Bicara Berirama

Hanya ingin berkongsi kenangan Atikah dengan pasukan bicara berirama sekolahnya. Akak memang mengharapkan dia akan join dengan aktiviti sekolah untuk buat dia lebih aktif. Permulaan yang baik untuk dia di sekolah menengah. Kalau dibandingkan dengan sekolah rendah dia tidak memiliki sijil yang banyak tapi kini walaupun hanya baru separuh tahun dia sudah menghimpunkan pelbagai sijil..

Semoga Atikah dan kawan-kawan semuanya akan berjaya dalam perjalanan hidup yang mencabar ini. Ini kisah bicara berirama dia. Melihat kesungguhan dia berlatih dan guru bimbingan yang sangat komited akak ingat pasukan dia berjaya. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Cuba lagi tahun depan......
Seawal pagi sudah pergi ke sekolah...
Semangat ... semangat sampai tak sempat tunggu ibu dia hantarkan...

Yang di bawah hanya gambar kenangan.... 




Berminggu juga dia asyik mengeluh kenapa dia kalah, pasukan lain tak bestpun, sampai letih telinga ini.. Akak khabarkan pada dia semuapun ada sebabnya. Lagipun dia sudah banyak ketinggalan pelajaran disebabkan latihan bicara berirama ini. Dapat satu sijil inipun satu pencapaian dan yang penting ialah pengalaman semangat berpasukan, menepati masa, merancang strategi adalah sesuatu yang lebih berharga.. Boleh cuba lagi tahun hadapan... 

Comments

Popular Posts