Nuffnang saya

Friday, September 28, 2018

Business Foresight Forum ~ 8.8.18

Ini kisah pada tarikh 8.8.18 yang lepas.... Tempat di Suruhanjaya Sekuriti Bukit Damansara.. Tempat menambah ilmu untuk tahu tentang biznes.. Ramai yang hadir pada hari itu....  Layan gambarjeler..
Mai kita posing dulu yer....
Ramai dah datang rupanya....
Tidak sabar untuk berforum kita yeah...
Bront Palare antara speaker nya....
Hidangan tengahari yang meletopsss
Minum petang dengan hidangan comel ini...
Antara cenderamata yang di bawa balik..
Terima kasih....

Tuesday, September 25, 2018

Dipndip Sunway Pyramid

Pecinta coklat harus datang ke sini dipndip.. Kami pergi yang di Sunway Pyramid.. masatu masing-masing kenyang, konon nak makan yang ringkas.. tapi ringkas ker!! moh kita tengok..

Akak masuk juga entri dipndip ke blog ini hanya untuk kenangan..... Gambar hanya satu sebab datang ke sini hanya untuk chit chat... sembang sembang.. seronoknya kalau selalu dapat beginikan...

Untuk tengok apa yang menarik di dipndip bolehlah melayari laman web rasmi mereka .. klik di sini :-MENUdipndip

all you need is love...
and chocolate!


address

Sunway

LG2.83, Lower Ground Two , Sunway Pyramid Shopping Mall

hours

Mon-Sun:10:00AM-10:00PM
Menu pilihan kami dipndip pancakes dan waffles...
Kalau ambil menu ini memang kena berkongsi, banyak weh..

Gambar dari laman web dipndip
Kami mencuba dipndip wafles tapi sangat terlupa nak snap gambar....
Gambar air minumpun terlupa dah ghalit bersembang...
Ehsan dari pencarian gambar di google

Friday, September 21, 2018

Bacaan Yassin dan Solat Hajat PSRA

Kisah bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).. Hanya untuk kenangan kita abadikan di blog ini... Semoga anak-anak kita semuanya akan berjaya dalam peperiksaan kali ini... Hanya Allah yang akan memelihara kamu wahai anak-anak...
BFF
Peperiksaan semakin menghampiri..
Tekun mendengar amanat dari ustaz...
Anak-anak berkumpul sebelum majlis bacaan solat Yassin dan Solat Hajat.. 

Resipi Tempoyak Ikan bilis Petai

Akak peminat durian kerana akak orang Bota. Suatu masa dahulu penduduk kampung akak memang hantu durian. Pagi petang siang malam akan ada menu durian kalau datang musim durian. Tempoyak juga kegemaran keluarga akak, kalau seminggu tiada menu tempoyak mesti cakap "rasa dah lama beno tak makan tempoyak"... Eh baru seminggu kot kalau sebulan tak nampak menu tempoyak mau dia kata "komeni bukan orang Botaker"...

Gitulah kaedahnya durian dan Bota berpisah tiada.. kot tidak tak mungkinlah ada lagu "oh Kome doyan dah berbunge"... Eh.. eh panjang pulak mukadimahnya... Jom kita tengok resipi Tempoyak Ikan bilis petaini... ikut resipi sambal tempoyak emak akak cam gini 'lebok' (masukkan semua) tempoyak, ikan bilis, cili tumbuk, serai titik sekali dalam periuk dan masak. Kacau selalu dan hampir masak masukkan garam...

Namun kali ini akak nak cuba masak sambal tempoyak yang ditumiskan terlebih dahulu..

Resipi Tempoyak Ikan Bilis Petai

Myresipi

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 1/2 sudu tempoyak (yang baru lagi cun)
  • 4 papan petai (ambil isinya)
  • Bahan tumbuk: 2 biji bawang merah ,2 biji bawang putih, 5-8 cili padi merah (nak pedas tambah lagi) dan sedikit garam
  • 1 labu bawang besar potong bulat (ni akak tak bubuh)
  • Segenggam ikan bilis
  • Sehelai daun kunyit muda diracik halus (untuk harum) - (ni akak tak bubuh)
  • Secubit @ hujung sudu kecil serbuk kunyit (untuk warna)
  • 5 sudu minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
  3. Masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit tadi, tunggu sebentar dan angkat.
Rasanya akak ikut lebih kurang resipi yang diberikantu... tapi memandai lebih kurangtu adatlahkan... kitani perasan bijak nak buat lagu manakan... Sayangnya haritu petai kurang cantik, tapi sebab nak juga buat kira oklah... 
Boleh padankan sambal tempoyak dengan mana-mana menu pilihan hati... 


Thursday, September 20, 2018

Jumpa Sahabat MSTA

Perjumpaan dengan sahabat kelas belajar Diploma Analisis Teknikal.. Kelas hujung minggu di My Home Hotel Jalan TAR menjadikan kami sahabat sehingga kini. Perjumpaan antara kami selalunya berlangsung di Kafe Sains Universiti Malaya... Kenapa ke sini? Sahabatku Yus yang kecil molek tapi berjiwa kental adalah makcik kantin di Kafe Sains UM... 

Seronok jumpa2 di sini sebab persekitarannya yang nampak hijau alam semulajadi.. Sambil bersembang angin sepoi2 bahasa memang buatkan kami boleh sembang berjam-jam.. Tapi yang sembang berjamtu kalau musim pelajar cutilah, kalau ada pelajar memang tak menang tangan si Yus... taklah dia masa nak layan kamini...Yang penting makanan di sini sedap belaka tau.... siap boleh tapau lagi haritu... Terima kasih Yus... 

Dua lagi sahabat istimewa akak tentulah si Connie, satu2nya amoi dalam kelas kami juga Pak Leek kawan sebaya... Kamini kalau ada study group selalu bersama walaupun kadang2 Yus tidak dapat kerana ada hal.... Namun boleh kata kamini kawan segosip adajer cerita nak disembangkan... 
Yus baju merah yang sekepingtu... 
Pak Leektu terkenang zaman dating ngan awek masa kat UM lertu... 
Pak Leek tak puas hati pekerja Yus ambilkan gambar...
Padan muka hang Leek takder gambar... 


Semoga biz Yus akan maju jaya dan bertambah besar.. Semoga PL dan Connie akan berjaya dalam mencapai impian dan cita-cita... semoga kita semua akan terus bersama dalam suka dan duka... 

Wednesday, September 19, 2018

Sahabat lama kekal Selamanya (bahagian 2)

Sambungan perjumpaan dengan sahabat lama SERATA yang asbab mengorder skon, kuih bulan dan brownies.. Kalau Allah mengizinkan pastilah terjadi, kadang kita merancang bagai nak rak namun tidak kesampaian... 

Ini kisah hari Merdeka 31 Ogos yang lepas kerana mama bakers datang dari Ipoh untuk majlis pertunangan anak saudaranya di Kota Damansara. Kali ini akak order kuih bulan dan dapat percuma skon satu balang kecil.. Alhamdulillah.... 

Kali ini istimewa juga kerana dapat berjumpa kawan yang sudah 33 tahun tidak berjumpa. Paling istimewa Ika balik bercuti sebulan kerana dia bekerja di Jeddah sebagai jururawat... Kawan yang tinggal di Lembah Klangnipun ada yang akak tidak dapat berjumpa kesemuanya... Itulah janji Alllah, kalau Dia kata jadi maka jadilah....
Makcik kepoh datang bergambar..
Semoga pertunangan ini akan berkekalan..
Serius rindu dengan zaman duduk asrama dulu... 
Bersembang tidak akan ada penamatnya...
Kuih bulan idaman hati...
sedap weh... 

Kalau orang Ipoh boleh order dengan kawan akak.. 
Skon dia pun sedap...
Minum petang dengan teh o mesti rasa kat Cameron Highland... 

Syukur disebabkan aktiviti tempahan kuih muih ini hubungan kami semakin rapat... Terasa macam zaman sekolah asrama kalau ada masalah memanglah sahabat tempat kita mengadu... Ya Allah terima kasih atas kurniaan rezeki oleh Mu.... Rezeki punya sahabat selamanya..

Friday, September 14, 2018

Sahabat Lama kekal Selamanya (Bahagian 1)

Cerita lama tapi masih menjadi kenangan manis untuk di catatkan di sini... Persahabatan kami bermula dari melangkahkan kaki ke sekolah berasrama di Ipoh.. Sahabat yang suatu masa dahulu bukanlah "best friend" yang melekat bagai belangkas ... tapi kami memang bersahabat baik kerana itulah adat duduk diasrama semuapun bagaikan adik beradik.. Kalau ada masalah merekalah tempat kita mencurah rasa... Zaman dulu hubungan telekomunikasi bukanlah semudah sekarang... 

Perjumpaan di  J.Co Donutes Giant Kota Damansara memang meleraikan rindu ... Ada seorang telah 33 tahun tidak berjumpa, namun senyuman kala bersalaman sudah ku kenal siapa kamu... Rindu sangat dan syukur Allah berikan kesempatan untuk kami bertemu lagi.. Dan yang pasti selepas pertemuan ini hubungan kami kembali umpama suatu masa dahulu.. usik mengusik, kena mengena, berkongsi masalah seadanya, terasa ada bahu untuk disandarkan....

Ya Allah moga hubungan persahabatan kami akan kekal selamanya... Di bawah nak juga tepek cerita akak di facebook... memori indah budak asrama..... 
Cerita hari sabtu... cerita jumpa kawan sekolah, asbab ada yang order scones dan brownies ... maka terjadilah perjupaan tanpa sengaja ini.. dia bagi try kek bulan memang sedap sangat, next trip mesti order kek bulan..
Ada antara kawantu yang dari form 3 tak pernah ber jumpa... mahu tak riuh rendah kedai j co donuts haritu.. tunggu sikit masajer lagi nak kena halau... makcik perasan umur belasan tahun nak buat camner.. Yang penting teringat zaman budak sekolah asrama pergi outing...
Kalau kami dulu outing mesti pekan Ipohler kome.. turun bas (zaman keme juga dapat bas baru) maka bertebaranler merata2 ceruk.. dulu ada pasaraya Angel, Beauty, Crescendo (aku ingat sebab ikut abjad abc) dan yang femes dan baru bukak masatu Super Kinta dan Yik Foong ... lama beno aih Super Kintapun dah jadi UTC...
Duit bukan banyakpun tapi nak juga menyongket keluar pekan... dapat pergi TKK sebelah Kamdar, dapat dengo lagu dari mesin jukebox best giler, beli burger (baru nak femes di Malaysia), rojak mamak, maruku etc .. Riuh rendah tunggu bas sekolah nak balik asrama di Bazaar Bulat (dah kena robohpun).. jumpa kamu semua hari sabtu lepas bagai mengembalikan kenangan itu...
Rindu kamu semua yang pernah bergelar sahabat... moga rancangan perjumpaan semula kawan sekolah kita akan menjadi keenyataan... yang lama tak jumpatu mari2 kita eratkan ikatan silaturrahim.. mana tau boleh berbesan untuk yang dah ada anak teruna dan dara....
Pesaanan penaja : kalau teringin makan kuih bulan yang pasti halal dan sedap pergilah ke facebook Murni Abd..esp orang Ipoh .... orang KL tungguler bila dia nak lajak ke sini...

 Tokei skon belanja kami minum haritu...
  Gelak tak hengat...
Teringat pi outing kat Super Kinta (kini UTC)
  Nak balik nak balik... sambung sembang lagi.
 Ingat muda lagi...
Kuih bulan air tangan sahabat....
Skon kegemaran kami semua...

Pertemuan ini tidak berakhir di sini kerana ada beberapa perjumpaan mengejut bersarapan bersama... Rasa gembira punya sahabat seperti kamu... 

Nuffnang oh Nuffnang