Resipi Tempoyak Ikan bilis Petai
Akak peminat durian kerana akak orang Bota. Suatu masa dahulu penduduk kampung akak memang hantu durian. Pagi petang siang malam akan ada menu durian kalau datang musim durian. Tempoyak juga kegemaran keluarga akak, kalau seminggu tiada menu tempoyak mesti cakap "rasa dah lama beno tak makan tempoyak"... Eh baru seminggu kot kalau sebulan tak nampak menu tempoyak mau dia kata "komeni bukan orang Botaker"...
Gitulah kaedahnya durian dan Bota berpisah tiada.. kot tidak tak mungkinlah ada lagu "oh Kome doyan dah berbunge"... Eh.. eh panjang pulak mukadimahnya... Jom kita tengok resipi Tempoyak Ikan bilis petaini... ikut resipi sambal tempoyak emak akak cam gini 'lebok' (masukkan semua) tempoyak, ikan bilis, cili tumbuk, serai titik sekali dalam periuk dan masak. Kacau selalu dan hampir masak masukkan garam...
Namun kali ini akak nak cuba masak sambal tempoyak yang ditumiskan terlebih dahulu..
Namun kali ini akak nak cuba masak sambal tempoyak yang ditumiskan terlebih dahulu..
Resipi Tempoyak Ikan Bilis Petai
Myresipi
Bahan-bahan diperlukan:
- 3 1/2 sudu tempoyak (yang baru lagi cun)
- 4 papan petai (ambil isinya)
- Bahan tumbuk: 2 biji bawang merah ,2 biji bawang putih, 5-8 cili padi merah (nak pedas tambah lagi) dan sedikit garam
- 1 labu bawang besar potong bulat (ni akak tak bubuh)
- Segenggam ikan bilis
- Sehelai daun kunyit muda diracik halus (untuk harum) - (ni akak tak bubuh)
- Secubit @ hujung sudu kecil serbuk kunyit (untuk warna)
- 5 sudu minyak masak untuk menumis
Cara menyediakan dan memasak:
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
- Masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit tadi, tunggu sebentar dan angkat.
Rasanya akak ikut lebih kurang resipi yang diberikantu... tapi memandai lebih kurangtu adatlahkan... kitani perasan bijak nak buat lagu manakan... Sayangnya haritu petai kurang cantik, tapi sebab nak juga buat kira oklah...
Boleh padankan sambal tempoyak dengan mana-mana menu pilihan hati...
Comments
Post a Comment