Nuffnang saya

Friday, March 30, 2018

Anugerah UPKK 8A

Ini cerita hari penganugerahan pelajar 8A UPKK 2017 untuk kenangan terindah Atikah... Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan Atikah kekuatan mental dan fizikal untuk menjawab peperiksaan dengan tenang dan mudah... Semoga kejayaan kecil ini menguatkan lagi azamnya untuk terus berjaya dan berjaya... 

Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang bertungkus lumus mengajar anak-anak kami... Bak kata ustaz terima kasih juga untuk pekerja-pekerja sekolah yang memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kesemuanya..

Paling mengembirakan sekolah menyasarkan tahun 2017, UPKK 8A adalah seramai 100 orang. Yang membahagiakan seramai 101 orang dapat mencapainya membuatkan senyum tenaga pengajar bertambah lebar.... Tahniah untuk semua... 
Barisan pelajar yang memperolehi 8A UPKK 2017
Majlis Anugerah hanya selepas tamat mesyuarat Agung PIBG...
Jadi anak-anak diasingkan dari dewan...
Pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki... 
Menanti dengan sabar majlis yang dinantikan... 
Gelagat anak-anak...
Gembira bersama kawan-kawan... 
Bergambar dengan kawan-kawan... 
Nama Atikah dah hampir ke penghujung... 
 Atikah dengan sabar menunggu... 
Usaha gigih ustaz dan ustazah untuk memastikan gambar cantik... 
Ibu yang malas nak ambil gambar... sengetpun sengetlah...
Akhirnya makan tengahari di Restoran Cibiuk ..
Adalah juga bergambar dengan ibu... 

3 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah atikah, tahniah juga untuk ibunya, mesti berkat doa ibunya atikah berjaya cemerlang

    ReplyDelete
  2. Tahniah Atikah.... moga terus cemerlang ye. Seronokkan CZ bila anak berjaya... terasa hilang penat keje selama ni

    ReplyDelete
  3. tahniah atikah...mudah2an kan trs cemerlang di masa hadapan aminnnn

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang