Nuffnang saya

30 September, 2019

Roti Canai Pak Din Klebang Ipoh

Ini cerita balik Ipoh...
Untuk sarapan kami ke Roti Canai Pak Din...
Alah dekat dengan rumah adik...
Nama kedai roti canai tapi banyak lagi menu lain..
Meh kita bergambar..
TV lama kome..
Terus teringat kenangan dulu-dulu....
TV kami dulupun macamnilah...

Roti canai dia auw sedap..
Banyak weh dagingnya...
Nak juga cuba mi kari...
Tapi perut dah kenyang memang tak larat..
Dalam tak larat habis juga....

27 September, 2019

Beli coklat Beryl's di Seri Kembangan

Tahukah anda? Ada kilang coklat di Seri Kembangan!! ok tahu, untuk yang tidak tahu ini nak bagi tahu ada satu kilang coklat yang besar di sini. Akak tahu semasa dik Ya ikut rombongan Genius Aulad ke sini.

Masatu kedai coklat tidak sebesar sekarang tapi akak dah happy. Dan selepas itu kalau hari raya akak akan ke sini, malas nak beli kuih raya beli coklat rayajer. Kalau ada jualan murah lagi best tapi akak jarang pergi sebab malas nak join orang ramai-ramai.

Untuk yang tidak tahu ini alamat Kilang Coklat Beryl's
Address2, Jalan rayan 7/1, 
Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 
43300 Seri Kembangan, Selangor
Selamat datang ke kedai coklat yang besar ini.
Tempat ambil gambar kepada yang suka bergambar...

Luas dan selesa...

Pilihlah dari deretan coklat yang dipamerkan..
Hanya coklat Beryl's yang dijual..
Jangan cakap saya nak Daim atau Cadburry...
Memang nak kena jeling..

Ada pameran pasal koko..
Di bawah ini cerita akak pasal koko dan keluarga akak di fb..
Memang banyak kenangan kami dengan koko..
Boleh kata bapak akak menyara hidup kami dengan koko walaupun dia seorang guru....
Throw back dua minggu sudah... pergi ke Beryls chocolate... rupanya kedai coklat dia sudah semakin besar dan cantik. Semakin selesa tapi tak seronok sebab kami pergi waktu tiada jualan murah.
Aku nak bercerita yang aku dan koko sebenarnya sangat berkait rapat. Bapak aku seorang guru tapi dia juga mengusahakan kebun koko. Selepas habis mengajar dia pergi ke kebun dan kami adik beradik akan menolong dia di hari minggu. Kami juga menolong untuk proses menjadikan biji koko kering. Kalau koko basah bayarannya murah berbanding koko kering. Kalau hari hujan jenuh berlari nak kejar koko dan kain lagi...Ingat balik kenangan itu rasa rindu. Emak sediakan bekal dan makan beramai2 dikebun dengan angin sepoi2 ah!!! tak perlu lagi berkelah ditepi pantai... rindu arwah bapak tidak bertepi...
#kokodanaku#Alfatihahuntukapak
Ini kilang coklat dan kedainya di sebelahnya.
Nampak buah kokoni dah sampailah kita..
Mintak maaf kawan-kawan gambar dari google..
Masa menulisni coklatpun dah lebuh...
Jadi carilah kat google...
Keluarga akak suka yang putihtu....
Lagi satu dik Ya suka coklat yang perisa mint...
Kalau datang sini tak membelipun takper...
Sebab di sini kita boleh posing untuk update fb...
Dan di sini ada juga kedai minum sambil makan kek...

26 September, 2019

Klinik Kesihatan Puchong Batu 14

Hendak bercerita yang Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 sudah baru nampak lebih tersusun dan ceria. Gembira terus masa akak tengok klinik baru telahpun dibuka. Kalau dulu tempatnya sangat sempit tapi kini klinik lama menjadi klinik untuk ibu dan anak sahaja.

Letak di sini untuk kenangan. Untuk orang yang bukan ado-ado tentulah klinik atau hospital kerajaan menjadi pilihan. Bayar RM1 dapat ubat yang nilai harganya beratus-ratus beserta dengan nasihat dari doktor. Akak sakit apa? sakit orang bila umurnya meningkat, penyakit biasa2.
Masih ada papan tanda selamat datang.
Lebih selesa...
Lebih nyaman
Mesti ambil nombor giliran.
Tempat duduk lebih banyak..
Ini mesti dipatuhi...
Datang cepatpun dia suruh tunggu..
Sebelum ambil nombor giliran kena disaring terlebih dahulu...
Tempat letak keretapun lebih banyak dari dahulu..

Sekian , hebahan untuk rakyat Puchong. 

25 September, 2019

Meronda bila balik kampung

Hanya untuk kenangan.
Simpan di sini...

PADANG TENGGALA

 Rumah warna warni
Ini rumah sebelahnya... 
Klasik dan unik...
Gambar kenangan tahun 2012 ada kelainan dari segi warna..
Masjid di depan rumah yang unik itu..

PARIT
 Pekan Parit
 Akupun tidak tahu motif gambartu..
Ada cerita pasal pekan Parit di sini ;- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2016/12/from-parit-with-love.html

24 September, 2019

Review Perhentian Island Resort

Ini bukan lah review sebenar untuk hotel sebab akak bizi dengan pelbagai aktiviti team building. Ini sekadar pandangan peribadi hanya kerana pernah menginap di sini. Yang penting akak datang kesini ditanggung sepenuhnya oleh Persatuan Remisier Bumiputra (PRIBUMI) jadi tentulah akak suka sangat.

Macamana nak pergi ke Pulau Perhentian? Untuk akakni naik bas rombongan tidak menjadi masalah langsung. Ada juga kawan yang naik kapal terbang dan mereka turun di Kota Bharu. Nasihat orang ramai jangan turun di Kuala Trengganu kerana lebih jauh walaupun Perhentian ini terletak dalam negeri Trengganu. Jeti untuk ke Pulau Perhentian terletak di Kuala Besut. Boleh baca tips yang baik dari entri ini :- https://www.yoy.my/ . Best juga. 

Kata orang lagi kalau hendak yang happening pergilah ke Perhentian Kecil dan Perhentian Island Resort ini berada di Perhentian Besar. Untuk pencinta alam macam akak memang sesuailah tempatni. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini jangan risau..
Inilah lobi dan tempat makan kami..
Syukur kerana bukan sahaja tempat tinggal selesa diberikan..
Malah makan pagi, tengahari dan malampun dapat percuma.
Terima kasih PRIBUMI.
Akak ambil gambar dari bilik akak. 
Bestkan buka pintu nampak laut.


Tempat makan

Paling best ialah kami dapat sarapan, makan tengahari dan makan malam secara berpakej. Syukur Alhamdulillah makanan yang disediakan oleh pihak resort juga sangat memuaskan hati. Boleh kata tiada nak komplen banyak sangat. Cuma mungkin resort ini banyak menerima kunjungan orang luar maka kita tidak rasa sangat hidangan tradisional Pantai Timur.

Mintak maaf tidak banyak gambar di tempat makan sebab sibuk membina silaturrahim.. Jadilah gambar ini untuk kenangan..







Apa lagi yer!!

 Boleh berkayak 
Jom naik teksi air... botlertu..
Jom tengok harganya.. 


Di bawah hanya sekadar gambar pemandangan sekitar Perhentian Island Resort.




Bukanlah tempat yang cantik atau selesa itu membawa bahagia tapi hati kita. Kalau kita menerima segalanya dengan hati ikhlas tentulah semuanyapun indah belaka. Untuk Perhentian Island Resort ini untuk akak semuanya pun best. Yang penting banyak kenangan yang tercipta di sana... 

Nuffnang oh Nuffnang