Buah Nenam atau Nam nam

Orang kampung akak panggil ini buah nenam. Kalau cari di internet akan jumpa buah nam nam atau buah katak puru dan ada banyak lagi nama yang pelik. Kita panggil buah nam nam senangkan. Diakui yang buah ini semakin pupus kerana ramai yang tidak mengenalinya. 

Akak amat sukakan buah nam nam ini kerana rasa dia istimewa masam, kelat dan entahlah susah nak gambarkan. Dari kecil kalau nak makan pergi sahaja di belakang rumah opah. Petik sendiri sebab buahnya melekat di batang pokok. 
Yang masak warnanya kuning dan masa muda berwarna hijau.
Patutlah namanya juga katak puru sebab kulitnya menggerutu.
Tidak besar manapun sekali ngap kalau tidak masam sangat.
Gambar dari google terlupa pulak akak nak ambil gambar masa balik kampung. Inilah rupa buah nam nam di pokok, melekat pada batang.

Dari pembacaan di internet katanya banyak khasiat dari pokok nam nam ini. Daunnya jika direbus boleh digunakan untuk mengubati kencing manis, kencing batu, buah pinggang, darah tinggi dan juga melancarkan air mani. Untuk buahnya pula boleh menangani sembelit, melancar sistem pencernaan, mengandungi vitamin C dan melindungi sistem imuniti badan. Wow !!! banyak juga khasiat buah nam nam ini rupanya jadi mungkin boleh di tanam di halaman rumah . Pokok ini tumbuh membesar dalam kadar yang perlahan dan pokoknya sederhana tinggi. 

Sekian untuk maklumat dan kenangan..

Comments

  1. dana panggil buah nam2 tp mil panggil katak puru... ada pokoknya kt umah mil, n lebat buah nya bila berbuah tu...

    ReplyDelete
  2. Pertama kali saya dengar buah ni. Boleh terus makan macam itu sahaja ke?

    ReplyDelete
  3. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts