Nuffnang saya

Friday, March 30, 2018

Anugerah UPKK 8A

Ini cerita hari penganugerahan pelajar 8A UPKK 2017 untuk kenangan terindah Atikah... Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan Atikah kekuatan mental dan fizikal untuk menjawab peperiksaan dengan tenang dan mudah... Semoga kejayaan kecil ini menguatkan lagi azamnya untuk terus berjaya dan berjaya... 

Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang bertungkus lumus mengajar anak-anak kami... Bak kata ustaz terima kasih juga untuk pekerja-pekerja sekolah yang memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kesemuanya..

Paling mengembirakan sekolah menyasarkan tahun 2017, UPKK 8A adalah seramai 100 orang. Yang membahagiakan seramai 101 orang dapat mencapainya membuatkan senyum tenaga pengajar bertambah lebar.... Tahniah untuk semua... 
Barisan pelajar yang memperolehi 8A UPKK 2017
Majlis Anugerah hanya selepas tamat mesyuarat Agung PIBG...
Jadi anak-anak diasingkan dari dewan...
Pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki... 
Menanti dengan sabar majlis yang dinantikan... 
Gelagat anak-anak...
Gembira bersama kawan-kawan... 
Bergambar dengan kawan-kawan... 
Nama Atikah dah hampir ke penghujung... 
 Atikah dengan sabar menunggu... 
Usaha gigih ustaz dan ustazah untuk memastikan gambar cantik... 
Ibu yang malas nak ambil gambar... sengetpun sengetlah...
Akhirnya makan tengahari di Restoran Cibiuk ..
Adalah juga bergambar dengan ibu... 

Hotel Concorde Kuala Lumpur

Cerita cuti tahun baru cina yang dah lama berlalu... Catatan pengalaman untuk dikenang kami sekeluarga... Cuti CNY selalu kami tidak keluar dari Lembah Klang sebab tak nak bersesak-sesak di lebuhraya.. Pilihan selamat duduk hotel di Kuala Lumpur cukuplah.. Untuk kali ini kami pilih Hotel Concorde.... Seronok ker idok Hotel Concorde ini kawan-kawan... 
Pemandangan dari tingkap bilik kami... 
KLCC nampak sipi-sipi...
Yang bestnya ada tempat boleh duduk ditepi tingkap...
Anak aku berselfie... ha..ha..
Bolehlah keadaan biliknya...
Waktu ditunggu-tunggu oleh Azalia... 
Emaknya kunyah kauci ... 
Ada restoran ditepi kolam juga.. 
Mari kita bersauna ... 
Boleh bersenam juga walaupun duduk di hotel... 
Of Course yer dak... 
Malamnya moh kita ke Bukit Bintang naik monorel...
Hiasan CNY di lobi hotel..
 Sarapan pagi di hotel... 
Bukan selera aku kata Atikah....
Nasib cepat weh ... 
Kot idak beratur panjang, dah rupa nak masuk dewan makan asrama...
Tak banyak gambarpun sangat... 
Sebelum balik kita singgah IOI Mall Puchong..
Itu jer.. Bye.. 


Tuesday, March 27, 2018

Resipi Ayam Masak Lada Hitam

Ini resipi entah bilapun tak tahu... sebab ada dalam simpanan gambar mai sini kita story-mory untuk suka-suki... Haritu kita regukan ayam masak lada hitam dengan kari ikan, tempe ikan bilis sambal dan ikan goreng.. sayur takder sebab masatu akak belum mulakan diet sihat...akakni malas nak masak sayur sebab takder sambutan dari anak-anak.. tapi sekarangni akak memang akan masak satu lauk sayur untuk akak makan sorang-sorang...

Moh kita tengok gambar dan resipi yang main hantam suka hati tekakku ini...
Resipi Ayam Masak Lada Hitam

Ayam (potong dadu) ~ 
lumurkan dengan garam dan kunyit... Goreng sekejap...
Bawang besar - potong dadu
Bawang putih - potong panjang
Halia - hiris halus
Cili hidup - potong serong
Lada hitam - ditumbuk kasar
Sos tiram
Kicap Manis
Bancuhan tepung jagung

Cara-caranya:-
~ Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau
~ Masukkan lada hitam dan sos tiram... 
~ Masukkan air sedikit... 
~ Masuk bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit...
~ Biarkan kuah pekat... Masukkan ayam yang telah digoreng.
~ Taburkan bawang besar dan cili hidup...
~ Nak lagi sedap taburkan lada hitam yang tumbuk kasar ...

Menu hari ini ialah Ayam masak lada hitam, ikan kerisi goreng, tempe/ikan bilis sambal dan beli kari ikan... 

Anak-anak lagi suka makan daging masak lada hitam ... Tukar ayam untuk ubah selera sikit... tapi anak tetap kata daging lagi sedap... 

Wednesday, March 7, 2018

Ambil tahu makanan kita

Entri ini bukan untuk tunjuk pandai yer...
Saja suka-suka sementelah dah join Jom Kurus...
Jadi tiap hari kira kalorilah akak hari-hari...
Mula-mula cuak juga tapi lama-lama keseronokan...
Paling bagus ialah 'download' aplikasi fitnesspal...
Aplikasi yang macam facebook boleh cari kawan juga...
Tapi ini lagi best sebenarnya... 
Sila-sila lihat makanan dan kita tengok kalori diambil... 
 Makan tengahari di Restoran Nando's 
Boleh baca tulisan Kevin Zahri pasal MAKAN CARA SIHAT DI NANDOS

Nutrition Facts

Nandos - Peri Peri Chicken - Quarter

  1.   
Calories343Sodium799 mg
Total Fat18 gPotassium0 mg
Saturated2 gTotal Carbs1 g
Polyunsaturated0 gDietary Fiber0 g
Monounsaturated0 gSugars0 g
Trans0 gProtein45 g
Cholesterol0 mg
Vitamin A0%Calcium0%
Vitamin C0%Iron0%
*Percent Daily Values are based on a 2000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.
Putu Mayam 

Nutrition Facts

Putu Mayam (Hawker) - Putu Mayam With Brown Sugar and Shreaded Coconut

  1.   

Calories95Sodium0 mg
Total Fat2 gPotassium0 mg
Saturated0 gTotal Carbs19 g
Polyunsaturated0 gDietary Fiber0 g
Monounsaturated0 gSugars0 g
Trans0 gProtein1 g
Cholesterol0 mg
Vitamin A0%Calcium0%
Vitamin C0%Iron0%
*Percent Daily Values are based on a 2000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.
Subway sandwich
Jangan dok perasan berdietlah kononnya... 
 cuba baca fakta di bawah...
Subway:A meal deal of Subway comprising of 6” Subway Club sandwich and Pepsi (16 fl oz) comprises of 490 calories, 95g carbohydrates, and 4.5g fat and 23g proteins.
Note that not all subways sandwiches are healthy. Some can be just as high in calories as McD burgers.
Info dapat dari sini KEVINZAHRI

Nutrition Facts

Subway Malaysia - Turkey breast & Chicken slice

  1.   
Calories320Sodium820 mg
Total Fat4 gPotassium0 mg
Saturated1 gTotal Carbs55 g
Polyunsaturated0 gDietary Fiber5 g
Monounsaturated0 gSugars15 g
Trans0 gProtein18 g
Cholesterol20 mg
Vitamin A8%Calcium30%
Vitamin C10%Iron15%
*Percent Daily Values are based on a 2000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.

Ubi keledek manis

Nutrition Facts

Fresh Boiled - Sweet Potato

  1.   
Calories76Sodium27 mg
Total Fat0 gPotassium230 mg
Saturated0 gTotal Carbs18 g
Polyunsaturated0 gDietary Fiber3 g
Monounsaturated0 gSugars6 g
Trans0 gProtein1 g
Cholesterol0 mg
Vitamin A315%Calcium3%
Vitamin C21%Iron4%
*Percent Daily Values are based on a 2000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.
Nasi yang sedikit...
Sudah lama tidak ambil angin di sini...

Sarapan lontong yang sehabis sedikit dari kebiasaan....
 Pau comel yang kalau dulu aku boleh ngap 3 sekaligus..
Lani terpaksalah fikir berkali2 nak makan lebih dari 1
Roti sudah bertukar kepada roti wholemeal bukan roti putih...
Ini langkah pertama akak untuk makanan harian... 

Kata coach kena ubah 'life style' bukannya berdiet ikut suka hatijer... Kevin Zahri dan coach selalu cakap hendak sihat kena makan ikut 'portion' yang betul.. bukan macam selalu akak buat NO nasi, NO air manis, NO makan lepas pukul 8.00 malam... Hidup mesti dinikmati tapi dalam kadar yang berpatutan... Katanya kalau nak minum teh tarik boleh tapi mintak kurang manis dan gelas kecil... Nasi boleh tapi segenggam dan lebihkan sayur (separuh sayur, suku protein dan suku lagi karbohidrat)... Jadi kena berubah untuk jadi sihat.. ok...
ISTIQOMAH.... 

Nuffnang oh Nuffnang