Nuffnang saya

29 November, 2018

Reunion Budak Taayah part sayonara

Move on Cho Zila.... ini mungkin yang terakhir untuk cerita reunion budak Taayah 2018.... Gambar yang masih berbaki untuk dikongsi sebagai ingatan di masa akan datang.. Semoga ada lagi perjumpaan selepas ini, moga persahabatan kita direstui olehNya.... 
Cenderahati untuk yang hadir...
Terima kasih AJK yang bertungkus lumus....
TERBAIK...
Tema biru putih dan topi ada 'munge'
Tema kena bertopi dan berbunga....
Macam-macam rupa yang ada....
Cantik belaka, susah ajk nak pilih pemenang..
Dan pemenangnya yang tepi yer.... 
Sampai masa untuk berpisah..... 
Makan... sembang... gelak.. makan balik....
Rindu kamu semua
Gelak ketawa tidak sedar diri terlupa ambil gambar makanan..
Ini adalah sebahagian sahaja....
Ada keropok, cookies, scones, laksa, spageti dan lain-lain...
Teh tarik dibuat oleh Puan Admin yang sedap...
Alamak teringat-ingat...... 
Gambar berlonggok dalam bilik tergelak-gelak memang betul-betul macam duduk asrama suatu masa dahulu....
Main tarik-tarik bila geng KL/Selangor diberikan tanggung jawab untuk reunion 2020....
Selamat tinggal....
Jumpa lagi...
Semoga persahabatan kita akan kekal akrab.... 


28 November, 2018

Reunion Budak Taayah Part bergambar bersama

Ini memang part untuk kenangan .. gambar bersama-sama dengan kawan lama namun sentiasa dirindui...

HARI PERTAMA
 Korang memang sporting biru putih dan topi berbunga....
Alamak hakak duduk depan nampak lebonyer...
Bergaya jangan tak bergaya....
Kanan kiri hentamjerlah labu....
Ambik gambar dari atas pulak yer.... 


HARI KEDUA
 Detik perpisahan sudah semakin menghampiri....
Melompatpun kita buat yer dak!!!
Usia bukanlah penghalang....

Semoga kita berjumpa lagi.... 

27 November, 2018

Reunion Budak Taayah Part sambungan

Sambungan di sini.... Ikutkan banyak gambar aktiviti lain tapi disebabkan ramai yang santai tidak bertudung jadi kita simpan untuk diri sendiri sahaja.... Aktiviti berenang paling best, macam-macam gelagat boleh dilihat... Aktiviti belajar memasak, aktiviti sembang sampai lebam, aktiviti berkaraokepun ada.... terlekat kuat dalam ingatan....

Biar gambar menceritakan segalanya....
Sabarlah menunggu ....
Topi paling kecil dan bunga paling sedikit...

Cuba berselfie....
Biar depa susun dulu yer....
Terima kasih kerana ramai yang datang....
Biru putih menjadi tema....
Jangan lupa topi munge-munge....
Ada senyum semua muka di sini yer....


Lepasni ada gambar beramai-ramai yang di ambil oleh salah seorang anak kawan kami.... tapi sebab banyak kita asingkan di entri yang lain.... 
Penat bergambar kita duduk di tempat makan....
Ramai juga kawan yang aku rasa masih macam dulu mukanya...
Melilau mencai makan.... tahu lapar yer....
Makan dan bersembang memang menjadi aktiviti wajib...
Makanan memang banyak sampai tidak tahu nak makan yang mana satu... 

26 November, 2018

Reunion Budak Taayah Part Pengenalan

Banyak betul gambar sampai rasa nak pitam mana nak dipilih... Cepat-cepat update cerita di sini untuk kenangan masa mendatang... Ini kisah reunion kami budak Taayah 1983 -1987 walaupun  aku keluar selepas SRP (sekarang PT3)... Kalau diingat itulah antara kekesalan terbesar dalam hidup aku sehingga kini.... 

Malas nak cerita panjang-panjang sebab biarlah gambar menceritakan segalanya... 
Ahli yang sampai awal.....
Acara peluk lepaskan rindupun bermula....
Berposing dulu sambil tunggu jurugambar bertauliah datang...
Bergambar tak ingat umur lagi dua tahun nak 5 series....
Semua tayang topi dan  munge beso....
Bukan senang kita dapat berkumpulkan...
Jadi inilah peluang untuk kita bergambar....
Bergambar tepi kolam adalah wajib....
Ya Allah tidak sangka kita dapat berjumpa lagi.... 
Bergambar di pohon hijau juga wajib...
Inilah kuasa persahabatan...
Ramai muka di sini akak tidak berjumpa selama 33 tahun...

SAMBUNGAN selepas ini..... 

25 November, 2018

Dangau Indah Chalet Chepor

Ini kisah reunion kawan-kawan sekolah di Dangau Indah Chalet di Chepor Perak.. Perbincangan tiba-tiba menjadi kenyataan kerana kali ini ramai yang turut serta... Dangau Indah Chalet di pilih oleh AJK kerana tempatnya sesuai untuk kami ... Chalet ini tidak jauh dari Ipoh dan mudah untuk mencarinya walaupun pencarian google tidak berjaya....

Dalam pemikiran akak ada air terjun kerana Chepor terkenal dengan air terjunnya.. mulanya ingat akak dah sesat rupanya betul... Jom tengok gambar....

Gambar untuk kenangan...
Rumah utama dua tingkat ada 3 bilik....
Dua bilik di bawah dan satu bilik di atas...
Di atas ada beranda untuk bersantai ....
Yang penting setiap bilik ada bilik air ok.... 
Kolam renang comel untuk beriadah....
Dari sini nampak dapur dan juga tempat makan...
Di bangunan itu juga ada sebuah bilik tidur....
Ada shower di luar untuk yang berenang....
Ini bilik ditingkat atas....
Semua kemudahanpun ada....
Aircond, kipas, tv flat, bantal, tuala, ada almari mekap...
eh kemon semua adalah.... 
Tilam empuk sangat....
Ada sofa bed juga....
#puashati
Paling penting bilik air bersih...
Kemudahan seperti sabun mandi dan ubat gigi juga ada...
Ada tempat lepak di beranda tingkat atas.....
Ada juga disediakan meja untuk bersantai di laman...
Hiasan di chalet ini memang menarik... 
Seronok betul makan di sini menghadap kolam renang... 
 Dapurnya bukan sempurna lagi...
Katanya nak diubahsuai tambah kabinet... 
Yang penting ada peti ais...
Ada disediakan kemudahan untuk berbbq...
Cuma cahaya kurang terang sikit untuk membakar....
Ini rumah yang bersebelahan dapur....
Pemilik Dangau Indah Chalet ini peminat pokok...
Ada pokok cili padi juga....
Pemandangan diluar chalet...
Gunung ganang yang menghijau...
Yang penting port untuk bergambar....
hip... hip ... hore.... 

INFO :-
No 71 , Jalan Hijrah 4 , RPT Bt.10 , Chepor
Ipoh, Perak
Call 013-200 7341

Nuffnang oh Nuffnang