Akak nak balik kampung Insyaallah...
Walaupun tak semua adik beradik balik kampung hati tetap gembira...
BEBELAN PERTAMA
Syukur selama 3 hari dua orang budak tinggal di rumah semuanya baik belaka...
Cuma akak kena pastikan sampai ke rumah sebelum ayahnya...
Untuk memastikan rumah dalam keadaan yang sedikit kemas..
Maalumler budak-budak dipesan seribu kalipun takkan kemas macam yang kita inginkan...
Pada akak bolehler asalkan diaorang tak buat benda bukan-bukan...
Tapi pada ayahnya, kalau tak kena di mata dia memang kena ceramah percumalah anak beranak...
BEBELAN KEDUA
Kalau kawan-kawan ingat lagi akak pernah cerita yang beg tangan akak dicuri,...
Antara isi dalamnya ialah kad untuk masuk tempat permainan di Giant Kinrara..
Beli untuk 11 kali masuk tapi tak pernah masuk walaupun sekali...
Semalam sengaja bertanya pada bosnya yang berasal dari Negara China..Akak atak nak cerita pasa
Katanya "No Problem, all in our system, we can search"...
Walaupun tempat permainantu taklah sehebat di kompleks membeli belah yang lain tapi bagus...
Ada sistem yang boleh melihat kembali data pelanggannya..
Yang penting bertimbang rasa kot idak rugilah duit akak...
BEBELAN KETIGA
Akak nak bercerita pasal MH370 tapi tak upaya nak mengungkapnya dengan kata-kata...
Lagipun ramai yang dah menulis tentangnya di blog dan laman sosial...
Cuma sebagai orang Islam kita kena percaya dengan Qada' dan Qadar..
Malam semalam melihat rancangan Tanyalah Ustaz Edisi Khas...
Akak memang tak reti nak mengulasnya cuma banyak benda baik yang boleh diperolehi...
Melihat tragedi itu dari sudut pandangan seorang Muslim....
Gambar dan ayat di bawah ini ambil dari Facebook Dr Zulkifli AlBakri
Segala teori konspirasi yang boleh membawa fitnah kepada mana-mana pihak termasuk agama Islam sendiri hendaklah dielakkan.Semoga kita semua mampu mengelakkan diri dari terjebak...
Dalam masa yang sama, saya juga menyeru kepada semua umat Islam untuk tidak mudah mempercayai apa yang dimomokkan oleh media Barat kerana ia mungkin bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam di Malaysia.
Firman Allah SWT,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujurat: 6)
Panjang dah bebelan hari khamis akak... untuk cerita pasal xtvt dua orang budakni ke kelas membuat buku ceritatu mungkin lepas balik dari bercutilah.. Oleh kerana kerja sekerat hari nak habiskan kerja dulu. Mungkin blog ini akan hilang dari radar selama beberapa hari.