Nuffnang saya

Wednesday, January 31, 2018

Tahun Periksa anak-anak ~ Wordless Wednesday

Kisah awal tahun yang sibuk dengan majlis perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk anak yang tahun ini peperiksaan besar.. Tahun ini Atikah akan mengambil peperiksaan UPSR disekolah kebangsaan dan PSRA untuk sekolah agama. Azalia pula akan mengambil peperiksaan UPKK sekolah agama... Jadi tahun 2018 ini akak akan sibuk bebeno...

Akak pergi ke tiga-tiga majlis anjuran sekolah untuk mengetahui peranan pihak sekolah dan juga pihak ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak... Tapi sayang gambar hanya di majlis permuafakatan SRA sahaja yang ada... 
Untuk anak kita..
Tabik spring dengan SRA Bandar Kinrara 5...
Memang terbaik perancangan yang guru sekolah ini lakukan...
Semoga anak-anak akan melaksanakan tugas mereka... 
Ucapan dari Guru Besar...
Penerangan dari Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum..
Banyak rancangan yang telah dilakukan..
Moga Allah berikan kekuatan untuk guru-guru ini... 
Memperkenalkan guru kelas darjah 6...
Ustazah Rabiatul Adawiyah guru kelas Atikah
Sijil serah tanggungjawab dari pengerusi PIBG sekolah...
Dan juga selepas itu sijil terima tanggungjawab dari pihak sekolah kepada ibu bapa...
Guru umpama lilin yang membakar diri sendiri...
Wahai anak teruslah berjuang belajar untuk kejayaan kamu..
Guru hanya gembira kamu berjaya tapi kejayaan kamu nanti untuk kesenangan diri sendiri..
Guru hanya memohon anak-anak murid mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk mereka sahaja untuk jasa yang mereka taburkan...

Tuesday, January 30, 2018

Aktiviti santai semasa menginap Hotel Premiera Kuala Lumpur

Ini kisahnya.. 

RESTORAN NASI PADANG SARI RATU PRIMA

Oleh kerana bilik belum disediakan kami singgah makan di sini.. Restoran terletak berhadapan dengan hotel.. Kebetulan sudah lama tidak makan di Restoran Nasi Padang. 
Rasa tidak sah kalau tidak minum jus avokado kalau singgah ke Restoran Nasi Padang...
Pilihan makanan kami hari itu...

SANTAI PETANG DI JALAN TAR
 Suasana petang di sekitar Jalan TAR..
 Pemuzik jalanan...

PASAR MALAM JALAN TAR

Perkara inilah yang paling akak nantikan.. berjalan di pasar malam Jalan TAR yang menyediakan pelbagai jualan... akak suka.. akak suka... 
 Suasana pasar malam yang sentiasa dikunjungi orang ramai..
 Menunggu hujan reda di Semua House...
Alamak hujan pulak padahal mata sudah ternampak-nampak barang yang hendak dibeli...

SENJA DI KUALA LUMPUR
Senja menjelang..
 Entah berapa kali kena pau benda ni...
Jalan ke Maju Junction sebelah hotel sahaja...

PAGI AHAD 

Rupanya pagi ahad lagi menarik sebab terdapat pelbagai aktiviti di Jalan TAR.. Jalan ditutup untuk memberikan peluang warga kota untuk bersantai..
Sarapan pagi di kedai mamak dan terlihat banyak basikal.. 
Rupanya mereka sempat singgah sarapan dahulu sebelum meneruskan kayuhannya.. 
Beransur ramai yang terlibat...
Ada juga kuda DBKL untuk mengawal keadaan...
Memang santai sangat... 
Ada pancaragam juga... 
Macam-macam gelagat manusia boleh di lihat... 
Kedai kopi lama di tengah KL...
Sunyi dan sepi waktu pagi sebegini... 
Tempat membeli tudung belum di buka... 
Sogopun sunyi sepi... 
Apa yang menarik perhatian orang ramaitu??
Ada kumpulan busker di depan hotel membuat persembahan..
Sebelum balik singgah dahulu Maju Junction...
Kita minum air mangga dulu... 

Ada satu benda kelakar masa akak menginap di Hotel Premiera!!! akak ingat ada kolam renang rupanya tiada... beria-ia suruh anak bawak baju renang... mun dah tengah KL baiklah kita merayau2 yer... 

Monday, January 29, 2018

Pengalaman menginap di Hotel Premiera Kuala Lumpur

Janji tidur hotelkan... tidak dapat pergi ke tempat jauh kami sekeluarga memilih menginap hotel di Kuala Lumpurjer.. janji dapat keluar dari kebiasaan... Hotel Premiera di pilih kerana terletak betul-betul di kawasan yang kalau datang ke KL mesti pergi sinikan... Lagi satu hotel ini ada tempat letak kereta jadi rasa lebih selamat...
Hotel Premiera di belakang Bangunan Mara dan sebelah Mara Digital...  
Tinggi juga yer...
Lobi di Tingkat 25...
Mari kita bergambar dari aras 25
Selain dari Menara KL, KLCC juga boleh nampak dari sini..
Cabaran masa nak check in...
Kebetulan ramai yang menginap di sini kerana ada konvo...
Jadi masa untuk masuk bilik memang agak 'lari' dari kebiasaan...
Berehat sungguh yer....
Pemandangan dari lobi di tingkat 25

Berminat? 

Maklumat adalah seperti di bawah:-
Premiera Hotel 
AddressMenara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

Friday, January 26, 2018

Ayam Bakar depan Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara

Untuk yang berdiet ayam bakar memang sangat sesuai ... jadi jom kita singgah di gerai MPSJ di depan masjid Al Ehsan Bandar Kinrara... kedai yang ringkas tapi ramai yang singgah sini untuk makan...
Ayam dibakar menggunakan arang...
Yang dalam buluhtu kata yang jaga kedai tu nasi...
Akak belum cuba lagi... 
Pilihan anak-anak kalau ambil balik dari sekolah..
Ayam bakarni banyak pilihan sosnya...
Tapi lauk pauk lain tidak banyak..
Menyelit juga gambar di Restoran Arabia... 
Makanan ringkas dan menyelerakan...
Ayam diapun sesuai untuk yang berdietkan... 
Bukan digoreng... 

Thursday, January 25, 2018

Cara Menyewa Perkhidmatan Perkongsian Basikal Ofo

Sambung kisah sarapan di Restoran Umai... Lepas sarapan anak-anak mahu berbasikal sekitar tasik.. Pengalaman pertama menggunakan khidmat perkongsian basikal baik dari Ofo ataupun oBike.. Di kawasan perumahan akak banyak basikal oBike tapi di Putrajayani kami jumpa basikal dari Ofo...

Terkial jual untuk pertama kalini untuk menggunakan basikal ini. Langkah pertama kenalah muat turun aplikasi Ofo di telefon masing-masing.. jadi kita tengok gambarlah senang...
Dik Ya mengayuh dengan gembira walaupun matahari dah naik...
2 budak yang payah diajak bergambar...
Bukalah aplikasi ofo tersebut..
Nanti akan di minta untuk berikan alamat emal dan no telefon..
Pastikan gps di buka ok..
Ikutlah arahan yang diberikan selepas itu yer......
Nampak tak Scan To Go
Scanlah disitu...
NNanti dia akan bagi kod untuk membuka kunci...
Bersedia untuk berbasikal...
Anak-anak sukajer walaupun hanya berbasikal di sini...
Kalau cuaca redup sikit boleh juga akak join sekali...
Jadi akak hanya duduk tepi tasik jer....
Tengok pemandangan indahnipun dah cukup baik... 


Wednesday, January 24, 2018

Wordless Wednesday Kenduri Kahwin

Ini kisah kenduri kahwin bekas rakan sepejabat pangkat adik.. Kebetulan masa kami masuk kerja adalah lebih kurang sama.. Memang lama juga menanti kenduri kahwin adik akak yang sorangni... Moga berbahagia hendaknya pasangan pengantin baru ini...
Datang awal takder orang lagi..
Pelamin sarat dengan bunga...
Amboi lain bebeno rupamu wahai cik Rose..
Selamat Pengantin Baru...
Mari kita berposing...
Bergambar bersama pengantin..
Rupanya emak saudara pengantin kawan sekolah akak dulu..
Akak memang tahu kampung cik Rose memang satu daerah dengan akak... 

TAHNIAH... Rose dan Anib... Jagalah perhubungan kalian untuk terus kekal selamanya... 

Nuffnang oh Nuffnang