabakpun tidak selesai.
Namun bersyukur dapat juga merasai suasana sambutan di sini.
Mencuri pandangan terdapat air pancut di tengah-tengah masjid. Maaflah jauh sangat tapi boleh google kalau nak tengok.
Suasana diluar masjid, terdapat paip untuk tempat berwuduk lelaki.Ada juga orang menjual buah berangan di perkarangan Grand Mosque.
Grand Mosque (Ulu Camii) adalah masjid tertua di Kota Bursa dan dibina pada tahun 1399 sewaktu pemerintahan Uthmaniyah Sultan Bayezid. Ceritanya masjid ini ada terdapat 20 buah kubah kerana nazar Sultan Beyazid 1 yang ingin membina 20 Masjid sekiranya menang dalam perang Nicopolis menentang tentera salib. Namun setelah menang terdapat masalah kewangan kerana menanggung kos perang yang tinggi, hasratnya membina 20 buah masjid ditafsirkan dengan membina 20 buah kubah. Wallahualam.
Ok... cukuplah untuk hari pertama (act hari kedua sebab masa Malaysia dan Turki berbeza sebanyak 5 jam) moh kita balik ke Hotel. Makan malam di hotel terlebih dahulu yer sebelum check in (sepanjang trip ini makan malam dan sarapan adalah di hotel). Kebanyakan hotel dipilih Andalusia adalah sangat bagus dari segi bilik mahupun makanan.
Menu makanan sangat sesuai untuk pendiet sebab kurang masin dan kurang minyak.
Cuma kurang pedas memang tak 'kick' tapi kami dah siap bawak sos dan sambal.
Last but not least nak cerita pasal roda beg akak boleh pulak tercabut.
Memang menduga betul tapi nasiblah akak ada bawak beg lipat .
Jadi kami tinggalkan kamu wahai beg di Kota Bursa..
Selamat Tinggal, jodoh kita sampai di sini sahaja.
Comments
Post a Comment