Brastagi bak Cameron Highlands

Artikel ::::: di ambil dari surat khabar KOSMO ruangan Horizon bertarikh 9/5/2013
FEBRUARI lalu, saya bersama dua rakan, Nor Izzati Jamaludin, 27, dan Kamariah Ismail, 28, bercuti ke negara jiran, Medan, Indonesia.
Kami memutuskan percutian kali itu dilakukan ala backpacker kerana mahu menikmati percutian yang mencabar dan menjimatkan.
Sepanjang percutian selama empat hari tiga malam itu saya hanya membelanjakan RM800. Ia meliputi penginapan, pengangkutan, makan dan minum serta cenderamata. Pada saya ia cukup menjimatkan.
Menyingkap kembali, kali pertama menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan ketibaan kami disambut oleh beberapa orang pemandu teksi yang cuba menawarkan khidmat pengangkutan dengan kadar sewa menarik.
Apa yang mengagumkan saya, bukan sahaja pemandu teksi malah para peniaga juga akan mencuba memenangi hati pelanggan ketika menawarkan perkhidmatan atau barang-barang jualan.
Bunyi hon
Jika di Malaysia, hon kenderaan dibunyikan ketika keadaan trafik yang sesak atau sebagai isyarat menegur pemandu kenderaan lain. Bagaimanapun kebanyakan pemandu di negara Garuda itu membunyikan hon untuk menyapa pemandu kenderaan lain.
Bunyi hon tersebut mempunyai maksud tersirat. Jika dibunyikan sekali bermaksud meminta pemandu dari arah bertentang memandu ke tepi jalan sekali gus memudahkan perjalanan pemandu yang membunyikan hon terutama di jalan-jalan sempit.
Sekiranya hon dibunyikan berkali-kali, ia bermaksud pemandu tersebut meminta izin untuk memotong kenderaan di hadapan.
Kemudian pemandu di hadapan akan menyalakan lampu kiri bermaksud membenarkan kenderaan di belakang memotong atau lampu kanan bermaksud tidak selamat untuk memotong.
Dari Medan, kami menempuh perjalanan selama empat jam menuju ke Parapat sebelum menaiki bot selama sejam ke Pulau Samosir yang terletak di Danau Toba. Ia merupakan sebuah tasik gunung berapi terbesar di dunia.  

Pengunjung yang mahu ke Tuk Tuk, Pulau Samasir boleh
menaiki feri mini yang terdapat di Parapat.

Di Tuk Tuk, Pulau Samosir kami menginap di hotel tiga bintang iaitu Tabo Cottages.
Di Tabo Cottages, mata kami bertiga terpegun menyaksikan keindahan landskap alam yang dihiasi kehijauan tumbuhan tropika, air tasik berwarna hijau kebiruan, berlatar belakang lingkaran gunung berapi dan langit membiru.
Kami sedikit kecewa kerana tidak dapat meneroka kesemua keindahan itu ekoran kesuntukan masa kerana kami tiba pada lewat petang di pulau tersebut dan terpaksa pulang awal pagi keesokan hari untuk menuju ke lokasi seterusnya.
Saya hanya sempat berjalan di sekitar kawasan penginapan kerana kebanyakan lokasi tarikan pelancong ditutup pada waktu malam.
Mujurlah ada beberapa buah kedai cenderamata masih dibuka dan saya dapati kebanyakan cenderamata yang dijual berbentuk cicak.
Penduduk tempatan yang ditemui memberitahu cicak merupakan lambang bagi kehidupan suku Batak yang menjadi penduduk majoriti di wilayah Parapat. Suku Batak mengagumi keupayaan cicak yang boleh melekat pada semua permukaan tanpa jatuh.
Ketika mencari makanan halal, kami bertemu dua orang rakyat Malaysia yang turut bercuti di pulau tersebut. Salah seorang daripada mereka, Nur Zafirah Salleh, 25, belajar di universiti yang sama dengan Nur Izzati iaitu Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
Air terjun tertinggi
Menghirup udara segar dan menyamankan ketika melawat air terjun tertinggi
di Indonesia iaitu di Sipisopiso yang terletak di Tanah Karo 
Bibit-bibit persahabatan terjalin antara kami malah keesokan harinya kami bergerak bersama ke lokasi seterusnya iaitu bandar Berastagi di kawasan tanah tinggi Karo. Perjalanan sejauh 140 kilometer (km) dari Parapat menaiki van memakan masa selama tiga jam.
Dalam perjalanan tersebut, kami singgah di kawasan air terjun tertinggi di Indonesia, Sipisopiso yang setinggi 120 meter. Saya kehilangan kata-kata melihat keindahan air terjun tersebut.
Bagi melihat dasar air terjun, kami menuruni kira-kira 1,000 anak tangga. Kedinginan air terjun dan udara yang nyaman membuatkan kami rasa berbaloi menuruni anak tangga tersebut namun apabila mendaki semula barulah terasa penatnya.
Di Berastagi, saya dapati banyak kuda berkeliaran di jalan-jalan utama. Ia digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar di sekitar bandar tersebut.
Keadaan di Berastagi tidak banyak bezanya dengan Cameron Highlands di Malaysia kerana suhunya yang dingin dan tanaman sayuran mudah ditemui.
Bagi pelancong yang mahu mendapatkan cenderamata, jangan lupa singgah di Pasar Buah Berastagi kerana terdapat pelbagai pilihan cenderamata seperti perhiasan rumah, pakaian, beg tangan dan magnet peti sejuk.
Hidangan lazat
Keesokannya, kami meninggalkan Berastagi dan menuju ke bandar Medan yang terletak sejauh 65 km. Di Medan, kami menginap di Hotel Ibunda disebabkan lokasinya berdekatan pusat bandar, selesa dan harga yang berpatutan iaitu Rp360,000 (RM115).
Kami tiba di Medan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, selepas membersihkan diri dan menunaikan solat, kami membuat keputusan untuk ke Pasar Ikan atau Pajak Ikan yang menjual aneka kain tak ubah seperti di Masjid India, Kuala Lumpur. Harga kain yang dijual juga sangat berpatutan.
Semasa di sana, saya tidak melepaskan peluang mencuba hidangan lazat yang menjadi pilihan masyarakat tempatan dan pelancong iaitu sate Minang.
( akak suka sate minangni!!!!)
Keunikan sate tersebut adalah pada kuahnya yang berempah dan pedas yang dihidangkan bersama nasi himpit. Ia berbeza dengan sate di Malaysia.
Sate Padang biasanya dihidangkan dengan pilihan daging lembu dan ayam. Kuah satenya likat berwarna kuning yang diperbuat daripada air rebusan daging bersama 19 jenis rempah. Antaranya daun kari, bawang merah, serai dan cili.
Pada sebelah petang pula, kami berkunjung ke pusat beli-belah Sun Plaza (Sogo) dengan menaiki becak yang menyerupai sebuah beca tetapi menggunakan motosikal.
Suasana malam di Medan pula meriah terutama di Merdeka Walk kerana terdapat deretan kedai cenderamata dan restoran di sepanjang jalan.

Perasaan kala membaca ini::::
Terus teringatkan kisah backpacker akak dengan suami di awal perkahwinan. Masatu pula RM kita lebih kukuh dan memang tersangat murah percutian kami masatu..  Fikiran akak kata kalau di Malaysia untuk percutiaan 2 hari 1 malampun  lebih mahal harganya disebabkan oleh harga bilik penginapan yang mahal. Nasib sekarang banyak hotel bajet yang selesa di Malaysiani...
Menurut permerhatian akak di blog atau fb ramai orang kita kalau pergi ke Indonesia akan pergi ke Bandung, tak ramai yang ke Medan. Mungkin tarikan membeli belahtu lebih kuat di sanakan...  Tapi akak kalau ada rezeki teringin nak bawak anak-anak ke sini kerana tempatni lebih mencabar... Mungkin banyak benda yang diaorang boleh belajar di sini..


Comments

  1. waa bestnyer teringin juga nak cuti-cuti gini...seronok..

    ReplyDelete
  2. Citer psl medan nie, saya makin xsabar nak tggu 23/5 nie.. :D

    ReplyDelete
  3. beshnye...belum smpi lagi ke situ... tah bila akan smpi hihi

    ReplyDelete
  4. Bestnya klu dpt cuti ke Medan atau Bandung,nie kat M'sia pub blm habis pusing lg dah angan2 nak ke seberang,huhuhu.....

    ReplyDelete
  5. Lupa plk,jom join bloglist kak Nurul.

    ReplyDelete
  6. bila tengok air terjun tu...oh cantiknya pemandangan, terus berkira2 nak pegi medan la lepas ni hiksss

    ReplyDelete
  7. aha..betul tu..belum pernah terpikir nak ke medan..tapi bila baca entri ni..rasanya perlu masukkan dalam list travel..terima kasih akak coz kongsi info ni :-)

    ReplyDelete
  8. Wah pegi jejalan zila ni... banyak syoknya... :D

    ReplyDelete
  9. blh diakatankan pcutian budget ni kan...

    ReplyDelete
  10. 2 tahun lepas, saya,suami dan anak2 ke Berastagi, Danau Toba, Medan, Zila. Kami juga ke Paraphat. Tak taulah...buat saya dan suami, kami tak berhajat untuk ke sana lagi.
    tak taulah kenapa...oranglain tak tahulah

    ReplyDelete
  11. Syoklah nanti, dapat jalan jalan ramai ramai ke medan. Saya pun tak pernah sampai ke medanlagi, bila baca ni tertarik lah pula.. Kena plan ni kalau nak ke sana..

    ReplyDelete
  12. Best sungguh, *verangan* cantiknya air terjun tu.

    Kak..betul lah...mesia sebenarnya agak mahal kalau nak hotel yang cantik indah pemandangan.
    emm......kadang *verangan* dalam negara sendiri kan..

    sob sob..nasib baik ada lagi tempat2 yang bajet,kalau pandai cari yang setandingkan...indahnya

    ReplyDelete
  13. Kalau nak jalan dgn kawan2 bila2 masa boleh pergi tapi bila ingatkan anak2 simpan lah angan2. Kumpul duit bebanyak bawak anak2 sekali. Baru2 ni pergi Bukit Tinggi, Indonesia. Anak2 tak tahan denga perjalanan yg jauh dan bagai ular dipalu pulak.

    ReplyDelete
  14. cantik betul air terjun nyer tinggi lak tu... tp pemandangan kt situ mcm lg cantik dr kg CH hehehhehe

    ReplyDelete
  15. menarik jgk klau ke medan nikan,kak?sy inshaaAllah akan ke bandung n jakarta dlu ikut prancangannya..moga dipermudahkan la :)

    ReplyDelete

  16. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts