Nuffnang saya

Thursday, September 28, 2017

Gambar Hari Raya Aidil Adha

Ingat nak sambung cerita team building Redang tapi rasanya biarlah cerita yang lebih lama di kemaskinikan dulu... Kenangan bersama keluarga yang menjadi memori terindah bila anak-anak dewasa nanti... Kisahnya hari raya aidiladha yang lepas emak akak datang ke Shah Alam rumah adik akak... Jadinya adik yang duduk di Perak ikut sama dan kami yang di lembah Klang tidak perlu ikut sama jem untuk balik beraya.. yeeha...

Cuti pula bersambungkan maka semakin seronoklah kita bersuka riakan.. Walau ada cerita sedih yang buat akak mengalirkan air mata namun berkumpul bersama keluarga dapat menghilangkan rasa pilu itu... jom... jom... kita tengok gambar... 
Bilangan ahli keluarga tidak mencukupi.. 
Seorang adik akak berhari raya di kampung isterinya...
Anak perempuan Zakaria Ansari bersama bonda tercinta...
Hanya cucu, 3 orang tiada.... 
Cucu bersama opah...
3 anak teruna adik akak... 

Susah sangat kalau suruh bergambarkan... 
Tengok orang melaksanakan ibadah korban.... 
Jom berhari raya
Orang Ipoh dah naik MRT kitajer yang belum....

Rindu rasanya nak balik kampung.. Sudah sekian lama rasanya akak tidak balik. Minggu depan Atikah akan menjalani peperiksaan UPKK (sekolah agama).. Selepastu sibuk periksa hujung tahun kedua-dua sekolah... Jadi kalau diizinkan Allah, kalau nak balik kampung selepas semua anak-anak habis peperiksaan... ameen... ameen.. 

Wednesday, September 27, 2017

Gambar makanan kiriman dari whatsapp

Seperti yang akak katakan akak suka gambar makanan... Gambar dibawah kiriman whatsapp jiran akak di kampung. Biasalah mak akak tidak pandai nak berwhatsapp jadi jiran akak menjadi perantara kami untuk gambar kenangan...
Ini nasi legundi kegemaran orang Perak...
Elok untuk kesihatan...
Gambar ini pernah menceriakan FACEBOOK CHOZILA
Boleh klik, ramai yang memberikan komen... 
Ni best akak suka pulut durian...
Kalau pulut mangga akak kurang sikit...
Kalau pulut durian memang bertambah-tambah makannya...
Lupakan kalori, lupakan diet...
Pulut jagung ... 
Hidangan ini bukanlah emak akak makan sorang...
Tapi ajak jiran-jiran makan bersama...
Maalumlah semua jiranpun tinggal seorang....
Makan bersama tentulah lebih berselera....

Tuesday, September 26, 2017

Pengenalan Team Building Redang 2017

Seronok sungguh rasanya dapat bersama kawan-kawan selama 3 hari. Kenangan yang indah untuk dikenang tidak dapat dijual dengan wang ringgit. Tengok dulu gambar indah di Pulau Redang lebih tepat lagi di Redang Mutiara Beach Resort. Alahai seronoknya bangun pagi boleh dengar bunyi ombak, angin sepoi-sepoi bahasa.... 
Tidak dapat bawak balik penyu, keychain penyupun jadilah...
 Pemandangan yang disajikan dari jeti...
 Alangkah indahnya ciptaan Illahi
 Suasana pagi yang amat mendamaikan...
 Pasir yang sangat halus....
 Boleh lihat hidupan laut...
Gembira bersama kawan-kawan 

Sebenarnya ini kali kedua team building diadakan disini... namun rasa teruja tetap sama seperti pertama kali datang ke sini... oklah, annti akan menyusul cerita kegembiraan sambil menimba ilmu bersama rakan-rakan PRIBUMI( Persatuan Remisier Bumiputera).. 

Thursday, September 21, 2017

Mi Tarik Warisan Asli Petaling Jaya SS2

Dah cerita pasal mi celup kita beralih pulak ke mi tarik yang terkenal ini.. Mi Tarik Warisan yang merupakan restoran cina muslim yang terkenal di Malaysia.. Kenapa mi tarik? nanti boleh tau juga yer.. .jadi teruskan membaca... 

Oleh kerana teringin sangat nak makan pergilah akak makan tengahari bersendirian ke restoran Mi tarik Warisan Asli. Adik-adik di pejabatni tidak berapa gemar masakan cina .. yeler kurang pedasnya kot... tapi akak okjer janji mi dan berkuah okjer letaklah cili lebih sikit...
Inilah hidangan tengahari akak.. 
Akak suka teh herbatu... sedap ooo...
Pilihan mi akaktupun sedap juga....
Akak cakap pada dia nak masakan yang pedas...
Dia bagilah akak mi yang berkuahtu pada akak...
Ini bukan di SS2, Pj yang ini di KL Sentral..
Tidak sempat nak buat entri pasal mi tarikpun masatu..
OK nampak tak pekerja lelaki itu dia sedang buat mi...
Memang nampaklah dia tarik mi tersebut...
Gambar dari meetarik.com.. 
Macam itulah rupanya mi tarik di hasilkan... 
Akakpun tidak pasti hidangan yang sama ataupun tidak...
Tapi yangni pun akak suka....
Paling penting akak kalau makan mi yang berkuah suka sangat kalau guna sudu sup yang macam di atas.. 
Barulah rasa nikmatnya...


Wednesday, September 20, 2017

Inilah Kuala Lumpur

Ini gambar masa akak jalan-jalan di Kuala Lumpur.. ha.ha.. tapi bukanlah seluruh KLpun... Sebenarnya akak pergi ke Bursa Malaysia untuk menambah sedikit ilmu... Jadi paling mudah naik LRT dari Bandar Kinrara dan dapatlah menikmati keindahan KL macam pelancong asing... kuang.. kuang. Memang lain tau kalau kita naik kereta berbanding kita jalan kaki... rasa melancong sangat... 
Ada lukisan sebegini comel menceriakan bandaraya ini...
Ada juga kartun sebegini rupanya.... 
Lain kali kita singgah Muzium Telekom yer... 
Ada telefon gergasi di Muzium Telekom....
Teringat telefon sebegini masa akak kecik-kecik dulu...
Kena dail nombor dan pusing... 
Isyh payah sungguh....
Hello is't me you looking for..
Memang orang kayajer yang ada telipon...
Dulu kami berlari kerumah jiran kalau ada panggilan dari tok saudara di Kuala Lumpur...
Antara 'wish list' akak nak naik KL HIP ON HOP OFF...
Ini sessi mencari ilmu...
Bursa Malaysia Bukit Kewangan...
Bangunan Bursa Malaysia memang cantik... 

Monday, September 18, 2017

Mi Celup Siam

Ini cerita makan lagi... kan akak dah cakap akak suka makan.... tara... kali ini kita pergi ke Golok Siam... ha..ha.. tak payah dah Bandar Kinrarani ada dua kedai menyediakan Mi Celup... Akak memang suka mi yang kuahnya sup...

Apa bezanya Mi Celup dengan Mi Sup? Mi Sup sendiri mempunyai versi yang bermacam-macam.. Kalau ikut tekak orang melayu tentulah supnya berempah sedikit dan ikut tekak orang cina mi supnya jernihjer untuk pedas tambahkan cili padi potong.... Kiranya mi celup ini juga adalah mi sup juga. Pendapat akaklah.. Cuma paling ketara pada akak ialah mi celup ini ialah disediakan pelbagai jenis cili untuk menambah perisa.. Yummy... Yummy...
Nampak bekas birutu ada 4 jenis cili untuk ditambahkan ke dalam mi celup...
Mudah membangkitkan selera makan sebegini...

RESIPI MI CELUP SIAM

Bahan-Bahan:
Mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk cincang
Ikan bilis goreng - sy x letak
Sayur kangkung - di celur
Kacang tanah goreng - di tumbuk
Tauge
Sambal cili/Cili Jeruk/Limau nipis
Bawang putih digoreng
Bahan Sup:
Daging - rebus dulu dan potong nipis2
Perut
Paru
Bebola Daging
Rempah sup - sy guna rempah sup serbuk
Cara: Terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Kuah Sup tu mcm biasa tumis bhnnya seperti biasa ye...
Cara-cara menyediakan mee celup:
1) Ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup.
2) Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.
Cadangan Hidangan: Dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali..
Resipi dari facebook

Tiba-tiba hati ini teringatkan mi sup Mat Jasak di Ipoh pula... alahai awatnya teringat-ingat...
Gambar dari pencarian google....
Semasa akak tinggal di Ipoh dahulu selalu singgah ke kedai Daud Mat Jasak di Jalan Datuk Onn Jaafar yang berhampiran Super Kinta. Kiranya semuanya akak suka dari mi kari, mi sup dan mi kicap... Pujaan hatiku... cara disediakan agak berbeza kerana kita boleh memilih seaneka fish ball, fish cake, tauhu (macam nak makan yong tau fu) makan bersama mi pilihan hati kita... alahai bestnya... 


Saturday, September 16, 2017

Coliseum Cafe & Grill Room Sunway Pyramid

Ini cerita lama kami semasa berkunjung ke Sunway Pyramid.. alahai macam jauhjer padahal Sunway Pyramidtu dekat bebeno dengan rumah tapi nak perginya punyalah susah.. entah-entah orang luar lagi selalu singgah sinikan.. Pergipun bertujuan nak membeli hadiah untuk kedua puteri kami... Ingat dah sampai ke Sunway Pyramidni naklah singgah makan di restoran Hello Kity, selalu nKeampakjer tapi tidak pernah singgah.. Tujuan utama hendak bergambar maalumler girlkan sesuailah Hello Kity walaupun hakikatnya anak-anak akak bukan pengemar Hello Kity malah pembenci warna pink... 

Rupanya Restoran Hello Kitty sudahpun ditutup secara rasmi. Kah... kah.. kah.. mencari bagai nak rak kot-kot ada pintu lain rupanya memang baru sangat tutup sebelum kedatangan kami. Tiada rezeki untuk kami bergambar... Oleh itu kamipun bergerak ke satu lagi restoran yang masuk dalam 'wish list' akak berdasarkan kepada reputasinya... Since 1921tu... jadi kalau tidak sedap sudah pastilah tidak mampu bertahan selama itukan... kedai ini tiada tanda HALAL cuma 'pork free'... apa2 tengoklah gambar yang ada...
Akak pakai baju pink sebab ibunya yang pilih...
Nampak klasik jer menunyer...
Nampak klasik peralatankedainya...
Cuba mi hailamnya...
Cuba chicken gril 
Minum air A&W float...
Kami juga memesan roti bakar (tiada dalam gambar) 
Gambar dari facebook Sunway Pyramid SUNWAYPYRAMID
Inilah rupa depan Restoran Coliseum....

KESIMPULAN :- Mungkin harapan terlalu tinggi jadi agak mengecewakan tidaklah seperti yang dibayangkan.. Namun harus diingat kemungkinan besar kami tersilap memilih menu... Cukuplah pernah singgah ke sini... 

Thursday, September 14, 2017

Kinrara Oval di Kuala Lumpur 2017

Ini cerita Sukan Sea ke 29 yang lepas... Akak yang sudah menetap di Kinrara selama 10 tahun belum pernah lagi masuk ke Kinrara Oval ini. Dikesempatan Sukan Sea 29 Kuala Lumpur 2017 maka terealisasilah sebuah impian...ha..ha.. impian... betul impian sebabnya selalu nampak cahaya lampu bergemerlapan kalau ada sesuatu permainan.. Hendak pergi rasa malu pulak, bukannya akak pahampun peraturan permainannya... 

Namun disebabkan Sukan Sea tidaklah malu sangat belasahjer masuk sebab siang hari dan ada pasukan perempuan yang main. Tiketpun bukannya berbayar jadi apa nak kira paham tak paham buat-buat paham... Orang tepuk tangan kitapun tepuk tangan... Jadi gambar di bawah hanyalah sekadar gambar untuk suka-suka dan kenangan ... 
Cantik cuaca hari itu... 
Misi menawan Kinrara Oval dengan dik Ya... 
Selalu tengok dari luarjer... 
Kafe tapi macam untuk pemainjer... entahler... 
Baru nak mula...
Singapura lawan Indonesia... 
Boleh mesin kutip sampah rasanya buat kerja masa permainan berjalan...
Masa ini Malaysia lawan Indonesia... 
Malaysia vs Indonesia... 
Pemukulnya Malaysia yang baling Indonesia... 
Tu dia pintu masuk ke stadium...
Ada pemeriksaan oleh Polis dengan menggunakan alat pengesan ... 
Untuk perlawanan ini tidak ramai yang datang... 
Tetapi akak datang masa Malaysia main, syukur ramai yang memberikan sokongan...
Penat juga nak berjalan dari pintu masuk...
Tahniah kerana menyediakan kemudahan surau untuk muslimin dan muslimat..
Selesai misi kami merasai sedikit kehangatan Sukan Sea...

Nasiblah entri ini keluar sebelum 9th Asean Para Games. Rasanya lepasni teringin nak pergi ke Bukit Jalil pula memberikan sokongan terutama untuk acara larian... Insyaallah... 

Nuffnang oh Nuffnang