KETIGA HCMC ~ Hotel Halo

Seronoknya bercutini tapi yang ralatnya rancangan akak dah tersasar jauh...
Tapi kalau dah namanya tak payah gi kerja seronokjer...
Minggu depan kena usaha keras meronda blog kawan-kawan....
Ha... ha... bukan usaha keras nak bekerja yerk....

::::::SAMBUNGAN kisah di HCMC Vietnam ::::::
Selepas berlaku episod kekecohan di awal pagi akak nak tunjukkan
Hotel baru kami setelah di"usir" dari Hotel Saigon Pink 2...
Hotelni memang sangat dekat dengan Pasar Ben Thanh..
Jom baca info yang ditulis di internet...

Halo Hotel sits just spitting distance from Ben Thanh market. The central location makes exploring the city easy — and this is good because, although they are clean and stocked with standard amenities, rooms are small. The private bathrooms, on the other hand, are a standout, being large and modern — rivalling that of much more expensive hotels. Halo's rooms are subject to some noise, both from the street and adjacent rooms; so packing some earplugs is advised. The staff is friendly and eager to help with booking tours or local shows.
23 Thu Khoa Huan Street, Ben Thant, 1st Street.  T: (08) 3827 9888 F: (08) 3823 8135  
Email them at: halo@halohotel.com
Info dari :- http://www.travelfish.org/

Selamat Datang ke Hotel Halo
Bolehlah tahan deko di lobinya ada taman...
Tapi akak langsung terlupa bergambar di tamannyatu....
Itulah yang payahnya tak bawak model dua orangtu...
Akak memang tak berapa gemar bergambar.....
Sumber gambar : Dari facebook kawan yang pergi...
Tak teringat langsung nak ambil gambar bilik sendiri...
Bilik airni sempat lak akak amek sebab lain macam rupanya...
Kalau korang dapat bilik air cam gini seram tak....
Sarapan ada disediakan, hanya ambil set roti sahaja...
Ahli rombongan kami, ada 5 orang yang tiada dalam gambar...
Ini muka excited nak bershoppingni lepas bersarapan dengan
makanan yang di bawa dari Malaysia..
Gambar di ambil diruang makan yang juga lobinya...
Muka yang baru balik shopping di Ben Thanh
 tapi nak pergi ke tempat lain pulak....
Ini lobi dia oklah ada kerusi panjang gini dan ada tv juga internet...
 Hotel kamini sebelah dengan Kedai Makan Champa...
Depannya pula ada Restoran Serai...
Jadi mudahlah kalau nak makan....

ULASAN boleh baca di sini :- halo-hotel/reviews/ho-chi-minh-city-vn. Akak nak juga bagi ulasan berdasarkan rasa hati ini selama tinggal 3 hari 2 malam di Hotel ini...
Hanya pandangan akak :-
BILIK ~ Bilik yang akak dapat kecil sedikit dari bilik kawan-kawan tapi untuk orang yang datang untuk tidur memang lebih dari mencukupi. Yang paling tak seronok sebab bilik akak berada di belakang sekali maka terdengarlah riuh rendah penduduk HCMC yang sedang berehat di rumah... Tapi masih boleh diterima sebab bila dah letih apa pun tak sedar...
KEBERSIHAN ~ Akak terpaksa mengakui yang bandaraya Ho Chi Min City ni memang bersih, susah nak nampak sampah merata-rata.. Oleh itu hotel diapun memang dikategorikan bersih dan yang penting bilik airnya juga sedap hati nak duduk lama...
LAYANAN MESRA ~ Kalau rasa orang Vietnam sama macam orang Thailand anda silap. Perbezaan yang sangat ketara sebab muka orang Vietnamni tak berapa nak mesra alam. Yang bengangnya seorang penyambut tetamu Hotel Haloni agak kasar sikapnya, dahlah muka tak berapa nak senyum budi bahasa jauh sekali. Mungkin masalah komunikasi tapi memang tak patut terjadi untuk pekerja 'front desk'... Akhirnya sebab tak boleh tahan, Rozi bagi dia 'sekolah' sekali barulah dia berlembut sikit. Lepastu staf yang lain datang minta maaf dan minta pendapat kami berhubung kejadian.. Mungkinlah sebab kami datang banyak bilik kalau tempah sebilikjer kuranglah masalah...
KEDUDUKAN HOTEL~ Boleh dikatakan strategik sebab berdekatan dengan Pasar Ben Thanh yang terkenaltu. Yang paling penting berhampiran dengan dua buah kedai makan HALAL. Macam kamilah konon tak nak makan sekali pukul 9.00 malam waktu Vietnam (10 malam Malaysia) tibajer der kawan lapar turunjer pakai baju tidur boleh gitu... Itulah yang istimewanya hotel ini..

Comments

  1. bestnye..ok la tu kan kak dkt kedai mkn halal kita pun xbimbang nak stay

    ReplyDelete
  2. scary jugak bilik air dia ya kak...kalau dok sorang macam takutlah pulak nak gi bilik air (dasar penakut...huhuhuuu)...

    ReplyDelete
  3. kami pun bercadang nak ke sana lepas ni tapi tak tau la bila..berguna entry akak ni ^_^

    ReplyDelete
  4. yang berniaga okla jugak mesra pelanggan tp yang saya takleh blah yg kat epot tu imigresen/kastam dorang...uihhh...berlagak sungguh..

    ReplyDelete
  5. bestnya..ok la dekat dgn kedai yg halal senang nak makan

    ReplyDelete
  6. cantek jugak hotelnye yer.. kecik sket takpe.. janji selesa..

    sonoknye gi berjalan ngan kawan2~

    ReplyDelete
  7. ye...bgs.bab kbersihan la sy pun titik beratkan.boleh ar g hcmc ni.syiok plak tgk akak jejalan soppin

    ReplyDelete
  8. kire ada hikmah gk lah kak tukar hotel ni ek, dkt ngn kedai mkn halal... tgk blik2nyer ok gk lah... tp blik air tu agak seram lah kak sbb batu2 gitu je... kalu mandi tgh2 mlm agak serem kalu tibe ada benda lain huhuhhi...

    ReplyDelete
  9. org thailand sgt peramah kak. 2 thn lps masa ade show kt sana, saya siap dpt kawan lagi. sampai skang masih berhubung. sbb tu saya rasa lg seronok pegi thailand

    ReplyDelete
  10. jom2 next year kita p shopping lagi kt vietnam.......hehehe...

    ReplyDelete
  11. unik bilik air tu tapi takutlah ada batu2 gitu.. wahhh so seronok ye makan angin...

    ReplyDelete
  12. masyaAllah!! cantiknyaaaa bilik mandi... ena tak pernah lagi pergi hotel macam ni...

    ReplyDelete
  13. Anonymous31 May, 2013

    sama mcm saya x gemar bergambar sbb rasa muka nih tak fotogenik . klu ambil cuma utk tatapan sendiri ... heheheee

    ReplyDelete
  14. Salam kak..
    Best baca citer akak gi jalan2..
    Nmpk deco bilik ayor tu cam unik jer, takut pun ade tgknya..hehe..
    Bilalah ada rezeki sy nk smp hcmc yer..

    ReplyDelete
  15. seronoknya holiday.. mcm best je g vietnam tue.. ada rezki nk pergi jugak holiday jauh2.. lm tak blogwalking nie..

    ReplyDelete
  16. wah akak dah sampaii.. syiokkknyaaaaaaaaaaaa!!!! bilik air ni lebih kepada unikkk kott hihihii

    ReplyDelete
  17. Seronoknya gi jalan2 ..belum sampai lg kat sana tu...nnt ada rezeki nk jgk g jln2 sambil shoping...mesti seronokkann..

    ReplyDelete
  18. sonokkan kak cho... mmg rasa nk pegi lagi...

    ReplyDelete
  19. strategik jguak hotel dekat ngan tempat makan halalkan.. bilik pun cantik dan selesa jerk..tgk.. :)

    ReplyDelete
  20. seronoknyalah dapat pg sana...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts