Nuffnang saya

Followers

Thursday, December 31, 2015

Hiasan Krismas dan tahun baru

Sekejap rasanya dah hampir penamat tahun 2015...
Entah apalah pencapaian akak tahun ini gamaknya...
Rasanya tahun ini yang paling seronok ialah Umrah Ziarah akak...
Doa dimakbulkan oleh Dia yang Maha Kuasa....

Setiap kali hujung tahun rasanya setiap pusat membeli belah berlumba-lumba menyediakan hiasan perayaan krismas dan tahun baru...
Jadi kitani cuma ambil kesempatan untuk bergambar kenangan...

IOI Mall Puchong...


Sunway Pyramid





Ho Chi Minh, Vietnam


Selamat tinggal 2015 dan Selamat Tahun Baru 2016...
Moga yang indah dan baik-baik akan berlaku tahun hadapan...

Tuesday, December 22, 2015

Cuti hujung tahun 2015 kami

Entah kenapalah sekarangni semakin kurang berblog ...
Banyak benda nak cerita tapi kurang ada masa menghadap komputer...
Terlalu banyak benda yang mesti diselesaikan...
Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi singgah blog akak...
Doa akak tahun 2016 akan lebih baik dari tahun ini...
Sedar tidak sedar rupanya tahun 2015 sudah semakin menghampiri garis penamat...
Banyak azam yang tidak tercapai terutama nak kurangkan berat badan...
Oh tidak!! tidak tapi itulah hakikatnya...

Cuti sekolah kali ini kami dapat bercuti luar negara ...
Syukur juga walaupun tidak sejauh mana tapi amat bermakna sebab dapat bawak anak jalan-jalan...
Kali ini kami dapat bercuti ke tempat orang membeli-belah...
Ho Chi Minh City Vietnam menjadi pilihan kami kali ini...
Tidak banyak gambar sebab tiada lawatan...
Layan satu gambar di sana dulu...
Nanti Insyaallah ada entri lain menyusul...
Banyak keluar masuk pasar Cho Ben Thanhjer...
Entah apa yang dicaripun tidak di ketahui...
Ini satu lagi xtvt cuti sekolah anak-anak...
Menonton persembahan Hi5 di Istana Budaya..
Walaupun yang pergi ramai anak kecil, anak akak tetap enjoy...
Cerita inipun belum masuk blog lagi..


Monday, December 7, 2015

The Good Dinosaur

Angkat tangan siapa yang dah tengok ceritani The Good Dinosaur...
Kami dahpun tengok...
Cerita yang menarik di tonton untuk cuti sekolah ini...
Budak2 tentulah sukakan...
Kami tengok minggu lepas di IOI Mall Puchong...
Tempat paling senang sebab dekat dengan rumahkan...
Bawak anak saudara sekali...
Jom bergambar di sini dulu...
Tiga sepupu yang selalu bersama...
Kesimpulannya dik Ya bagi 5 bintang (tengok tangan dik Ya)...


Monday, November 30, 2015

Tamat sebagai pekerja ..kerja sendiri

Hari terakhir sebagai pekerja..
Perjalanan diteruskan dengan bekerja sendiri...
Semoga Allah s.w.t. membantu dalam perjuangan ini...
Jangan mudah mengalah hendaknya dengan cabaran yang tidak terduga... 
Hanya Allah yang membantu... 

Be the best you can be....
Be yourself...

Wednesday, November 25, 2015

Gambar merdeka baru nak keluar

Masih gambar lama tapi baru nak keluar di blog ibunya..
Kisah bulan merdeka yang sudah lama berlalu..
Namun tetap merupakan kenangan terindah dalam hidup anak-anak...

Semoga anak ibu akan terus aktif tanpa mengira kalah dan menang..
Yang penting memberanikan diri untuk berdiri di atas pentas itu..
Dapat saguhati pertandingan pakaian dari jalur gemilang...
Jenuh ibu dia menjahit baju kurung malam sebelum pertandingan..
Dahler lama tak pegang mesin jahit..
Barisan peserta sebelum memperagakan pakaian masing-masing...
Ini barisan peserta yang bertanding..
Gambar di ambil dari facebook SRA Bandar Kinrara 5 Puchong...

Itu kisah di Sekolah agama dan sekolah kebangsaan Atikah dan adik Ya masuk pertandingan koir..
Yang ada gambar Atikah sahaja sebab ada emak kawan dia ambil gambar..
Kita ambil dari facebook kawan dia jugalah..
Muka kanak-kanak kecil yang telah disolek...
Bergambar sebelum pertandingan rasanya..
Rugi pulak kita tak pergi ke sekolah ambil gambarkan..
Tapi mak kawan Atikahtu dapat sebab dia yang solekkan budak-budakni..
Tahniah kerana memberanikan diri untuk naik ke pentas itu..

Keputusan koir ini akakpun tak tahu kesudahannya...
Tertunda entah berapa kali sebab jerebu kalau tak silap..
Akhirnya anak-anak akakpun dah kurang teruja nak tahu  keputusannya..


Tuesday, November 24, 2015

Hanya untuk kenangan harijadi Atikah dan Azalia

Tahun ini bukan sahaja malas berblog...
Malah malas juga nak fikir untuk sambutan harijadi Atikah dan Azalia..
Majlis meraikan mereka juga adalah secara sambutan bersama...
Kiranya tumpang sekakilah konsepnya...
Nasiblah Atikah lahir bulan sama dengan Miqta dan Azalia sama dengan Naufal...
Layanjer gambar lama yang ada ini...
Gambar bulan April yang sudah...
Cantik kek harijadi di deko oleh mak dan mak sedara Miqta..
Siap Atikah dapat sebiji potong kek...
Panjang umurmu wahai Anak moga jadi anak soleh dan solehah...
Tengok kek yang ada memang kenyang sampai ke malam...
Ini harijadi Azalia yang di sambut selepas majlis perkahwinan cik Nadya..
Sebahagian dari insan yang lahir di bulan Oktober...
Tuk Cik  dan cucu-cucunya bekerjasama....

Untuk Kakak dan Dik Ya...
Walau tiada sambutan tapi ibu ingat harijadi korang berdua...
Doakan ibu supaya ada kemampuan untuk meraikan sambutan harijadi korang berdua tahun depan..
Tahun ini bagi hadiah cukuplahkan...

Thursday, November 19, 2015

Majlis perkahwinan Nadya dan Sham

Semalam cerita kisah 'flower girl'...
Harini kisah majlis perkahwinannya pulak...
Tak banyak boleh diceritakan...
Hanya gambar yang banyak tapi semua menggunakan handphone...
Terlupa langsung nak penuhkan bateri kamera gedabaktu...
Gambarpun banyak gambar anak-anak dan sepupu juga dua pupunya...
Gambar pengantin nanti di entri lagi satulah sebab entrini dah penuh dengan gambar...
Majlis berlangsung di dewan alamak tak ingat tapi di SUK Selangor ...
Tahniah untuk cik Nadya dan Sham...
Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat...
Bergambar semasa tiba...
Dik Ya belum lagi tukar baju 'flower girl'
Aksi kanak-kanak riang
Di belakang kumpulan busker yang memeriahkan majlis...
Tak ingat pulak nama kumpulantu..
Anak-anak comel bergambar di pelamin sebelum ramai orang masuk ke dalam dewan...
Happyjer jadi kanak-kanakkan...
Kakak dan adik...
Dik Ya dengan Naufal sepupu...
Sementara menunggu pengantin disiap rapi...
Bersedia di bilik menanti sebelum pengantin di arak ke dewan...
Kenapalah masam sangat muka dik Ya..
Gambar bergegar sebab mak dia mengah naik tangga...
Sekarangni selalu nampak pengiringnya adalah kawan si pengantin..
Pengantin yang sedia untuk naik pelamin...
Budak-budak happy sebab job dahpun selesai..
Jom bergambar di photo booth terlebih dahulu..
Seawal pagi tidak ramai orang rasa kosong sangat dewan yang besarni...
Bila dah tengahari dewan ini penuh dengan kehadiran rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara....
Doa tulus ikhlas semoga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini kekal hingga akhirnya...
Tak sabar nak tunggu siapakah selepas cik Nadya yang akan menamatkan zaman bujangnya...
Sebab selepas ini anak saudara dan sepupu suami ramai yang lelaki.....

Wednesday, November 18, 2015

Wordless Wednesday ~ Flower girl ibu yang manis

Kenangan dik Ya jadi 'flower girl' di majlis perkahwinan Cik Nadya...
Cik Nadya adalah sepupu kepada suami akak...
 Bergambar dahulu sebelum bertugas...
 Bergambar bersama dua pupunya Sofia yang juga menjadi 'flower girl'
 Kita makan dulu sebelum mula bertugas...
 Muka ada 'senyum' sikit...
 Menunggu pengantin disiapkan...
Yes... kami sudah bersedia.. jenuh suruh senyum...
 Mengiringi pengantin masuk ke dewan...
Gembira kerja sudahpun selesai... yeeeha...
Dik Ya mintak makan lagi.. rupanya tadi tak kenyang...

Banyak cerita lagi tapi belum sempat untuk menulispun...
semoga ada kekuatan dengan banyaknya gambar untuk dikongsikan di sini....

Nuffnang oh Nuffnang