Pengalaman Naik Keretapi ETS Bercuti ke Hatyai

Cerita trip Hatyai akak yang sekian lamanya tidak dapat di siapkan di sini... Malas dan rasanya orang sekarangpun tidak ramai yang suka membaca blog.. Tapi kadang-kadang blog ini adalah tempat akak belek-belek kenangan.... so buat keputusan teruskanlah menulis kalau bukan untuk orang tapi untuk kenangan diri sendiri... Cerita bulan September kawan-kawan, redha yer..

Nak kemana kitanI??? cuti sekolah nak dekat kome! selain balik kampung bolehlah merancang bercuti menggunakan ets... kalau naik kereta nanti ada masalah jem.... naik bas pulak masalah nak lepaskan hajat payah betul... naik kapal tebang pulak tiket mahal kome....
Jadi untuk yang nak melamcong kearah utara bolehlah kita gunakan perkhidmatan ets.. tempahan tiketpun boleh online sahaja.. haritu aku naik ets ke Padang Besar untuk ke Hatyai... mudah dari naik kereta kerana tak perlu penat memandu, dan tidak perlu cari tempat letak kereta di Bukit Kayu Hitam.. yang penting kemudahan dalam ets memang berbaloi dengan harga dibayar...

Sebelum ini pernah naik keretapi tapi kurang selesa dengan tandas sebab pergerakan keretapi seolah melompat2 (tak tau nak terangkan),, naik ets damaijer ...nak bergerak atas ets pun mudah jadi dua tiga kali juga aku ke kantin.. kemudahan kantin amat membantu kalau kebetulan perut lupa untuk diisi. Rasa masakan macam biasa semua dipanaskan...
Ada surau juga diaediakan .. walaupun surau berkongsi jangan risau boleh dikunvi dari dalam .. ada tempat ambil air sembahyang, telekung dan kompas dusediakan... ha.. untuk yang bateri handphone dah nyawa ikan ada plug diaediakan di bawah bangku..
Banyak lagi kemudahan tapi aju senarai yang paling menonjol untuk aku.. Pemandangan pulak jangan ceritalah memang best... sawah padi, tasik dan gunung ganang .... banyak kalau nak cerita jadi yang penting korang kena cuba naik ets... untuk yang solo mana tahu boleh jumpa cinta hati .. mana tahukan jodoh adalah perancangan dari Dia....
HKH
Naik LRT untuk ke KL Sentral..
Punyalah sengal pergi naik lrt dari bk5 Kinrara ke Putra Height dan bersambung ke KL Sentral...
Lama weh! sebab tak nak tukar lrt di masjed jamek punya pasal ambik kau...
Patut sejam dah boleh sampai ni makan masa 1 jam 20 minit kot....
Orang dah ramai sampai ok...
Pastikan kita sampai ikut masa ditetapkan...
ETS memang sangat menepati masa.....

KEMUDAHAN 
Toilet yang bersih dan agak selesa....
Ada kantin untuk beli minum dan makan..
Menu bukanlah banyak sangat , tapi bolehlah....
Tempatni sentiasa ramai orang..
Kiranya laku keras juga jualannya....
Tempat makannya tidaklah terlalu selesa...
Bolehjer bawak makanan ke tempat duduk sebab ada meja...
Pilihan makanan akak nasi lemak...
Surau untuk kemudahan orang Islam bersembahyang...
Jangan risau ada tempat ambil sembahyang di dalam surau...
Jadi tidak payahler risau pasal aurat...
Namun surau ini berkongsi yer lelaki dan perempuan..
Dah masuk surau kena kunci yer....
Ada juga kemudahan telekung kepada yang terlupa nak bawak....
 Kompas untuk tentukan arah kiblat...
Tak reti pakai kalu gunalah apps di handphone...
Tak reti juga tanyalah pegawai bertugas....
Ada kemudahan soket di bawah kerusi...
Ya Allah bestnyer naik ets ni kome..
Ada juga tv tapi tak tengokpun.. 
Akak dapat kerusi yang membelakangkan destinasi...
Orang kata pening tapi pada akak okjer.. 
Selamat sampai ke Stesen Keretapi Padang Besar...
Sampai pagi dah boleh bersarapan di sini kalau lapar...
Akak memang target nak makan di Hatyai...
Di sini juga tempat kita mencari van untuk ke Hatyai...
Ada orang yang menunggu bertanyakan pasal van....
Jadi bagi tahu sahaja hotel mana dan berapa orang....
Suasana pagi di sini.... 
Surau ada di bahagian belakang kedai...
Jangan risau tak besar manapun stesen keretapi ini..
Itulah lebih kurang rate van ke Hatyai...
Antara jualan yang ada di sini...
Menunggu van yang akan di panggil mengikut hotel...
Selepas keluar dari imegresen Thailand..
Ada tandas di depantu lupa nak snap..
Masa akak pergi ada orang jual sim kad Thai..
Suasana pagi di pekan yang hampir dengan Padang Besar....

Kami yang kedekut berjalan kaki dari tempat diturunkan van ke imigresen....
Pemandangan dari imigresen ke Stesen Keretapi...
Jauh juga berjalan...
Selamat tinggal Thailand...
Kami dah nak balik ke KL dah...
 Yer jauh juga jejantas menghubungkan stesen keretapi dengan tempat imigresen...
Menunggu ets nak balik KL...

PEMANDANGAN SEPANJANG JALAN KENANGAN




Sekian cerita naik ETS akak dari KL ke Padang Besar.... Akak tidak memilih naik keretapi untuk sambung perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai... Sebab masa perjalanan keretapi dari Padang Besartu macam lambat sangat nak tunggu.. Tapi kalau plan elok-elok bolehlah pergi untuk lain kali...


Comments

  1. macam menarik je. boleh try nanti

    ReplyDelete
  2. Menariknya..
    Boleh cuba juga nanti travel waktu cuti sekolah..
    Tunggu si Aqil habis UPSR boleh reward bawak bercuti..
    Ibu Aqil datang ziarah kawan-kawan lama.. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts