Nuffnang saya

24 Februari, 2020

Pasar Kim Yong Beli Kacang

Kalau berada di Hatyai dan nak beli buah tangan untuk kawan-kawan jom datang ke Pasar Kim Yong... Tujuan utama kami datang ke sini ialah nak membeli seaneka kacang dan mencari mangga kering... Memang banyak kedai tapi jalan agak sempit dan tak tahu kedai mana yang paling murah... Mungkin kami pergi hari biasa tidak ramai orang di kawasan ini, jadi agak selesa berbanding kalau di hari minggu..Jadi kalau dah tak ramai orang, penjual punyalah ramah tamah mempelawa kami singgah ke kedai.

Jom tengok gambar... betapa seronoknya tengok kacang yang kalau kat Malaysia mampu lihatjer, kalau di sana bolehlah juga membeli.. Puas makan untuk diri sendiri dan puas jugalah memberi kepada orang..
Salah satu kedai yang kami singgah membeli...
Seronok tak tengok kacang yang banyaktu...
Di bahagian luar banyak menjual buah-buahan yang segar bugar...
Memang akak suka sangat..
Lorong yang sangat kecil..
Kalau korang diva elaklah masuk ke sini.. 
Terhibur hati tengok kacang-kacang ini..
Sedang menulis ini teringat-ingat pulak nak ke sana lagi...
Tentulah dengan keluarga pulak...
Masa pergi dulu anak akak kecil lagi....
Barangan sotong kering dan yang macam di Pangkorpun banyak di sini.
Kacang gajus juga ada pelbagai jenis...
Hat yang mahal memang lebih sedap dari yang murah..
Buahan kering juga ada di sini....
Macam-macam coklat juga ada di sini...
Sardin cap ayam pun banyak kedai jual..
Ramai juga mencari pes tomyam di sini....
Yang suka di sini sudah pastilah kaum ibu....

Kami bersarapan di Restoran Salma.... kami berjalan kaki sahaja ke sini... ikut sahaja arahan waze ... sudah ada teknologi ralatlah kalau tak gunakan... sebab dah berat tangan kami berjalan balik menuju hotel sebelum keluar balik untuk makan tengahari di Kai Tod Decha yang wallah sedapnya teringat-ingat....

23 Februari, 2020

Khlonghae Seafood Buffet Halal Hatyai

Khlonghae Seafood Hatyai adalah sambungan cerita makan di Chaburi Dimsum ... Kedai yang menjadi pilihan kami dek terlalu mengkaji dalam blog kawan-kawan. Selesai di Chaburi Dimsum kami balik ke hotel dan berjalan sekitar hotel. Singgah cuci mata ke pelbagai kedai yang ada di situ. Berehat di hotel terlebih dahulu sebelum merencana untuk ke kawasan Khlonghae. Tempat pertama yang kami jejaki ialah Songkhla Central Mosque untuk merasai sembahyang di situ. Selesai solat berehat dahulu kerana kedai Khlonghae Seefood ini hanya dibuka pada pukul 3.00 petang..

Kami adalah kumpulan pertama yang sampai ke sini. Masatu kedaipun belum buka lagi dan ada lagi sebiji kereta masuk. Buka sahaja kedai kami serbu... Ya Allah memang best sangat.. Kalau akak pergi lagi dengan suami dan anak-anak memang tempat ini yang paling akak nak datang lagi... Akak memang suka sangat dengan seafood jadi tempat ini seperti impian menjadi kenyataan. Korang harus singgah sini.. Dengan harga yang pada akak berbaloi makanlah puas-puas..Kalau kita pergi stimbot di Malaysia tak dapat nak merasa seperti ini... 
Percayalah kami yang pertama sampai sini...
Siap boleh posing baik punya...
Kami bergerak di Hatyai menggunakan grab...
Memang tiada masalah...
Yang ini untuk yang suka gril...
Lupa nak ambil yang untuk stim...
Boleh pilih mana suka yer...
Kuah untuk stim tentulah kuah tomyam...
Syiok ooo kosong lagi..
Di sini rasany ada bubur dan segala rojak..
Ada makanan bergoreng juga..
Ada nasi goreng, mi goreng maggi goreng....
Ah bestlah. 
Segar belaka...

Manisan yang pelbagai...
Ada orang Siam tolong akak buat bendani...
Dia tengok akak macam peghak sangat kot...
Ini pilihan di luar pulak...
Kiranya banyak betul pilihan... 
Segar you all... baruler selera...
Memang tak kedekut...
Air minuman yang ada...
Lupa nak habaq ada 3 jenis sos yang diberikan ....
Pilihlah antara sos cil, sos cili flakes ala Thai dan sos cili api bawang putih perah limau..
Sudut ikan bakar...
Sebab kenyang ambil satujer....
Kau rasa.... satay pun ada tau....
Yang ini akakpun tak cuba....

Pilihlah selagi larat nak pilih....
Pinggan yang banyak tersusun rapi di sini.... 
Inilah harga yang dibayar untuk makan di sini...
Berbaloi sangat untuk kaki makan macam akak...
Rasa puas tu susah hendak digambarkan...

Datang awal macam kami, sebab bila kami selesai makan ku lihat meja dah hampir penuh dengan manusia. Selesai makan di sini kami akan ke pasar terapung yang terkenal itu.. Memang tujuan datang ke sini dahulu adalah sebab di sini buffet jadi kita kenalah makan sehabis maksima. Kalau dah pergi ke pasar terapung tentulah kita dah makan sikit-sikit nanti  perut dah kenyang...

69/72 Lopburi Ramesuan Frontage Rd, 
Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

22 Februari, 2020

Dimsum Chabura Kedai Makan Halal Hatyai

Sambung cerita naik ets ke Hatyai... seawal pagi kami sudah sampai ke Hotel... ada cerita pasal https://ikhlas-atilia.blogspot.com/2020/01/grand-pink-park-hotel-hatyai.html , highly recommended Hotel Grand Pink yang sangat strategik dan keadaan hotel yang baru.. Puas hati sangat dengan hotel ini. Selesai mandi dan berehat sebentar kami mencari sarapan plus makan tengahari di Dimsum Chabura yang terletak agak jauh dari pusat bandar...

Apa ada kisah grab sekarangkan dah ada... Ok kami di Hatyai tidak mengambil pakej berjalan dengan tut tut atau teksi.. Tujuan datang ke Hatyai adalah 'food hunting' dan jalan-jalan hilangkan rasa stress bekerja... akakpun sudah beberapa kali datang ke Hatyai jadi tidak dikisahkan sangat untuk melawat tempat menarik sekitar Hatyai... Lagipun kalau pergi dengan adik-adik akakni memang tujuan nak berehat sahaja... 

Meh kita tengok best sangatker Dimsum Chabura seperti yang ramai perkatakan.... 
Selamat datang kawan-kawan....
Moh kita masuk ke dalam....
Dua orang adik akak sedang memilih, akak memang sibuk ambil gambar...
Punyalah seronok tengok makanan ini...
Rasa puas hati dapat ambil gambar makanan comel sebegini....
Pelbagai pilihan untuk dicuba..
Rambang mata weh rasa nak ambil semuanya..
Harga untuk dibayar yer tuan puan...
Kalau RM semewah waktu dahulu agak murah....
Tapi kini Bath lebih kuat dari RM macam mahal jugalah..
Mengkham... akak seorang sahaja suka jadi tak ambil..
Yang ada di setiap meja....
Terdapat menu lain untuk dicuba...
Masa di Hatyai pagi petang siang malam akak bersahabat dengan air manis.
Terlupa langsung soal diet, air manis dan semua makanan berat-berat......
Makan... makan.. makan.... 
Kalau rasa makan dimsum tidak cukup untuk perut bolehlah pesan makanan lain...
Kami pilih mi celup kot..
Entahlah dah tak ingat akak...
Tapi pada tekak kami kurang sedap sangat...
Pilihan kami..
Macam sikit tapi banyak juga untuk kami bertiga... 
Pulut mangga jangan dilupakan....
Dimsum Chabura adalah kedai makan halal di Hatyai....
Tiga pilihan sos untuk di pilih...
Entahlah akak pilih semuanya.... 
Selesai sudah makan di Dimsum Chabura...
Syukur Alhamdulillah, merasa juga akak sampai ke sini..
Kedai ini luas dan selesa..
Kami pergi tidak ramai sangat orang mungkin awal pagi lagi..
Rupanya kedai ini ada dua tempat  makan sebab ramai sangat yang datang....
Datang awal untuk dapat suasana makan dengan tenang seperti kami ..
Kedai Siam suka sangat dengan hiasan payung
Teringat kat kedai makan De Chieng Mai Sungai Buloh....
Ku lihat segerombolan anak muda dari Malaysia datang dengan motorsikal..
Kiranya tempat makan ini yang datang makan adalah orang dari Malaysia...


Misi tercapai : Makan di Dimsum Chabura
Next mission : Khlonghae Seafood

21 Februari, 2020

Pengalaman Naik Keretapi ETS Bercuti ke Hatyai

Cerita trip Hatyai akak yang sekian lamanya tidak dapat di siapkan di sini... Malas dan rasanya orang sekarangpun tidak ramai yang suka membaca blog.. Tapi kadang-kadang blog ini adalah tempat akak belek-belek kenangan.... so buat keputusan teruskanlah menulis kalau bukan untuk orang tapi untuk kenangan diri sendiri... Cerita bulan September kawan-kawan, redha yer..

Nak kemana kitanI??? cuti sekolah nak dekat kome! selain balik kampung bolehlah merancang bercuti menggunakan ets... kalau naik kereta nanti ada masalah jem.... naik bas pulak masalah nak lepaskan hajat payah betul... naik kapal tebang pulak tiket mahal kome....
Jadi untuk yang nak melamcong kearah utara bolehlah kita gunakan perkhidmatan ets.. tempahan tiketpun boleh online sahaja.. haritu aku naik ets ke Padang Besar untuk ke Hatyai... mudah dari naik kereta kerana tak perlu penat memandu, dan tidak perlu cari tempat letak kereta di Bukit Kayu Hitam.. yang penting kemudahan dalam ets memang berbaloi dengan harga dibayar...

Sebelum ini pernah naik keretapi tapi kurang selesa dengan tandas sebab pergerakan keretapi seolah melompat2 (tak tau nak terangkan),, naik ets damaijer ...nak bergerak atas ets pun mudah jadi dua tiga kali juga aku ke kantin.. kemudahan kantin amat membantu kalau kebetulan perut lupa untuk diisi. Rasa masakan macam biasa semua dipanaskan...
Ada surau juga diaediakan .. walaupun surau berkongsi jangan risau boleh dikunvi dari dalam .. ada tempat ambil air sembahyang, telekung dan kompas dusediakan... ha.. untuk yang bateri handphone dah nyawa ikan ada plug diaediakan di bawah bangku..
Banyak lagi kemudahan tapi aju senarai yang paling menonjol untuk aku.. Pemandangan pulak jangan ceritalah memang best... sawah padi, tasik dan gunung ganang .... banyak kalau nak cerita jadi yang penting korang kena cuba naik ets... untuk yang solo mana tahu boleh jumpa cinta hati .. mana tahukan jodoh adalah perancangan dari Dia....
HKH
Naik LRT untuk ke KL Sentral..
Punyalah sengal pergi naik lrt dari bk5 Kinrara ke Putra Height dan bersambung ke KL Sentral...
Lama weh! sebab tak nak tukar lrt di masjed jamek punya pasal ambik kau...
Patut sejam dah boleh sampai ni makan masa 1 jam 20 minit kot....
Orang dah ramai sampai ok...
Pastikan kita sampai ikut masa ditetapkan...
ETS memang sangat menepati masa.....

KEMUDAHAN 
Toilet yang bersih dan agak selesa....
Ada kantin untuk beli minum dan makan..
Menu bukanlah banyak sangat , tapi bolehlah....
Tempatni sentiasa ramai orang..
Kiranya laku keras juga jualannya....
Tempat makannya tidaklah terlalu selesa...
Bolehjer bawak makanan ke tempat duduk sebab ada meja...
Pilihan makanan akak nasi lemak...
Surau untuk kemudahan orang Islam bersembahyang...
Jangan risau ada tempat ambil sembahyang di dalam surau...
Jadi tidak payahler risau pasal aurat...
Namun surau ini berkongsi yer lelaki dan perempuan..
Dah masuk surau kena kunci yer....
Ada juga kemudahan telekung kepada yang terlupa nak bawak....
 Kompas untuk tentukan arah kiblat...
Tak reti pakai kalu gunalah apps di handphone...
Tak reti juga tanyalah pegawai bertugas....
Ada kemudahan soket di bawah kerusi...
Ya Allah bestnyer naik ets ni kome..
Ada juga tv tapi tak tengokpun.. 
Akak dapat kerusi yang membelakangkan destinasi...
Orang kata pening tapi pada akak okjer.. 
Selamat sampai ke Stesen Keretapi Padang Besar...
Sampai pagi dah boleh bersarapan di sini kalau lapar...
Akak memang target nak makan di Hatyai...
Di sini juga tempat kita mencari van untuk ke Hatyai...
Ada orang yang menunggu bertanyakan pasal van....
Jadi bagi tahu sahaja hotel mana dan berapa orang....
Suasana pagi di sini.... 
Surau ada di bahagian belakang kedai...
Jangan risau tak besar manapun stesen keretapi ini..
Itulah lebih kurang rate van ke Hatyai...
Antara jualan yang ada di sini...
Menunggu van yang akan di panggil mengikut hotel...
Selepas keluar dari imegresen Thailand..
Ada tandas di depantu lupa nak snap..
Masa akak pergi ada orang jual sim kad Thai..
Suasana pagi di pekan yang hampir dengan Padang Besar....

Kami yang kedekut berjalan kaki dari tempat diturunkan van ke imigresen....
Pemandangan dari imigresen ke Stesen Keretapi...
Jauh juga berjalan...
Selamat tinggal Thailand...
Kami dah nak balik ke KL dah...
 Yer jauh juga jejantas menghubungkan stesen keretapi dengan tempat imigresen...
Menunggu ets nak balik KL...

PEMANDANGAN SEPANJANG JALAN KENANGAN




Sekian cerita naik ETS akak dari KL ke Padang Besar.... Akak tidak memilih naik keretapi untuk sambung perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai... Sebab masa perjalanan keretapi dari Padang Besartu macam lambat sangat nak tunggu.. Tapi kalau plan elok-elok bolehlah pergi untuk lain kali...


Nuffnang oh Nuffnang