Seronoknya bercutini tapi yang ralatnya rancangan akak dah tersasar jauh...
Tapi kalau dah namanya tak payah gi kerja seronokjer...
Minggu depan kena usaha keras meronda blog kawan-kawan....
Ha... ha... bukan usaha keras nak bekerja yerk....
::::::SAMBUNGAN kisah di HCMC Vietnam ::::::
Tapi kalau dah namanya tak payah gi kerja seronokjer...
Minggu depan kena usaha keras meronda blog kawan-kawan....
Ha... ha... bukan usaha keras nak bekerja yerk....
::::::SAMBUNGAN kisah di HCMC Vietnam ::::::
Selepas berlaku episod kekecohan di awal pagi akak nak tunjukkan
Hotel baru kami setelah di"usir" dari Hotel Saigon Pink 2...
Hotelni memang sangat dekat dengan Pasar Ben Thanh..
Jom baca info yang ditulis di internet...
Jom baca info yang ditulis di internet...
Halo Hotel sits just spitting distance from Ben Thanh market. The central location makes exploring the city easy — and this is good because, although they are clean and stocked with standard amenities, rooms are small. The private bathrooms, on the other hand, are a standout, being large and modern — rivalling that of much more expensive hotels. Halo's rooms are subject to some noise, both from the street and adjacent rooms; so packing some earplugs is advised. The staff is friendly and eager to help with booking tours or local shows.
23 Thu Khoa Huan Street, Ben Thant, 1st Street. T: (08) 3827 9888 F: (08) 3823 8135
Email them at: halo@halohotel.com
Info dari :- http://www.travelfish.org/
Selamat Datang ke Hotel Halo
Bolehlah tahan deko di lobinya ada taman...
Tapi akak langsung terlupa bergambar di tamannyatu....
Itulah yang payahnya tak bawak model dua orangtu...
Akak memang tak berapa gemar bergambar.....
Sumber gambar : Dari facebook kawan yang pergi...
Tak teringat langsung nak ambil gambar bilik sendiri...
Bilik airni sempat lak akak amek sebab lain macam rupanya...
Kalau korang dapat bilik air cam gini seram tak....
Sarapan ada disediakan, hanya ambil set roti sahaja...
Ahli rombongan kami, ada 5 orang yang tiada dalam gambar...
Ini muka excited nak bershoppingni lepas bersarapan dengan
makanan yang di bawa dari Malaysia..
Gambar di ambil diruang makan yang juga lobinya...
Muka yang baru balik shopping di Ben Thanh
tapi nak pergi ke tempat lain pulak....
Ini lobi dia oklah ada kerusi panjang gini dan ada tv juga internet...
Hotel kamini sebelah dengan Kedai Makan Champa...
Depannya pula ada Restoran Serai...
Jadi mudahlah kalau nak makan....
ULASAN boleh baca di sini :- halo-hotel/reviews/ho-chi-minh-city-vn. Akak nak juga bagi ulasan berdasarkan rasa hati ini selama tinggal 3 hari 2 malam di Hotel ini...
Hanya pandangan akak :-
BILIK ~ Bilik yang akak dapat kecil sedikit dari bilik kawan-kawan tapi untuk orang yang datang untuk tidur memang lebih dari mencukupi. Yang paling tak seronok sebab bilik akak berada di belakang sekali maka terdengarlah riuh rendah penduduk HCMC yang sedang berehat di rumah... Tapi masih boleh diterima sebab bila dah letih apa pun tak sedar...
KEBERSIHAN ~ Akak terpaksa mengakui yang bandaraya Ho Chi Min City ni memang bersih, susah nak nampak sampah merata-rata.. Oleh itu hotel diapun memang dikategorikan bersih dan yang penting bilik airnya juga sedap hati nak duduk lama...
LAYANAN MESRA ~ Kalau rasa orang Vietnam sama macam orang Thailand anda silap. Perbezaan yang sangat ketara sebab muka orang Vietnamni tak berapa nak mesra alam. Yang bengangnya seorang penyambut tetamu Hotel Haloni agak kasar sikapnya, dahlah muka tak berapa nak senyum budi bahasa jauh sekali. Mungkin masalah komunikasi tapi memang tak patut terjadi untuk pekerja 'front desk'... Akhirnya sebab tak boleh tahan, Rozi bagi dia 'sekolah' sekali barulah dia berlembut sikit. Lepastu staf yang lain datang minta maaf dan minta pendapat kami berhubung kejadian.. Mungkinlah sebab kami datang banyak bilik kalau tempah sebilikjer kuranglah masalah...
KEDUDUKAN HOTEL~ Boleh dikatakan strategik sebab berdekatan dengan Pasar Ben Thanh yang terkenaltu. Yang paling penting berhampiran dengan dua buah kedai makan HALAL. Macam kamilah konon tak nak makan sekali pukul 9.00 malam waktu Vietnam (10 malam Malaysia) tibajer der kawan lapar turunjer pakai baju tidur boleh gitu... Itulah yang istimewanya hotel ini..