Burito Shack dan Wingz di Bangi Gateway

Cerita pasal Bangi Gateway.... tidaklah jauh sangat dari rumah tapi pernah sekalijer pergi.... Tapi disebabkan suami akak ingin menempah baju melayu akhirnya berkali-kali juga kami ke sini... Pilihan suami akak menempah baju di Omar Ali kerana sebelum ini pernah pergi yang di Masjid Jamek...

Tidak sempatpun meronda semua hanya nak cerita dua tiga kedai yang akak singgah.... pertamanya Old Malaya Kopitiam (entri sebelum ini), Burito Shack dan Wingz... Tengok kat laman web BANGIGATEWAYFOOD banyak rupanya weh kedai makan untuk dicuba.. Pernah tapau mi rebus Muar juga disalah satu geraipun boleh tahan sedapnya.... akak nampak ada juga gerai jual sushi, takoyaki tapi tak belipun...

Itu baru cerita pasal makanan.. banyak kedai jual baju untuk wanita, kedai tempah baju, ada hotel juga, dan macam-macam lagi... datang sendirilah bukan susahpun nak pergi sini.. kalau keluar dari tol Bangitu dah kira dekat sangat.. waze dan google maps kan ada!!!
Old Malay dan Burrito Shack sebelah menyebelahjer...

Kedai Burrito Shack
Pilihan untuk bungkuskan dik Ya Burrito chicken...
Serius berbaloi dengan harga...
Ambik gambar dari kedai Wingz..
Kedai Burrito Chicken ini keciljer ....
Mula datang tak paham pekerja yang ambil pesanantu cakap..
Rupanya ada notis yang pekerja dia insan istimewa...

Silakan datang ke sini....

Kedai Wingz
Singgah untuk kunyah-kunyah kepak ayam...
Kita ambik ketiga2 sos sebab nak rasa semua....
Sos spicy, cheesy dan bbq..
Akak yang peghak mencuba sarung tangan plastik yang disediakan...
Kata orang menu volcano fries diapun meletup..
Ok lain kalilah kita datang lagi ke Bangi Gateway...

Comments

Popular Posts