Tempat Makan Sedap di Langkawi

Langkawi tempat pilihan rakyat marhain macam akak. Orang Malaysia kebanyakan sangat menyukai Langkawi. Sesuai untuk semua si pencinta alam, si kaki shopping dan si kaki makan. Boleh sahaja datang bersendirian, berkeluarga,bulan madu, kawan-kawan dan untuk hari keluarga syarikat. 

Ini sambungan entri Langkawi bebulan yang sudah. Ini yang terakhir tapi tidak siap-siap sebab penyakit M.... Tujuan akak dan kawan-kawan datang Langkawi banyak kepada makan-makan. Tugas mencari kedai makan menarik di Langkawi di sediakan oleh Syaza. Alhamdulillah semuanya menepati selera. Jom kita tengok senarai kedai sedap dan best yang dipilih....

Hafiz Rojak Pantai Kok


Tempat pertama di tuju selepas dapat kereta sewa adalah ke Hafiz Rojak Pantai Kok. Bukan setakat rojak ada juga laksa , rojak buah dan mi rebus. Selain menikmati keindahan alam ciptaan Illahi dapat pula makanan yang sedap memang terasa hendak terus tinggal di Langkawi. Akak rekemen sangat tempat ini kalau anda dalam jalan jalan cari makan di Langkawi.





Alamat :-
Hafiz Rojak Pantai Kok
Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
(senangjer nak cari mesti jumpa Telaga Harbour Park... nampak simpang tiga teruskan perjalanan.... nanti nampak dua van putih dan banya kereta bolehlah masuk ke situ... alah waze atau google jer HAFIZ ROJAK PANTAI KOK memang boleh sampailer...)

Waktu Operasi :-
2.00 petang - 7.30 malam

Minum air tembikai sambil menikmati keindahan matahari terbenam di Nest Roof Top 



Tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam seperti disarankan oleh google. Naiklah ke Tingkat 5 Hotel Royal Agate untuk menikmati keindahan di waktu senja. Katanya air tembikai dia sedap!!! Mari mari akak ada bercerita di http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/melihat-matahari-terbenam-di-langkawi.html




Alamat Nest Rooftop Café Langkawi :-
Tingkat 5, Royal Agate Beach Resort, 
Jalan Pantai Cenang 

Waktu di buka: setiap hari ~ 
Sarapan : 7 pagi  – 11 pagi 
Makan malam : 5 petang  – 11 malam


Sarapan di Shellout Resort


Seronoknya resort yang kami pilih menginap sebab dapat sarapan mat salleh percuma. Walaupun kami bercadang untuk bersarapan di tempat istimewa kami tetap singgah sini.

Kalau berminat untuk menginap di Pantai Cenang akak cadangkan Shell out Beach Resort ini, berbaloi-baloi . Boleh baca di http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/hotel-pilihan-shell-out-cenang-beach.html


Alamat Shell out Cenang Beach Resort :-
Lot 2599 Jalan Pantai Cenang
Mukim Kedawang 
07000 Langkawi

Nasi Dagang Pak Malau


Destini jalan jalan cari makan Langkawi yang wajib pergi ialah Nasi Dagang Pak Malau. Mesti pergi sini barulah rasa lengkap percutian anda di pulau lagenda ini. Pasti menjadi kenangan terindah kerana menikmati hidangan yang lazat di tepi sawah bendang. Masa menulis ini akak rasa nak terbang sekarang ini juga. 

Untuk mengetahui keistimewaan kedai ini marilah baca http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/bersarapan-nasi-dagang-pak-malau.html


Alamat :-
Jalan Makam Mahsuri, 
Kampung Mawar, 07000 Langkawi

Makan tengahari di Restoran Wan Thai Kuah

Untuk makan tengahari kami memilih citarasa Thai yang sangat berpadanan dengan tekak. Sebenarnya perutni masih kenyang dek makan yang banyak di Nasi Dagang Pak Malau tidak dapatlah kami merasai makanan sebenar. Mungkin untuk lain kali akan cuba lagi. 

Jom baca kisah di Restoran Wan Thai ini :- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/restoran-wan-thai-kuah-langkawi.html



ALAMAT :-
80- 82, Langkawi Mall Dundung,
07000 Kuah, Langkawi

WAKTU OPERASI :-
Setiap hari : 11.00 pagi - 3.30 petang
                     6.30 petang - 10.30 malam
(Peringatan kedai ditutup dari 3.30 petang hingga 6.30 petang). 

Makan malam di Uncle Jai Cafe

Ingin mencuba makanan omputih aka western di Langkawi tidak perlu risau datanglah ke Uncle Jai Cafe di Pekan Kuah. Seronok dapat makan disini kerana terdapat pelbagai menu lain selain dari western. Boleh datang sekeluarga yang minat makannya berlainan. 

Bacalah pengalaman akak makan di sini :- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/makan-malam-sedap-di-uncle-jai-cafe.html



ALAMAT :-
Jalan Padang Matsirat, 
07000 Langkawi, Kedah

Waktu buka :- 

Setiap hari : 5 petang - 11.45 malam

Sarapan di Hotel Riverra Inn Kuah

Sarapan hari kedua ialah di hotel kami sahaja sebab kami ada rancangan nak beli ikan bilis Langkawi di pekan Kuah. Klik sini untuk tahu dimana boleh beli ikan bilis Langkawi :-lib-ikan-bilis-langkawi. Sarapan di hotel Riverra Inn ini macam biasa sahaja tapi nasi lemak dia sedap juga. 

Akak rekemen sangat hotel ini kalau ingin menginap di pekan Kuah, Langkawi. Berbaloi sangat, sangat berpuas hati :- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/04/hotel-riverra-inn-kuah-langkawi.html


Alamat :-
Lot 290 , Kampung Padang Lalang, 
07000 Kuah, Langkawi

No untuk dihubungi :-


Laman web rasmi :-

Makan tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur Ulu Melaka

Bila nak balik baru teringat jalan pulang, lauk pauk melayu cara orang kampung menjadi pilihan. Restoran Kak Yan memang menarik untuk singgah makan, pelbagai jenis lauk disediakan untuk tetamu datang menjamu selera. Berbaloi lauk pauk dan harga . Mai klik sini untuk cerita penuh :- http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2019/05/restoran-kak-yan-nasi-campur-pulau.html



ALAMAT :-
JalanUlu Melaka, Kampung Padang Gaong
07000 Langkawi, Kedah

WAKTU OPERASI :-


(dibuka setiap hari  dari pukul 9.00 pagi - 4.00 petang)

Makan di awan biru
Kalau kita naik Air Asia pernah tak rasa macam sedap sangat hidangan di awan biru kala kita tidak menempah makanan. Dengan bau makanan terperangkap di dalam kapal terbang membuatkan kita rasa lapar walaupun sudah makan di lapangan terbang. 


Sekian cerita akak untuk edisi jalan-jalan cari makan Langkawi yang sangat ohsem!! Terima kasih untuk Syaza yang menyediakan ittenery. Terima kasih untuk Wawa yang bersedia untuk memandu kemana juga tempat yang dipilih. Semoga ada lagi cerita jalan-jalan cari makan di tempat yang lain pula. Kemana destinasi kami selepas ini!!!!


Comments

  1. Menarik la...nanti nak pi Langkawi berdua ngan anak dara...memang entry ni sangat membantu..

    ReplyDelete
  2. dah kul 12 tengok lah entry akak nih, aduhai terus bunyi2 perut nih...

    ReplyDelete
  3. akhir sekali tu win. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts