Nuffnang saya

16 September, 2019

Team Building Perhentian ~ Aktiviti Bebas

Mai tengok apa kami buat masa tiada aktiviti yang diatur. Kalau sudah di pulau tentulah main air laut walaupun resort ini ada kolam renang. Selepas makan durian ada juga yang join perlawanan bola tampar antara PRIBUMI dan staf resort.
Akak memang nak berendam ....
Ya Allah air dia best sangat... 
Tidak terlalu sejuk, ombak tidak terlalu kuat dan pasirnya halus dan dan ada banyak ikan...
Susah nak gambarkan dengan kata-kata...
Mesti datang sini kalau ada kesempatan...
2 petang di Perhentian memang inilah aktiviti akak.
Selagi tidak gelap akak berendamlah di situ....
Sebelum balik sempat juga bergambar di sini...
Ada yang bermain bola tampar pantai...

Ramai yang ambil gambar sunset... 
Akak tidak sempat join sebab sibuk berendam...
Dapat menikmatinya tapi tiada di lensa kamera akak...



Seronok kome yer posing macam-macam....

Ya Allah.... kala menulis ini aku semakin rindu untuk ke sana lagi... Semoga ada kesempatan untuk datang sekeluarga pula disini.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang oh Nuffnang