Nuffnang saya

27 Mei, 2020

Mee Hailam confirm SEDAP

Mee Hailam antara kegemaran akak juga tapi selalunya kalau makan di kedai jarang menepati selera. Jawapannya tentulah kena masak sendiri untuk sesuaikan dengan tekak sendiri. Jumpa resipi ini dan sangat menepati keinginan akak. Korang kena cuba kalau dah kehabisan idea memasak untuk hari ini.

Pada akak mi hailam kena ada rasa pedas gak kalau tidak rasa hambar. Suami dah pesan jangan pedas dan masin, yes sir!!!. Gambar akakni kuat sangat warna hitam padahal masa kejadiantu sedang elok sahaja. Jadi kalau suka warna yang lebih cerah janganlah bubuh banyak sangat kicap semuani bergantung kepada selera kita.Itu pasal adalah lebih baik masak sendiri kalau kita ada citarasa tersendiri.

RESEPI MEE HAILAM

  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  •  
  • Masa Memasak:10 minit,
  •  
  • Jumlah Hidangan:5 orang

Bahan-Bahan:

  • 500g mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 mangkuk isi ayam, yang telah direbus
  • (kalau ikutkan guna daging lebih sedap ~ direbus juga terlebih dahulu.. airnya digunakan untuk jadi kuah)
  • 1 mangkuk udang 
  • 3 ekor sotong
  • (akak gantikan udang dan sotong dengan fish cake dan fish ball)
  • kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam ATAU lada sulah
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sayur sawi, asingkan batang dan daun
  • 3 batang jagung muda, hiris nipis
  • 1/2 biji karot, hiris nipis (tak bubuhpun)
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air secukupnya
  • Bahan untuk hiasan:
    • cili merah, hiris nipis
    • bawang goreng
    • limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, udang, sotong dan karot. Kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, batang sawi dan lada hitam dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan daun sawi, jagung muda dan tomato. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Tuang kuah di atas mee dan hiaskan dengan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.
Sekarang ini akak semakin suka dengan resipi Che Nom kerana ringkas dan sesuai dengan tekak akak. Suka tengok video masakan dia tak kelam kabut dan melalut. 

Akak suka mi hailam yang menggunakan lada hitam sebab barulah mi hailam. Kalau dulu-dulu ada satu kedai mi hailam yang sangat terkenal di Pekan Parit. Kedai itu kepunyaan orang Cina tapi yang datang makan kebanyakan adalah orang melayu. Mestilahkan daerah Perak Tengah penduduk Melayu adalah 99%, mestilah pelanggan dia adalah orang melayu. Mi yang digunakan bukanlah mi biasa tapi mi yang lebih tebal dan kuahnya lebih pekat. Kini sudah ada kedai mi hailam yang diusahakan oleh orang melayu di pekan Parit yang resipinya hampir sama dengan kedai sebelum ini.

25 Mei, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA untuk semua....
Tak sempat nak wishpun semalam..
Paham-pahamlah sebab nak update blog akak guna laptop..
Tak selesa kalau guna handphone....
Walau hari raya tidak berjalan macam selalu tapi tetap bizi..
Masak kenalah juga masak sebab nak bagi suasana hari raya...

Harini kurang sedikit bizinya jadi kita sempat bukak laptop

Hari raya kali ini sangat berbeza, setuju dak !!
Siapalah menjangkakan yang kita tidak dibenarkan untuk balik kampung.
Tahun ini lagu "balik kampung" seolah diharamkan.
Semuapun diminta beraya di manapun tempat mereka sendiri.
Akak bukanlah kisah sangat sebabnya selalupun berhari raya diKL ini.
Masa mula kahwin dahulu memang sunyi sepi KL, boleh posing tengah jalanraya.
Tapi sejak akhirni hari raya di KLpun sudah semakin meriah.

Cumanya kali ini langsung tidak balik kampung.
Demi menyahut seruan pemimpin redha sahaja, duduk diam-diam di rumah.
Moga covid 19 ini akan segera berhambus dari dunia ini.
Bantulah kami ya Allah.

Layan gambar raya dan yang kelakarnya tiada gambar sekeluarga...
Sekian cerita hari raya kami di musim PKPB.
Bergambarpun di hadapan rumah sahaja.
Selepas sembahyang zohor pergi ke Putrajaya melawat mak mertua di rumah adik ipar.
Pergipun tidaklah lama sangat sekadar bertanya khabar.





MENARA TINJAU TAMAN WETLAND PUTRAJAYA

Gambar di bawah adalah di Menara Tinjau Taman Wetland Putrajaya semasa on the way balik ke Kinrara lepas melawat mak mertua di rumah adik ipar. Tidak ramai orang tapi kami dah malas hendak memanjat cukup sekadar di bawah sahaja.



#kitajagakita

15 Mei, 2020

Instagramable di Taman Botani Negara Shah Alam

Cerita cuti sekolah Disember lepas, nampak lama ker idok!! Cerita jalan-jalan kami 3 beranak untuk mencari port bergambar yang murah dan cantik. Kami memilih Taman Botani Shah Alam yang kebetulan berdekatan dengan pejabat suami dan yang penting tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak, sangat instagramable. Kalau dah habis PKP dan dunia sudah tiada lagi virus corona ini bolehlah datang ke sini beriadah.

Rasanya ramai orang tahu yang dahulu namanya ialah Taman Pertanian Bukit Cherakah sebelum ditukarkan nama kepada Taman Pertanian Negara SA dan akhirnya bertukar kepada Taman Botani Negara SA. Sesuai dengan pertukaran namanya kemudahan juga turut diperbaiki dari masa ke masa. Syukur akak pernah datang ke sini awal 90an masa baru dibuka kerana teruja nak pergi ke rumah 4 musim. Tapi masa akak datang musim bunga padahal hajat hati teringin hendak melihat salji. 

Gambar memang banyak sangat amat tapi akak pilih mana bersesuaian sahaja takut ada yang muntah hijau melihatnya nanti. Korang boleh melayari laman web rasmi Taman Botani Negara SA untuk melihat info yang lebih terkini <<<http://www.tbnsa.gov.my/>>>>
Mari kita bergambar di pintu masuk TBNSA
Bayaran naik trem yer 
Syukur dapat naik trem yang terakhir.
Keadaan trem yang selesa jadi janganlah risau dan ragu.

Macam istana melayu.
Lupa dah apa nama tempat ni...
Anak bandar mungkin tidak biasa dengan sawah padi.
Ala akak orang kampungpun jarang ke bendang.


Teratai layu di tasik madu
Mentanglah sunyi sepi.
Ambil gambar tengah jalan.
Berbanding kemudahan yang kurang masa dahulu tapi ramai orang datang berkunjung.
Kini kemudahan adalah lebih baik tapi orang ramai mempunyai banyak pilihan ke tempat lain.
Besar harapan pihak pengurusan mengadakan kempen melawat TBNSA dengan lebih kuat lagi.
Wakaf cina.
Ada juga untuk melayu dan India.
Please call me back sambil pejam mata.
Kemudahan tempat letak kereta yang banyak
Contoh rumah orang asli untuk mereka yang tidak pernah melihatnya.
Boleh sewa basikal kepada yang ingin lebih cabaran.
Tapi kami pergi sudah lewat sebab tujuan ke Shah Alam untuk ambil suami balik kerja. 
Kiranya ini untuk menyinggah sahaja sambil ambil gambar...
Budak-budak sekarangkan suka nak ada gambar untuk instagram.

Sesungguhnya kalaulah dengan izin dari yang Maha Esa virus corona ini dicabut terus dari muka bumi ini akak berazam untuk lebih menghargai keindahan alam di bumi Malaysia ini. Rasa ralat tidak rajin "explore" masa punyai ruang masa. Semoga kita boleh hidup seperti sedia kala.... 

The Ink Library Cafe @ Grandeur Lab

#throwback lepak anak beranak di The Ink Library Cafe @ Grandeur Lab Puncak Alam. Ini sebelum PKP la wei !! Satu cafe yang sangat cool tersembunyi sesuai untuk melepaskan penat lelah seharian. Istimewanya cafe ini adalah terdapat susunan  pelbagai buku  dan majalah sesuailah dengan nama cafe. Akak sarankan kalau korang ada hantar anak ke UiTM Shah Alam bolehlah singgah ke sini. Tunggu PKP tamatlah yer..

Nampak cafe dari jauhpun sudah teruja nak masuk. Depan cafe ada sebuah basikal warna pink untuk bergambar. Masuk sahaja ke dalam alamak memang best oo. Sesuai sangatlah untuk akak yang suka berehat sambil minum kopi dan makan kek. Jom kita tengok sebab banyak gambar yang diambil.
 
Cantik ker idok!!
Nampak tak halal di situ.
Mari kita order nak.
Perut sebenarnya dah kenyang tapi teringin nak singgah.

Kalau rajin banyak buku untuk dibaca.


Ramai juga orang disini lepak.
Nampak tak lukisan di dindingtu?
Katanya lukisantu dari kopi.






Inilah nikmat kami anak beranak dapat sama-sama menikmati minuman kegemaran masing-masing. Ingat nak makan tapi perut kenyang sangat jadi kita minum sahaja. Serius best tempat ni .

14 Mei, 2020

Mi Kari chinese style

Menu "curry mee chinese style" adalah pilihan utama akak kalau makan di kopitiam.  Mungkin sudah terbiasa makan mi kari stail ini semasa tinggal di Ipoh.  Makan mi kari chinese style ini rasanya tidak terlalu berat sangat dari segi rempahnya dan makan dengan sambal cili untuk rasa yang lebih umph!!! 


Buat mi kari gaya ini tidak susah dan amat sesuai untuk ibu yang berkerjaya. Masaknya ringkas tapi dari segi rasa tidak kalah dengan rasa di kopitiam.  Akak buat menu mi kari ini untuk berbuka puasa semalam. 
RESIPI MI KARI CHINESE STYLE

Mi kuning-dicelur

BAHAN KUAH:
• 100gm cili kering - rebus dan kisar
•  3 biji bawang besar - kisar
• 3 ulas bawang putih - kisar
• 2 batang serai - diketuk
• 3 sudu besar serbuk kari
ayam/daging
• 1/2 ekor ayam (potong kecil)
(akak x letak)
• 1 kotak kecil santan
• Tauhu apung
(juga tak letak)
• Fish cake
❤❤akak tambah :-
•udang ~ rebuskan kulit dan kepala udang dan simpan airnya.  Blend kulit dan kepala udang dan tapiskan airnya.
•fish ball

CARA MEMASAK:

1. Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam
dan kacau sebati sehingga ayam
separuh masak.
4. Masukkan santan sekotak kecik dan
air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
5. Biar kuah mendidih dan perisakn
dengan garam dan serbuk perasa.
Tambahkan tauhu apong dan
fishcake. Biar hingga mendidih dan
kuah menyerap ke dalam tauhu apung.

BAHAN SAMBAL:

300gm cili kering - rebus
. 4 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1. Rebus cili kering. Bila sudah masak,
kisar bersama bawang besar dan bawang putih
2. Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.

BAHAN HIASAN:

•Telur rebus
•Taugeh celur
• Sawi - celur
•tambah jika suka kacang panjang - celur
• Sambal
• Limau Nipis (potong separuh)

Rasa seronok tengok suami akak makan bersumgguh-sungguh. Sukalah tu!  tapi biasalah lelaki yang seorangni susah betul nak memuji. Tapi kalau ada yang tak kena laju mulut nak komen. Syukur akak sudah faham sangat,  terima kasih Allah.

Ingin berkongsi kisah mi kari di kebanyakan kedai makan di Ipoh.  Mi kari akan di makan bersama pelbagai jenis fish cake dan fish ball macam yong taufu untuk jadi bahan hiasan.  Prosesnya sama macam yong tau fu juga mwsri dicelur dalam air panas.  Letak atas hidangan mi kari, ya Allah sedapnya. 
Contoh mi kari yang penuh seaneka fish cake. Kalau rindu mi kari stail Ipoh,  akak akan pergi ke medan selera di KL Sentral. Carilah gerai D'famous Dzul Mi Kari memang sangat puas hati. 

Inilah cerita akak dan mi kari. Hampir ke penghujung ramadhan kita kali ini. Walau terasa sunyi tanpa terawih di surau tapi banyak hal yang positif yang boleh kita kutip ramadhan kali ini.  Moga Allah mengampuni dosa kita yang sering leka ini. 

12 Mei, 2020

Resipi ketam goreng masam manis mudah dan sedap

Siapa peminat ketam di sini?  Akak boleh dikatakan 'hantu ketam'.  Kalau arwah bapak akak masih ada, ketam adalah menu wajib ada kalau akak balik kampung. Selalunya mak akan masak gulai lemak ketam tapi versi kuah tak bubuh kunyit.  Sebenarnya rasa lemak lebih menangkap. Tapi bila dah berkahwin suami macam pelik semacam dengan gulai lemak putih akak.  Terpaksalah aku berkorban !!

Untuk kali ini akak bertukar pulak masak ketam goreng masam manis tapi tetap ada ketam masak lemak. Beli ketam dua ekor jer tapi nak jugak buat dua jenis gulai...  

Akak ikut resipi dari RASA yang sesuai dengan tekak ini..  Alhamdulillah... 

RESIPI KETAM GORENG MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN

• 2 ekor ketam (dibersihkan dan
dibelah 2)
• 3 sudu besar cili sos
• 1/4 cawan cili kering (dikisar)
• 2 sudu besar sos tiram 2 biji bawang besar (dihiris)
• Sedikit air
• 5 helai daun limau purut • Sedikit minyak
• Sedikit kunyit serbuk
• Sedikit serbuk lada hitamSedikit garam •Sedikit gula 
• Perasa (optional)

BAHAN HIRIS

. 1 inci halia
• 3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1. Gaul ketam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.
3. Dengan minyak yang berbaki tambah bahan hiris. Goreng sehingga naik bau.
4. Tambahkan cili kering. Biarkan cili masak. Kemudian tambahkan sostiram, daun limau purut serta sos cili. Gaul rata. Tambahkan juga sedikitair,garam gula serta sedikit perasa. Letakkan ketam yang telah digoreng tadi. Kemudian gaul rata.
5. Biar sos mereneh dan memekat dan
meyelaputi ketam tadi. Letakkan bawang besar dan biarkan bawang sedikit layu dan bolehlah diangkat.

Dapat resipi yang berbaloi untuk dicuba di sini :- RASA. Ada 9 resipi ketam yang berkemungkinan menjadi pilihan korang...
Anak akak yang bongsu memang akak tolong dia cari isi. Kalau tidak rugi sebab banyak pembaziran di situ... 
Hari itu beli 3 kg mangga dari kawan..  Bolehlah kita buat jus mangga..  ah!!  nyaman...

Itulah sahaja cerita resipi ketam dari akak. Ini dah malam ke 20 Ramadhan, moga Allah temukan kita Lailatul Qadar...

08 Mei, 2020

Restoran Nasi Lan Kedah @ Shah Alam

Ini cerita sebelum PKP, jangan terkejut na!.... Lama sudah suami akak bercerita pasal Restoran Nasi Lan Kedah sebab diakan kerja di Shah Alam. Kalau pergi Restoran Nasi Lemak Royale mesti dia kata ada satu lagi restoran yang macam ini di Shah Alam. Sebenarnya banyak dah cawangan Restoran Nasi Lan Kedah di Lembah Klang ini. 

Ok.. jom kita serbu kedaini kalau kita dah boleh keluar seperti biasa.. 

ALAMAT :
2730, Jln Serai Wangi G 16/G, 
Seksyen 16, 
40200 Shah Alam, Selangor
Sambal sotong dia memang sedap...
Ehm! mehler cuba....
Kami pergi awal pagi dalam pukul 11.00 pagi dah ramai orang datang..
Di sini konsepnya 'self service' macam restoran makanan segera.
Janganlah menonong nak duduk nanti orang tak layan marah pulak..
Tapi konsep ini lagi baik pada akak....
Pilihan yang ada bukanlah terlalu banyak tapi semuapun menyelerakan....
Paling sedap bila mintak nasi kuah campur-campur... itu akak lain orang lain seleranya...
Pilihan kami anak beranak siap mintak kuah campur satu bekas....
Pada akak memang best sebab berbanding dengan kedai mamak akak prefer kedai macamni...

Pinggan akak tentulah bendi rebus jadi pilihan..
Isyh sedap weh... ingat sikit harinikan puasa....
Yang best dapat makan telur sotong alamak memang ehm makan pejam2 mata tau..
Lain kali nak makan telur ikan pulak.... nak masak sendiri akak tak berani.
Lupa nak habaq, pada akaklah harga amat berbaloi dengan masakan..
Lama dah  tak makan telur sotong rasa macam nak pergi lagi hari ini....
Tapi jauh pulak.... nanti tak pasal kena tahan dek polis....
Licin lincau yer kawan-kawan...
Ini memang rasmi kami anak beranak kalau dah ambil makanan pastikan habis..
Kot idak pergi lain kali sakit telinga mak dia bebel.... 

Sekian, laporan dari akak yang teringat-ingat sambal sotong dan telur sotong ....

Nuffnang oh Nuffnang