Hukum Merayakan Hari Ibu
Jom kita tengok dulu hukum merayakan hari ibu seperti yang ditulis di http://fitrahislami.wordpress.com/2011/05/09/hukum-merayakan-hari-ibu/
1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.
2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:
(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).
(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .
3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.
4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:
1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.
5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:
“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”
6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:
Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.
7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:
Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”
8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:
1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja. (Sumber: UBM)
- KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR -
SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
2. Sambutan yang baik adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.
6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
10. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
PENUTUP.
Harus diingat, mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan semoga dengan adanya garis panduan seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Emak ::: Walaupun kita tak pernah menyambut Hari Ibu namun emakpun tahu kami sangat menyayangi emak.. Emak adalah ratu hati. Walaupun kita ada berselisih pendapat namun kami tahu emak tidak pernah putus mendoakan kebahagiaan kami semua anak-anakmu. Waktu kami susah orang yang bersedia untuk membantu hanyalah emak juga bapak. Kawan ketawa ramai tapi kala susah emak juga tempat kami mengadu. Sesungguhnya kasihmu emak tidak mungkin dapat kami balas... Kami sayang emak sampai bila-bila....
Orang selalu kata emak dan akak mempunyai raut wajah yang sama.
Gambar masa adik bongsu akak kahwin...
artikelmni mengingatkan saya pada mak...rindu mak...
ReplyDeleteSbnrnya bila bila pun
ReplyDelete(setiap masa patutnya)
kita perlu hargai mak kita kan?
assalam Cho
ReplyDeletepelik jgk bila ramai mempetikaikannya sedangkan kita hanya sekadar ucapan Selamat Hari Ibu bkn bermaksud memperingati iBU AGAMA KRISTIAN sperti yg digemburkan
memang tak penah sambut2 hari ibu pun tp ucapan dihari istimewa lah katakan mcm hari Guru, Hari Bapa dn banyak2 lg hari
apapun setiap kita perlu menghargai IBU yg bersusah payah setiap masa
bkn hanya di bulam May kan
mgkn itulah perbezaan antara hari ibu dan hari kekasih..
ReplyDeletehari kekasih jelasnya haram..jika bukan kerana sejarah valentine sekalipun,hari kekasih mgundang khalwat,zina dan sbganya
berbeza hari ibu.masih ada pndapat mbenarkan sambutan jika tau batasan
nya.kerana ia adalah gambaran kasih syg yg halal tentunya.
benar,hari2 adalah hari ibu.tiada bezanya bg sesetengah org,tp bg saya yg jenis sentimental n romantik..ahaks..menjadikan satu hari istimewa buat ibu adalah suatu yg lebih bmakna.sama seperti hari lahir,hari ulangtahun pkahwinan
saya sentiasa ingatkan hubby supaya ingatkan anak2,dan sy juga akan ingatkan anak2 hari bapa.
bukan nk buat sambutan luar biasa..tp skadar ingin rasa satu perasaan diucapkan dr anak2 dan suami tentang istimewanya hari tsebut
:) krn perasaan itu juga istimewa sama seperti bila org tsayang ingat hari lahir kita..
satu lg,untk mcipta kukuhnya perasaan dari suami dpt ingatkan anak2 sementara mereka masih kecil.selain, tuk suami hargai juga persamaan tentang pngorbanan ibunya dan ibu kpd anak2nya
vise versa.tuk hari bapa.
:) thanx sharing kak
sy mgambil pndapat mbenarkan sambutan.
selamat hari ibu! tuk semua
ye penah tau psl ni... raikan ksh syg dgn ibu tiap2 hari x perlu tgu hari ibu... ;)
ReplyDeleteBagi saya mudah..
ReplyDeletehari2 saya sambut hari ibu, hari bapa, hari isteri, hari anak...
hari2 kita hargai mereka...
polemik halal & haram sambutan2 macam ni mmg kena terima dgn hati terbuka, hormati pandangan setiap ulama..masalahnya yg bukan ulama pulak terlebih2 nak jatuh hukum kat orang lain yg tak sefahaman dengan dia...;)
Pendapat ulama' kita kena pandang. Sambut ke tak sambut maknanya taklah boleh membawa kepada dosa besar andai kit menyambutnya tapi akan berdosa andai mengabaikan ibu. Itu sebab kasihi ibu bukan masa hari ibu saja...
ReplyDeletehuhuhu.. x berani nak komen~
ReplyDeletecuma bagi zura, x salah kalo kita bagi ucapan dan hadiah utk ibu pada hari ibu kan~ kalo hari2 bagi hadiah mesti x de yg special pada hadiah tuh. *pandangan sendirik. :)
cukup dgn doa sbnr nyer...nak rai boleh tp jgn smpi membazir dan melanggar syariat
ReplyDeletekalo mcm tu blh lah kn kak kita smbut ikut cra yg dibolehkan mcm jabatan agama islam tu ckp.. mmg lain sgt kalo hari kekasih tu jelas haram dia kan kak.
ReplyDeleteyg penting ingatan & kasih syg trhadap ibu mekar selamanya...jgn mudah lupa jasa2nya..sentiasala mbhagiaknnyakan,kak :)
ReplyDeleteSelalunya. Date2 mcm ni lah kami adik2 suka buat kejutan . Hihi. Takat beli kek jeaaa. Tu jea
ReplyDeletenik mmg tak sambut tapi just bagi ucapan jea. tapi rasa tak salah nak buat sambutan kan.kecil2 pun ok. tanda penghargaan sekali sekala..hehe
ReplyDeleteRaikan ja la ibu kita hari2 ^_^
ReplyDelete