Kayap menyerang kanak-kanak
Tiba-tiba ambil perhatian pasal kayap... Mestilah ada sebabnya. Minggu lepas Azalia selalu merungut yang dia gatal dan sakit di punggung dan bahagian kemaluan. Ibunya yang prihatinni cuma tolong gosok dan bebel sikit-sikit kata dia tak bersih elok-elok. Sekali tengok tempat yang dia kata gatal sangattu lain macam terus bawa dia berjumpa doktor. Doktor sahkan yang tempat gatal diatu adalah kayap. Walaupun dia mampu bertahan tapi tengok dia jalan terkengkang sebab nak mengelakkan bendatu bergesel memang sangat kesian... Malam semalam dah jumpa juga dengan tok saudara Dik Ya untuk minta penawar penyakit kayap sebagai ikhtiar disamping ubat diberikan oleh doktor. Harini dia masih bersemangat nak ke sekolah sebab dia kata nak buat kad untuk ibu... Doakan dik Ya cepat sembuh yerk..
Ambil dari Wikipedia :-
Kayap atau juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV).[1] Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Jangkitan awal VZV boleh menyebabkan cacar air yang biasanya dialami oleh golongan kanak-kanak dan orang muda. Setelah penyakit cacar air sembuh, virus itu masih lagi berada dalam badan tetapi dalam keadaan tidak aktif. Jika tahap daya tahan selular seseorang itu menurun, maka VZV boleh aktif kembali dan merebak ke saraf periferi hingga ke kulit yang akhirnya membawa kepada penyakit kayap.[2] Penyakit kayap adalah berbeza dengan penyakit herpes simpleks walaupun virus varicella zoster dan virus herpes simpleks adalah daripada subkeluarga yang sama iaitu Alphaherpesvirinae.
Dari blog AZMANISHAK @ herpes-zoster-berhati-hati-mungkin-anda-adalah-seterusnyakayap tidak ada kena mengena dgn kebersihan diri…ia terjadi disebabkan virus chicken pox kembali aktif…ia juga tidak gatal pada permulaannya, tapi terasa panas dan pedih..tempoh pengeramannya lebih kurang 2 minggu..selepas kayap mulai kering, baru akan terasa sedikit gatal dan dinasihatkan agar tidak menggaru supaya tidak dijangkiti kuman..doktor biasanya akan membekalkan ubat anti virus, ubat tahan sakit dan cream sapu…sekiranya kayap tersebut dijangkiti bakteria barulah doktor bekalkan antibiotik..Kayap juga tidak berjangkit, jadi janganlah rasa takut nak dekat dengan orang yang ada kayap.
Jadi sekiranya terjadi pada anda ataupon anak-anak anda, apa yang perlu adalah, jangan panik. Dapatkan nasihat doktor dengan segera. Zaman sekarang dah canggih. Dah ade ubat untuk merawat Herpes Zoster. Cuma agak mahal. Kalau mampu berubat cara tradisional, aku sarankan ikut je cara tradisional. Masa aku terkena dulu pon, doktor yang mengesahkan penyakit aku tu, dia sarankan aku balik dan berubat di kampung. See?
Cepat sembuh sayang....
Cian diaaa. Kayap ni kena jg2 ye kak. Semoga cepat sembuh
ReplyDeleteAlahai siannye kak...mesti sakit tu...mcm kebetulan plak kot musimnye sbb opismate lieya ni ade 2 org kene kak...tp dah gi klinik kate bukan kayap so sapu je la krim...mmg sian sbb jln pun terhencut2...
ReplyDeleteMiga azalia cepat sembuh....
kesian azalia, sekarang ni pulak musim panas sangat...mesti bertambah gatal kan bercampur pulak dengan peluh.
ReplyDeleteterima kasih kak... nani pun dapat info dari penyakit ni kat sini.. moga azalia cepat sembuh.. kesian budak2 kan.. merata2 ada virus..
ReplyDeletekesian kat dia....
ReplyDeletecocer skarang lak kan panas....
mesti makan terasa gatal dia tu...
ditambah lak dgn peluh2 kan...
alahai...kesian...
semoga cepat2 sembuh....
ala siannyer ,moga cepat sembuh yer
ReplyDeleteSiannya dia
ReplyDeletesaya pernah kena kayap masa f1 dulu.. seksa gak la..sampai tak boleh pakai baju sbb pijar badan.. tapi tak sapu pun ubat doktor bagi. berubat kampung je. masa tu kena kat belakang badan.. semoga cepat sembuh ya..
ReplyDeletekesian dik ya, msti tak selesa time kt sekolah, dhla sekarang nih pns semacam cuaca... kalu berpeluh2 msti lg tak selesa... moga cpt sembuh n ilang terus kayap tuh
ReplyDeletesiapakah yang mengubat???
ReplyDeletecikcu dulu kena kat dada mmg gatal sangat... kak jana yg perasan...
alahai kesiannyeeee...kalau kene kat celah kangkang lagi la seksa nak berjalan...get well soon..
ReplyDeleteNasihat saya, dapatkan rawatan anti virus dalam bentuk external( cream) & makan( pil/syrup)..utk pastikan virus di hapuskan semuanya...Komplikasi kayap mmg agak bahaya jika rawatan tak complete. Berubat tradisional ni saya tak kata salah, cuma ada sebahagiannya mendatangkan/meninggikan risiko secondary infection( bacterial infection), contohya sapu 'ubat' yg tak sterile, in fact saya tahu ada yg merawat secara 'meludah' ke ruam kayap!
ReplyDeleteSalam cho Zila..Semoga azalia cepat sembuh
ReplyDeletesiannya dik ya kak....semoga dia cepat sembuh...
ReplyDeletesiannye dia...semoga cepat sembuh ye....
ReplyDeleteala hi cian dia..mesti pedih kan..get well soon syg!!
ReplyDeletePantang or tua2 jangan makan benda bergoreng. Dulu2 bapak saudara kena nenek halau dia keluar rumah bila dia nak goreng ikan. Katanya nanti bisa2 dan pijar2 tu makin menjadi masa menggoreng.
ReplyDeleteBiasanya kayap ni dalam perubatan trdisional di kategorikan sebagai benda panas.
kesian dik ya...semoga cpat sembuh ye syg,,..
ReplyDeletePernah dengar jugak pasal kayap ni CZ....... Ubat dia pakai kelapa disembur Kat kayap tu....... Entah betul entahkan tidak
ReplyDeletebahya ke kayap ni kak? sy dgr mcm agak bahaya kalau merebak kan.
ReplyDeletesemoga dik ya cepat sembuh...kesian dia...
ReplyDeletebagus info ni kak...saya baru tau ni...
kaayap dlu pnh kna msa dlu hostel.huhu
ReplyDeletecepat sembuh ye dear...
ReplyDeletekesiannya...moga cpt sembuh.....
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye dik ya
ReplyDeletetak pernah kena sakit ni
harap tidak lah
mesti sakit :(
kuatkan semnagat.
ala kesiannya. mesti sakit kan. skang dah ok ke kak?
ReplyDeletesiannyer dia...semoga cepat sembuh tau!
ReplyDelete