Nuffnang saya

Tuesday, November 6, 2018

Sarapan di Food Court Presint 9 dan Restoran Umai

Cerita sarapan sedap di Putrajaya untuk rujukan kawan-kawan kalau terlajak ke sana.. Ini ada dua tempat pilihan akak yang rasa sesuai dengan selera akak dan suami.. Pertamanya tentulah Medan Selera Presint 9 kerana tempatnya paling hampir dengan klinik Kesihatan Putrajaya.. selalunya tapau sahaja sebab suami tidak kuat lagi untuk berjalan... yang kedua tentulah Restoran Umai seperti selalu kerana kemudahan tempat letak keretanya....


Meh kita tengok gambar untuk lebih kenal dengan dekat dua kedai makan untuk sarapan di Putrajaya.... 

Medan Selera Presint 9
Masa datangni dalam pukul 9.00 pagi banyak kedai dah buka...
Ada juga kedai yang diluar macam dalam gambar..
Goreng pisangpun dah ada jual waktu pagi..
Tertanya-tanya juga menu resipi Sabah...
Belum ada kesempatan mencuba..
Banyak weh gerai makanan di sini... 
Pelanggan juga sudah ramai....
Yang pasti akak mesti beli apam balik di gerai adik yang pakai baju merahtu....
Medan Selera betul-betul di hadapan Klinik Kesihatan Putrajaya.. 

Restoran Umai, Putrajaya
Mu tunggu aku datang..
Harini mencuba bihun sup utara dan mi rebus
Haritu jemput pisang kalini cekodok udang... 
ehm yang best di Umai ni cekodok2 ini di goreng setiap kali diorder.
Jadi kita makan macam di rumah sendiri....
Licin you all!!!
Kelebihan makan di Umai juga kita dapat menikmati keindahan tepi tasik berlatarkan masjid besi....


No comments:

Post a Comment

Nuffnang oh Nuffnang