Kelab Jiwa Luka

Idea tajuk di atas dapat masa akak pergi ke SS2, Petaling Jaya tengahari tadi dan jumpa satu kereta yang tampal stiker Kelab Jiwa Luka. Oh ada juga Kelab untuk jiwa-jiwa yang terluka rupanya, barulah akak tahu. Akak rasa nak daftar jadi ahli pulak lepas baca kenyataan di bawah :-

TM to expand Unifi service in Sarawak

MIRI: Telekom Malaysia Bhd (TM) will continue to expand its Unifi high-speed broadband service in Sarawak as the demand for the service is expected to grow.
Abdul Rahim however ruled out the possibility that Unifi services would be expanded aggressively as it would be based on the agreement with the state goverment as well as the infrastructure provided by interested parties such as housing developers.-- Bernama
Sedih dan terluka hati ini rasanya.. Inilah perasaan akak kalau bercerita pasal Unifi. Rasanya dah lebih dua tahun akak menanti kehadiran Unifi ke kawasan rumah akak.  Mungkin disebabkan rumah akak adalah hanya kos rendah perkhidmatan itu tidak dapat dibawakan kepada kami. 
 
Bayangkan rumah pangsapuri yang hanya 50 tapak kaki perjalanan dari rumah akaktu dah lama adanya. Penghuni di rumah teres dua tingkat jalan masuk ke rumah kami juga dah lama ada begitu juga penduduk di seberang jalan besar rumah kami. Kawasan rumah kami dikelilingi oleh semua yang mempunyai akses Unifi. Sedih.. sedih...
 
Pernah juga buat aduan di pusat perkhidmatan pelanggan dan jawapannya adalah mengecewakan.. Dia pulak bagi cadangan pada akak suruh tulis aduan di surat khabar. Masa kecewatu terasa juga nak tulis tapi bila perasaan hatitu dah sejuk malasler pulak. Kiranya luahkan perasaan kat blog sendiri yang akak mampu.
 
Paling bagus ialah kawasan pejabat akak juga tiada perkhidmatan Unifi. Kawasan bandartu, dekatjer dengan TM Point. Cukuplah luahan hati akak ini...
 
Dengarlah rayuanku ini.....
GAMBAR ::: ambil dari Google images

Comments

  1. aduuuhhhh...
    heheh.. kat sini pon xdop unifi ;-(

    ReplyDelete
  2. Alahhh siannya mmg patut masuk kelab tu
    Akak tggal atea mana el pelik gak xpt pasang unifi lainlah klsu kt pedalaman kan

    ReplyDelete
  3. jumaat ni rumah saya pun baru nak pasang unifi, zila. taman bersebelahan dah setahun lalu..

    ReplyDelete
  4. aduyai mmg sedih......huhuhu....

    ReplyDelete
  5. Anonymous15 May, 2013

    jangan sedih ... tm yg rugi . yg ptg masih leh berbelog kan !

    ReplyDelete
  6. rasanya kat kawasan saya pun tak de unifi....
    jagn sedih2 ya..nanti kita sama2 join kelab tu..huhuhu...

    ReplyDelete
  7. di kelate ni pun rasanay sesetgh tempat jer ada unifi..hihi.. jaa guna streamyx.

    ReplyDelete
  8. wah..nama kelab tu yg best tu...kelab jiwa luka tu..

    ReplyDelete
  9. kat ofis ni ada tapi bila student ramai, kesesakan berlaku jadi semput juga

    ReplyDelete
  10. kat rumah remy pun takde.......nak join jugak lah kelab tu....he3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts