Nuffnang saya

28 Ogos, 2019

Atikah dan Azalia

Hanya gambar dua orang budak yang sekarangni makin payah menghiasi fb dan blog ibu dia.... diaorang berdua memang suka bergambar tapi untuk instagram diaorang sendiri... jadi sekalini handphone masing2 dah habis bateri... terpaksalah pakai ibu dia punya handphone...

Syukur punya anak yang hebat macam kamu berdua..  moga Allah memberkati hidup kamu wahai anak.... 

27 Ogos, 2019

Buah Nenam atau Nam nam

Orang kampung akak panggil ini buah nenam. Kalau cari di internet akan jumpa buah nam nam atau buah katak puru dan ada banyak lagi nama yang pelik. Kita panggil buah nam nam senangkan. Diakui yang buah ini semakin pupus kerana ramai yang tidak mengenalinya. 

Akak amat sukakan buah nam nam ini kerana rasa dia istimewa masam, kelat dan entahlah susah nak gambarkan. Dari kecil kalau nak makan pergi sahaja di belakang rumah opah. Petik sendiri sebab buahnya melekat di batang pokok. 
Yang masak warnanya kuning dan masa muda berwarna hijau.
Patutlah namanya juga katak puru sebab kulitnya menggerutu.
Tidak besar manapun sekali ngap kalau tidak masam sangat.
Gambar dari google terlupa pulak akak nak ambil gambar masa balik kampung. Inilah rupa buah nam nam di pokok, melekat pada batang.

Dari pembacaan di internet katanya banyak khasiat dari pokok nam nam ini. Daunnya jika direbus boleh digunakan untuk mengubati kencing manis, kencing batu, buah pinggang, darah tinggi dan juga melancarkan air mani. Untuk buahnya pula boleh menangani sembelit, melancar sistem pencernaan, mengandungi vitamin C dan melindungi sistem imuniti badan. Wow !!! banyak juga khasiat buah nam nam ini rupanya jadi mungkin boleh di tanam di halaman rumah . Pokok ini tumbuh membesar dalam kadar yang perlahan dan pokoknya sederhana tinggi. 

Sekian untuk maklumat dan kenangan..

26 Ogos, 2019

Atikah di Sekolah Menengah

Seronok rasanya Atikah dahpun masuk sekolah menengah. Rasa sekejap masa berlalu, kini dia remaja. Semoga Allah melindungi dia selalu. Aku tahu zaman remaja adalah saat paling mencabar dalam hidup seseorang. Semoga anakku tidak tersilap langkah dan menjadi insan yang hebat.

Simpan di sini untuk kenangan dia suatu hari nanti. Kalau dahulu Atikah dan Azalia sentiasa mewarnai blog ibu dia. Tapi sejak mereka dewasa kurang dah gambar mereka. 
Kelas Atikah yang sentiasa memenangi kelas terbersih. Boleh kata setiap minggu kelas dia sentiasa menang.
Atikah dan kawan yang masuk pertandingan apa tah tapi berkaitan dengan matematik.
Yeah!! menang hadiah pertama..
Ini pula rakan kelas dia yang masuk pertandingan sains 
Wajah kawan dia yang mengikuti kelas tambahan matematik.
Tahniah untuk yang dapat menjawab. Cikgu bagi bonus yang dapat menjawab dengan cepat...

Syukur melihat perkembangan dia semasa di sekolah menengah ini. Kalau di sekolah rendah dia sangat pasif tidak mengikuti sebarang aktiviti sekolah. Malah semasa keluar dari sekolah tidak dapat banyak sijil. Berbanding sekarang dia telah mengumpul banyak sijil. Banyak yang dibuat dan dia kelihatan sangat gembira dari dahulu... 

20 Ogos, 2019

Tempat Makan Sedap di Langkawi

Langkawi tempat pilihan rakyat marhain macam akak. Orang Malaysia kebanyakan sangat menyukai Langkawi. Sesuai untuk semua si pencinta alam, si kaki shopping dan si kaki makan. Boleh sahaja datang bersendirian, berkeluarga,bulan madu, kawan-kawan dan untuk hari keluarga syarikat. 

Ini sambungan entri Langkawi bebulan yang sudah. Ini yang terakhir tapi tidak siap-siap sebab penyakit M.... Tujuan akak dan kawan-kawan datang Langkawi banyak kepada makan-makan. Tugas mencari kedai makan menarik di Langkawi di sediakan oleh Syaza. Alhamdulillah semuanya menepati selera. Jom kita tengok senarai kedai sedap dan best yang dipilih....

Hafiz Rojak Pantai Kok


Tempat pertama di tuju selepas dapat kereta sewa adalah ke Hafiz Rojak Pantai Kok. Bukan setakat rojak ada juga laksa , rojak buah dan mi rebus. Selain menikmati keindahan alam ciptaan Illahi dapat pula makanan yang sedap memang terasa hendak terus tinggal di Langkawi. Akak rekemen sangat tempat ini kalau anda dalam jalan jalan cari makan di Langkawi.





Alamat :-
Hafiz Rojak Pantai Kok
Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
(senangjer nak cari mesti jumpa Telaga Harbour Park... nampak simpang tiga teruskan perjalanan.... nanti nampak dua van putih dan banya kereta bolehlah masuk ke situ... alah waze atau google jer HAFIZ ROJAK PANTAI KOK memang boleh sampailer...)

Waktu Operasi :-
2.00 petang - 7.30 malam

Minum air tembikai sambil menikmati keindahan matahari terbenam di Nest Roof Top 



Tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam seperti disarankan oleh google. Naiklah ke Tingkat 5 Hotel Royal Agate untuk menikmati keindahan di waktu senja. Katanya air tembikai dia sedap!!! Mari mari akak ada bercerita di http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/melihat-matahari-terbenam-di-langkawi.html




Alamat Nest Rooftop CafĂ© Langkawi :-
Tingkat 5, Royal Agate Beach Resort, 
Jalan Pantai Cenang 

Waktu di buka: setiap hari ~ 
Sarapan : 7 pagi  – 11 pagi 
Makan malam : 5 petang  – 11 malam


Sarapan di Shellout Resort


Seronoknya resort yang kami pilih menginap sebab dapat sarapan mat salleh percuma. Walaupun kami bercadang untuk bersarapan di tempat istimewa kami tetap singgah sini.

Kalau berminat untuk menginap di Pantai Cenang akak cadangkan Shell out Beach Resort ini, berbaloi-baloi . Boleh baca di http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/hotel-pilihan-shell-out-cenang-beach.html


Alamat Shell out Cenang Beach Resort :-
Lot 2599 Jalan Pantai Cenang
Mukim Kedawang 
07000 Langkawi

Nasi Dagang Pak Malau


Destini jalan jalan cari makan Langkawi yang wajib pergi ialah Nasi Dagang Pak Malau. Mesti pergi sini barulah rasa lengkap percutian anda di pulau lagenda ini. Pasti menjadi kenangan terindah kerana menikmati hidangan yang lazat di tepi sawah bendang. Masa menulis ini akak rasa nak terbang sekarang ini juga. 

Untuk mengetahui keistimewaan kedai ini marilah baca http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/bersarapan-nasi-dagang-pak-malau.html


Alamat :-
Jalan Makam Mahsuri, 
Kampung Mawar, 07000 Langkawi

Makan tengahari di Restoran Wan Thai Kuah

Untuk makan tengahari kami memilih citarasa Thai yang sangat berpadanan dengan tekak. Sebenarnya perutni masih kenyang dek makan yang banyak di Nasi Dagang Pak Malau tidak dapatlah kami merasai makanan sebenar. Mungkin untuk lain kali akan cuba lagi. 

Jom baca kisah di Restoran Wan Thai ini :- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/restoran-wan-thai-kuah-langkawi.html



ALAMAT :-
80- 82, Langkawi Mall Dundung,
07000 Kuah, Langkawi

WAKTU OPERASI :-
Setiap hari : 11.00 pagi - 3.30 petang
                     6.30 petang - 10.30 malam
(Peringatan kedai ditutup dari 3.30 petang hingga 6.30 petang). 

Makan malam di Uncle Jai Cafe

Ingin mencuba makanan omputih aka western di Langkawi tidak perlu risau datanglah ke Uncle Jai Cafe di Pekan Kuah. Seronok dapat makan disini kerana terdapat pelbagai menu lain selain dari western. Boleh datang sekeluarga yang minat makannya berlainan. 

Bacalah pengalaman akak makan di sini :- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/makan-malam-sedap-di-uncle-jai-cafe.html



ALAMAT :-
Jalan Padang Matsirat, 
07000 Langkawi, Kedah

Waktu buka :- 

Setiap hari : 5 petang - 11.45 malam

Sarapan di Hotel Riverra Inn Kuah

Sarapan hari kedua ialah di hotel kami sahaja sebab kami ada rancangan nak beli ikan bilis Langkawi di pekan Kuah. Klik sini untuk tahu dimana boleh beli ikan bilis Langkawi :-lib-ikan-bilis-langkawi. Sarapan di hotel Riverra Inn ini macam biasa sahaja tapi nasi lemak dia sedap juga. 

Akak rekemen sangat hotel ini kalau ingin menginap di pekan Kuah, Langkawi. Berbaloi sangat, sangat berpuas hati :- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/hotel-riverra-inn-kuah-langkawi.html


Alamat :-
Lot 290 , Kampung Padang Lalang, 
07000 Kuah, Langkawi

No untuk dihubungi :-


Laman web rasmi :-

Makan tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur Ulu Melaka

Bila nak balik baru teringat jalan pulang, lauk pauk melayu cara orang kampung menjadi pilihan. Restoran Kak Yan memang menarik untuk singgah makan, pelbagai jenis lauk disediakan untuk tetamu datang menjamu selera. Berbaloi lauk pauk dan harga . Mai klik sini untuk cerita penuh :- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/05/restoran-kak-yan-nasi-campur-pulau.html



ALAMAT :-
JalanUlu Melaka, Kampung Padang Gaong
07000 Langkawi, Kedah

WAKTU OPERASI :-


(dibuka setiap hari  dari pukul 9.00 pagi - 4.00 petang)

Makan di awan biru
Kalau kita naik Air Asia pernah tak rasa macam sedap sangat hidangan di awan biru kala kita tidak menempah makanan. Dengan bau makanan terperangkap di dalam kapal terbang membuatkan kita rasa lapar walaupun sudah makan di lapangan terbang. 


Sekian cerita akak untuk edisi jalan-jalan cari makan Langkawi yang sangat ohsem!! Terima kasih untuk Syaza yang menyediakan ittenery. Terima kasih untuk Wawa yang bersedia untuk memandu kemana juga tempat yang dipilih. Semoga ada lagi cerita jalan-jalan cari makan di tempat yang lain pula. Kemana destinasi kami selepas ini!!!!


19 Ogos, 2019

Bicara Berirama

Hanya ingin berkongsi kenangan Atikah dengan pasukan bicara berirama sekolahnya. Akak memang mengharapkan dia akan join dengan aktiviti sekolah untuk buat dia lebih aktif. Permulaan yang baik untuk dia di sekolah menengah. Kalau dibandingkan dengan sekolah rendah dia tidak memiliki sijil yang banyak tapi kini walaupun hanya baru separuh tahun dia sudah menghimpunkan pelbagai sijil..

Semoga Atikah dan kawan-kawan semuanya akan berjaya dalam perjalanan hidup yang mencabar ini. Ini kisah bicara berirama dia. Melihat kesungguhan dia berlatih dan guru bimbingan yang sangat komited akak ingat pasukan dia berjaya. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Cuba lagi tahun depan......
Seawal pagi sudah pergi ke sekolah...
Semangat ... semangat sampai tak sempat tunggu ibu dia hantarkan...

Yang di bawah hanya gambar kenangan.... 




Berminggu juga dia asyik mengeluh kenapa dia kalah, pasukan lain tak bestpun, sampai letih telinga ini.. Akak khabarkan pada dia semuapun ada sebabnya. Lagipun dia sudah banyak ketinggalan pelajaran disebabkan latihan bicara berirama ini. Dapat satu sijil inipun satu pencapaian dan yang penting ialah pengalaman semangat berpasukan, menepati masa, merancang strategi adalah sesuatu yang lebih berharga.. Boleh cuba lagi tahun hadapan... 

18 Ogos, 2019

Gulai Tempoyak Ikan Kembong Petai

Bila rindu dengan gulai tempoyak akak akan buat sendiri. Gulai tempoyak dijual dikedai selalunya gunakan ikan patin dan yang pasti mahal weh!! haritu teringin sangat akak masak gulai tempoyak ikan kembung dan petai. Wallah!!! yummy yummy... 

Oleh kerana beli petai berpapan2 mestilah buat sambal kelapa... barulah makan tak hengat dunia. Diet!! lupakan kalau dah nampak gulai tempoyak dan sambal kelapa bersama petai. Masa tulisni dah teringat balik, adakah patut menu kita esok ada gulai tempoyak.

Nak resipi tak? Naklah.... naklah... ini resipi orang Bota/ Perak. Mungkin sama cuma suka hatilah akak nak bagi juga... 

Masak Tempoyak Versi Perak

Bahan-bahan :-
2 ekor ikan kembung
2 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit kunyit hidup
2 senduk tempoyak 
1 papan petai (buang kulit)
air secukupnya
Garam dan gula
(ada juga yang masukkan serai- tapi akak kurang suka)
Cara-cara :-

Blender kasar semua cili dan kunyit hidup. Gaulkan semua bahan (orang Bota kata "lebuk") kecuali garam dan gula menggunakan tangan bagi sebati.

Masak atas api sederhana sehingga mendidih dan merenih. Masuk garam dan gula secukup rasa dan bolehlah diangkat. Mari makan kawan-kawan..

Tambahan :  Gulai tempoyakni sedap masak dengan taugeh kasar, timun tua, batang keladi  (yang sayur regu dengan ikan bilis), ikan baung, ikan keli dan ikan-ikan sungai lain.. 
Nampak biasha biasha tapi sedap tau.....
Masuk bakul angkat sendiriler kome...

Orang Bota/Perak ini sebenarnya simple orangnya. Makan gulai tempoyak dengan nasi putihpun dah boleh makan menimbun. Masa akak kecil rasanya dalam seminggutu lebih dari sekali emak masak gulai tempoyak. Buka tudung saji (sangai) tempoyak lagi, siap berpakej dengan sambal tempoyak. Sampai ustaz akak masa di asrama bergurau yang orang Bota tak bijak sebab banyak makan tempoyak, otak banyak gas. Masatu marah gak tapi ingat balik akak rasa bangga pulak tapi tuler sayang bila sebut gulai tempoyak orang ingat Pahang... 


NYAKO weh!!!!! sedap sangat. Nasitu hanya lakonan semata-mata. Makan dengan sambal kelapa dan ulam peria bulattu memikat selera.. nak resipi sambal kelapa versi orang Bota/Perak kena tunggu.. 

16 Ogos, 2019

Homst Recipe Bangi Gateway

Bangi Gateway!! Senangkan nak pergi sini, keluar dari tol Bandar Baru Bangi jer... so apa lagi let's go.... 

Ini cerita haritu, akak nak jumpa kawan juga seorang investor yang buka akaun dengan akak.  Konon ada kawan lain yang nak follow tapi semuapun ada hal. Okjer kami dua orangpun sembang tak hengat dunia juga. 

Kami bersembang di Secret Recipe tapi tiada menu yang siap lagi. Nasiblah kawan akak bawa roti jala gebu dengan kari ayam yang sedap. Suami akak ikut tapi dia pusing Bangi Gateway sorang-sorang. Jadi mestilah dia lapar. Jom kita makan di Homst Recipe citarasa Cina muslim.


Alamat :

Bangi Gateway, Seksyen 15, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Naik escalator nampak kedai ini. 
Serius cakap, Bangi Gateway banyak tempat makan....
Paling penting tempat letak kereta juga banyak....
Inilah pilihan kami haritu....
Tak ingatlah apa namanya....
Biasalah masakan cina warnanya slowjer...
Kami suami isteri memang suka tauhu claypotni...
Tapi di sini so - so jer rasanya... 
Ini juga biasa biasa ...
Jadi tidak payahlah akak bercerita lebih lagi...
Tapi mungkin kami silap memilih menu...
Hanya ini gambar menu yang sempat akak ambil...
Pilihan memang pelbagai...
Akak datang sini adalah pada hari pertabalan Yang Dipertuan Agung... 
Jadi kita pilih warna biru.. 
Boleh tahan ramai juga pelanggan restoran ini..
Mungkin waktu makan tengahari juga...
Konsep dapur terbuka memang baguskan...
Sori kita ambil gambar awak semua...
Inilah hidangan perjumpaan akak dengan kawan di Secret Recipe...
Korang ada!!! kawan akak siap bawak seteko air teh o...
Rezeki juga tak kena halau sebab masatu Secret Recipe tidak boleh menyediakan makanan yang dipinta..

Oklah... akak nak bagi cadangan kalau korang datang ke Perak silalah datang ke restoran cina halal... sila klik link entri akak :- CATER BEST IPOH


Apa lagi ada di Bangi Gateway??? Akak pernah buat entri pasal dan kopitiam yang best OLD KOPITIAM dan kedai comel yang ada di Bangi Gateway.... BURITO SHACK DAN WINGS

12 Ogos, 2019

Aku yang lalai...

Simpan kenangan ini di sini... kat fb pun kita tak kongsi .... Blog ini masih istimewa di hati.... Ini cerita aku yang yang lalai... sifat manusia biasa.. kalau selama ini selamat hanyalah kerana Allah yang melindungi... Ya Allah ampunilah aku yang selalu leka dan lalai... 

Ini cerita akak mengalami kemalangan kecil tapi mengakibatkan kereta masuk bengkel. Akak ok langsung tidak cedera tapi cedera di hati memikirkan kenapalah aku begini aku begitu.. Jadi akak tak nak cerita kenapa berlaku.. Cuma sama-samalah kita berdoa kita semua akan dilindungi oleh Allah sepanjang kita memandu nanti... 
Belakang ok...
Depanjer.. tauler akak yang menyondolkan..
Bye.. bye.. moga urusan insuran, polis dan bengkel dipermudahkan oleh Allah..
Semua gambar dihantar oleh runner yang uruskan....

Ya Allah hanya padaMu kami berserah... 

Nuffnang oh Nuffnang